Saturday, August 30, 2008

Kaseh

Di Kala Suka & Duka

Allhamdulillah, diberikan kekuatan olehNya menghadapi saat-saat yang sukar dalam hidup kaseh. Ketika masih membawa kandungan dan setelah Umairah dilahirkan dan sesudah selesai Umairah disemadikan..budi baik & kasih sayang kalian tidak akan kulupakan.

Terima kasih untuk semua yang telah banyak membantu kami sekeluarga.

Mama & keluarga di KL
Mama, terima kaseh untuk kasih sayang yang mama berikan buat along dan keluarga serta arwah Umairah. Terima kaseh kerana telah bersusah payah menjaga Nabil, Naufal dan along sepanjang along berpantang di KL.

Boy, adik, Epi, Lyssa
Terima kaseh di atas kata-kata semangat dan kaseh sayang buat along & anak-anak.

Mak (Nenek)
Mak, terima kasih kerana bersusah payah datang menjaga along sepanjang berpantang dan melalui saat-saat sukar ini.

Keluarga di Melaka
Terima kaseh atas segalanya.

Kak Pidah
Akak banyak memberikan linda semangat..terima kasih.

My dear Sis Tati & Family
Allah SWT telah mempertemukan kita...dan persahabatan kita bertaut dengan izinNya menjadi bagai saudara...terima kaseh kerana telah banyak membantu dan bersama-sama dengan kaseh di kala tawa dan tangis..

Nana - Jelly
Segala jasa baik Nana membantu akak tidak terbalas dengan kata-kata..thanks for helping in so things.

Prof. Dr. Zaleha , Dr Amelia, Dr. Pakar Kanak - Kanak & Team di Neo Natal Unit HUKM &
Dr. Hanisah (Hos. Pantai Melaka)
Kalian semua telah banyak membantu kami sekeluarga..terima kasih yang tidak terhingga. Kami tahu bahawa kalian telah mencuba dan berusaha yang terbaik untuk arwah puteri kami Naili Umairah.

Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa dan budi baik anda semua...

Thursday, August 28, 2008

Kasehku Naili Umairah

Permata Hatiku....

Dengan izin Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang pada 15 Ogos lalu jam 4.54 petang sejurus selesai ku dengar azan Asar bergema kau selamat melihat dunia ciptaan Ilahi. Syukurku padaMu Ya Allah kerana dengan kuasaMu akhirnya puteri kesayangan yang ku nantikan selamat lahir ke dunia pada usia kandungan ku 33 minggu setelah melalui saat-saat yang getir sebelum itu.

Pada usia kandungan 29 minggu Mummy diberitahu tentang komplikasi yang dihadapi Umairah. Ketika itu dunia terasa sungguh gelap. Jenis penyakit yang disahkan oleh beberapa Doktor Pakar juga adalah satu penyakit yang asing bagi pendengaran dan pengetahuan diri Mummy dan Papa. Kami berdua tekad untuk tetap mencari hospital dan pakar terbaik buat dirimu duhai anakku. Pada saat dan ketika itu hanya kepada Allah SWT sahaja tempat Mummy dan Papa meluahkan rasa yang sarat di dalam jiwa kami. Allah itu Maha Pengasih, Dia telah mempermudahkan jalan buat kita..akhirnya kita ke HUKM bertemu dengan Prof. Dr. Zaleha (Pakar Kanan O & G ). Prof telah menerangkan dengan penuh terperinci tentang penyakit yang Umairah hidapi dan Mummy redha dengan ujian yang Allah berikan. Doa Mummy pada ketika itu hanyalah mahu Umairah kuat dan keluar ke dunia ini dengan selamat.

Naili Umairah...puteri comel yang kunantikan kelahiranmu dengan penuh sabar penuh redha penuh debar penuh pengharapan...Ketika Mummy diberitahu tentang komplikasi yang dihidapi olehmu Mummy tetap bermohon kepada Pencipta Yang Esa agar Dia melindungimu duhai anakku...Hanya Allah sahaja yang mengetahui bertapa Mummy cuba untuk menjadi kuat membawa Umairah bersama Mummy..Banyak yang kita lalui bersama, saat-saat indah Umairah bersama Mummy di dalam kandungan adalah memori terindah dalam hidup Mummy.

