Hari ini perjalanan ku ke KL penuh syahdu, usually i tido je kat dalam bus. Actually hari ni i tido pukul 3 pagi, banyak sangat keje....tapi tak jadi nak tido...coz ade mak cik duduk sebelah i kat dalam bus peramah..dia tegur i pegi mana dan perbualan antara kami pun bermula...
Sedihnya mendengar kisah ibu ini. Katanya dia punya 7 orang anak, seorang meninggal sewaktu masih kecil, tinggal 6 dan dari 6 tinggal 5. Tapi kata dia yang sedihnya..anak yang pergi kali kedua itu adalah satu peristiwa yang sungguh tragis...satu dugaan yang teramat berat untuk dia lalui.
Belum sempat dia membuka bicara, aku lihat manik-manik menitis dari kelopak matanya.
"Anak mak cik sudah hilang masuk tahun ke-7. Dia sebenarnya bekerja dengan kapal syarikat dagangan terkenal di dunia, jadi ketika dia hilang, sudah masuk tahun kelima dia berhidmat di syarikat itu. Lautan adalah medan dia bekerja...kalau orang lain di darat duduk di pejabat, bagi anak mak cik gelombanglah lautan tempat dia mencari rezeki. Suatu hari Mak Cik diberitakan khabar bahawa dia telah tiada, dia hilang, hendak kata sudah meninggal tidak pulak dapat dikesan mayatnya...yang pasti dia hilang begitu sahaja. Apa yang dipulangkan kembali pada Mak Cik oleh pegawainya hanyalah barang-barang milik anak Mak Cik.
Pada ketika kejadian itu berlaku dia tiba-tiba sudah hilang dari kapal, pulau yang paling dekat dan hampir dari kapal tempat dia hilang ialah 80 km, dan menurut pegawai penyiasat, semua anak kapal memang punya sijil dan mereka mahir berenang, namun jika pun dia mampu berenang, tidak mungkin dia dapat berenang sejauh itu, kerana kapal berada di tengah lautan. Ya Allah...bagi Mak Cik berita itu bagai tidak punya apa-apa makna...bagi Mak Cik pada ketika itu Mak Cik tetap merasakan dia masih hidup. Hati ibu mana yang mampu menerima berita sebegitu dengan rela hati...sementelah jenazahnya pun tidak ada di depan mata.
Namun..selepas tiga berlalu dan menantikan panggilan telefon yang dibuat setiap dua minggu oleh anak tersayang apabila dia singgah di pelabuhan, sudah tiada,malahan yang tinggal hanyalah bayangan dan wajah yang sering Mak Cik terbayangkan. Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya Mak Cik. Kini sudah 7 tahun lebih dia pergi, Mak Cik juga akhirnya terpaksa akur dengan takdir ini...setiap kali 21 November tiba, Mak Cik akan meraikan hari ulang tahun kelahirannya dengan mengadakan kenduri doa selamat untuk Mohd Ridzwan...".
Kata Mak Cik setiap kali tibanya Ramadhan dan Aidilfitri, dia pasti ternampak bayangan atau kelibat Ridzwan dengan jelas pulang ke rumah...malahan diringi dengan bau yang sungguh wangi sekali....namun tahun ini Mak Cik tidak nampak dia pulang...bertambah lebat juraian air mata Mak Cik...aku merasa sunguh pilu
Mak Cik menangis sambil bercerita, aku yang mendegar pun tidak dapat membendung air mata ini. Kata Mak Cik dalam ramai-ramai anaknya itu, yang seorang ini memang sanagt rapat dengan Mak Cik, malahan yang paling mendengar kata dan yang paling kacak dan handsome sangat tapi dia yang pergi dulu dari Mak Cik. Kemudiannya dia menunjukkan gambar anaknya, memang segak orangnya.
Apa yang mampu saya ucapkan pada Mak Cik agar dia tabah melalui semua ini, jika rindu pada yang telah pergi banyakkanlah mengingati Allah, kerana hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita...banyakkan memberi sedekah bagi pihak dia...InsyaAllah dia akan tenang di sana.. tambahan kata Mak Cik dialah anak yang tidak pernah menyakiti hati Mak Cik...tentulah yang baik jua diSayangi Allah.
Aku memang tidak tahan mendegar cerita pilu kaseh seorang ibu yang terpisah dengan anaknya...pergi tanpa pesan dan kata...yang tinggal hanya memori dan sekeping gambar yang diberikan sebelum dia berangakat pergi dan tidak lagi kembali hingga hari ini.
Kata Mak Cik anak2 yang lain kurang mengambil berat tentang hal dirinya...kurang memahami jiwa dan naluri ibu..bersabarlah Mak Cik, Allah menguji hambanya yang mampu diuji. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui hambanya yang mana yang tahan diuji...
Lalu aku menghulurkan business card berpesan agar dia menghubungi diriku bila-bila masa, mulai hari ini saya juga boleh Mak Cik anggap sebagai anak...pesan aku lagi.
Ku hulurkan salam berjabat tangan..semoga aku bertemu lagi dengan Mak Cik ini.
kaseh.
2 comments:
..kasehnya ibu, membawa ke syorga.
babe, tumpang simpati kat makcik tu.
sedihnya
betapa kasihnya ibu itu..
alahai sedih akak...
Post a Comment