Umairah...
Melihat kerdipan mata mu yang cuba kau buka..mummy tahu bertapa Umairah terseksa menahan segala kesakitan yang mengigitmu..tapi Allah melindungiMu duhai anakku..Apa yang mampu Mummy lakukan pada ketika itu hanyalah menghantar susu Mummy ke Unit Rawatan Rapi Umairah setiap hari. Bagi diri Papa..sujudnya kepada Allah saban waktu memohon yang terbaik disisiNya buat mu duhai anakku...Beberapa perancangan untuk melakukan pembedahan membuang cecair yang terkumpul di kepalamu dan menebuk saluran untuk beg usus telah dimaklumkan. Kami menunggu saat itu dengan penuh sabar dan debar.

Umairah...
Sabtu yang indah itu hari ke-9 Umairah di Neo Natal ICU Mummy menitiskan air mata kegembiraan pabila Umairah membalas sentuhan Mummy, bermain dan mengengam jemari Mummy...saat itu sungguh indah..dan menurut Nurse yang menjagamu...susu yang Umairah ambil sudah meningkat dari 2ml kepada 7 ml untuk setiap kali susuan...hati mummy melonjak keriangan...Mummy tidak dapat mencium dan mengucupmu kerana Umairah berada di dalam incubator namun hati dan jiwa Mummy sentiasa mendakapmu duhai anakku....

Umairah
Ahad itu langit suram di rumah Mak Tok, hujan pun menyiram bumi...Papa dipanggil ke hospital. Hati Mummy dihambat pelbagai persoalan namun Mummy hanya mampu berdoa agar Umairah selamat. Sekembali Papa dari hospital kata papa oksigen level Umairah tidak stabil. Papa pula perlu balik ke Melaka atas tuntutan tugas. Mummy mula dilanda demam dan merasa kesejukkan. Kemudiannya Papa menghubungi Mummy jam 8.35 malam dan memberitahu pihak hospital memberitahu yang dirimu sedang tenat....Ya Allah tidak tergambar perasaan ini...saat itu juga demam Mummy bagai ditarik pergi jauh dari diri ini. Kami bergegas ke hospital. Pada saat itu air mata ini sudah mengalir dan tidak dapat disekat...

Tiba di HUKM Mummy dan Mak Tok mengharungi kesejukkan malam ke Neo Natal ICU dan Mummy hampir mahu rabah di situ melihat langsir Umairah ditutup dan Doktor juga berada di dalamnya. Umairah telah kembali kepada Allah..Pencipta Yang Agung. Hati dan Jiwa Mummy jadi luluh..jadi lumpuh...jadi sedih...tapi Mummy perlu kuatkan iman...sudah ini ketentuan Allah SWT...Puteriku yang istimewa dipinjamkan untuk Mummy ke dunia selama 10 hari sahaja.Itulah pertama kali Mummy dapat memangku dan memeluk Umairah....Jadi demam yang melanda Mummy itu adalah seperti tanda yang Umairah memanggil Mummy kerana Umairah akan pergi meninggalkan Mummy...Papa masih dalam perjalanan duhai anakku...bagaimana harus Mummy sampaikan khabar ini pada Papa..Ya Allah berikanlah kami kekuatan.

Mummy mengiringi Umairah ke bilik jenazah...Harum air mawar dititis ke kulitmu yang putih bersih..kau dikafankan...kini menunggu ketibaan Papa untuk menatap wajah comel mu yang putih bak bidari..Papa tiba dan suamiku...kau sungguh tabahwalaupun kau sedih namun ku lihat kau cuba untuk menjadi kuat dihadapanku..dahi Umairah dikucup dan kemudiannya disempurnakan solat jenazah ke atasmu.

Kami membelah kedinginan tengah-malam meninggalkan HUKM menghala ke rumah Mak Tok. Berhenti seketika di sana sebelum kita pulang ke Melaka keesokan pagi untuk disemadikan.

Umairah..
Selesai menunaikan solat subuh kita bergerak meninggalkan tempat kelahiranmu Kuala Lumpur. Perjalanan pagi ini diarak dengan cuaca yang sungguh suram sesuram hati Mummy..."Ya Allah Kau berhak ke atas kami ... setiap apa yang berlaku ini adalah ketentuan dariMu...berikan kepada ku kekuatan mengahapi saat-saat ini dan tempatkan Umairahku di tempat orang-orang soleh".

Syukur Allah permudahkan perjalanan kami..jenazah tiba dengan selamat di rumah nenek. Mummy tidak dapat menahan kesedihan Umairah..seketika nanti jasad Umairah juga akan pergi meninggalkan Mummy. Sanak-saudara dan teman menanti kepulangan Umairah.

Saat itu tiba...Papa sudah pun mengucup Umairah untuk kali terakhir dan kini tiba giliran Mummy..bagaimana harus Mummy lalui semua ini...Air mata ini tidak henti mengalir dan akhirnya Mummy kucup dahimu yang putih itu.....duhai Umairah ini adalah janji kita setiap makhluk di muka bumi dengan Allah SWT...yang hidup pasti kembali kepadaNya...Mummy mohon ampun dan maaf andai adalah salah dan silap sepanjang kita bersama...Mummy sayang & cinta Umairah...Mummy halalkan susu Mummy buat Umairah. Doakan Mummy dan keluarga kita di sana duhai anakku.....

Naili Umairah (PencapaianKu PermaisuriKu) telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Daun. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang soleh.


Ya Allah aku mohon kekuatan iman mengahadapi semua ujianmu...semoga aku dan keluarga akan menjadi hambaMu yang lebih baik melalui ujian-ujian yang diberiMu.

Sunday, August 10, 2008

Happy Birthday My Prince Nabil

My dear Prince Nabil dah pun berusia 6 tahun last 7th August. We had a little party @ his school. Berhari-hari sebelum tu dia asyik menghitung hari bilalah nak sampai 7th August ni Mummy. Hmmm....he is so cute.

Last week pulak adalah minggu yang sungguh sibuk buat kaseh. Mase tu tengah buat preparations pertunangan untuk 2 customer. Kesian my nabil he wanted a superman cake from secret but when i went to secret Jusco they said i have to order 5 days in advance. Aye...so sedih lah.

So pagi Thursday 7th August tu i sediakan sedikit makanan for the school, 75 pax semuanya. Then malam sebelum tu i preparekan gift bags to give away.


Pagi tu hujan turun dengan lebatnya, dah reda baru gerak dari rumah. Dahlah lambat sampai pulak kat Premier i tak bawa kek pulak so i had to go back home and pick the cake. Adui..sorry nabil mummy memang sibuk sampai terlupa semua benda.

Nabil,

Menerima kehadiran nabil dalam hidup mummy adalah anugerah terindah from Allah SWT. Semoga nabil akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Love,Mummy.

Glam Black Manik

Baju ni baju my customer, Zetty @ CIMB Bank. Baju ni nak dipakai utk menghadiri majlis pernikahan.

She collected the baju last Frinday and syukur she like it so much.

kaseh

Saturday, August 9, 2008

Hantaran Pertunangan Lin (Penerangan)

Minggu ni adalah minggu yang sangat sibuk bagi kaseh. Murah rezeki, syukur kepada Allah SWT.

Adik Lin ni memberikan kepercayaan buat kaseh menyempurnakan hari yang penuh bermakna buat dia. Today is also her birthday and her tunang day. Seronok sangat buat job untuk adik ni. Lin and both of her parent baik sangat.

Teamnya fresh flowers..red & cream...she like something yang simple and manis dipandang.

Kaseh buatkan :

- Pelamin mini with tilam comel dan manis sentuhan the famous curtain lady Kak Pura.

- Bunga Pahar

- Hantaran 11 dulang

- Bunga Tangan

- Manik baju tunang


Nana and my adik ipar Asiah tolong kaseh for this event. Thank u so much to the both of them. So here i would like to share some of my work..enjoy!!!


Material Baju Melayu
Barangan Set Body Shop
Kemeja Bonia
Kek Buah
Sireh Junjung
Sejadah
Coklat F& R yg kaseh gubah menjadi gugusan anggur
Tat nenas di dalam balang mengkuang
Buah-buahan segar
Potpori
Tilam & Bantal peluk yang baru dibuatkan khas untuk majlis Lin
Nana @ kaseh mini pelamin
Bunga Tangan
kaseh