Thursday, August 28, 2008

Kasehku Naili Umairah

Permata Hatiku....

Dengan izin Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang pada 15 Ogos lalu jam 4.54 petang sejurus selesai ku dengar azan Asar bergema kau selamat melihat dunia ciptaan Ilahi. Syukurku padaMu Ya Allah kerana dengan kuasaMu akhirnya puteri kesayangan yang ku nantikan selamat lahir ke dunia pada usia kandungan ku 33 minggu setelah melalui saat-saat yang getir sebelum itu.

Pada usia kandungan 29 minggu Mummy diberitahu tentang komplikasi yang dihadapi Umairah. Ketika itu dunia terasa sungguh gelap. Jenis penyakit yang disahkan oleh beberapa Doktor Pakar juga adalah satu penyakit yang asing bagi pendengaran dan pengetahuan diri Mummy dan Papa. Kami berdua tekad untuk tetap mencari hospital dan pakar terbaik buat dirimu duhai anakku. Pada saat dan ketika itu hanya kepada Allah SWT sahaja tempat Mummy dan Papa meluahkan rasa yang sarat di dalam jiwa kami. Allah itu Maha Pengasih, Dia telah mempermudahkan jalan buat kita..akhirnya kita ke HUKM bertemu dengan Prof. Dr. Zaleha (Pakar Kanan O & G ). Prof telah menerangkan dengan penuh terperinci tentang penyakit yang Umairah hidapi dan Mummy redha dengan ujian yang Allah berikan. Doa Mummy pada ketika itu hanyalah mahu Umairah kuat dan keluar ke dunia ini dengan selamat.

Naili Umairah...puteri comel yang kunantikan kelahiranmu dengan penuh sabar penuh redha penuh debar penuh pengharapan...Ketika Mummy diberitahu tentang komplikasi yang dihidapi olehmu Mummy tetap bermohon kepada Pencipta Yang Esa agar Dia melindungimu duhai anakku...Hanya Allah sahaja yang mengetahui bertapa Mummy cuba untuk menjadi kuat membawa Umairah bersama Mummy..Banyak yang kita lalui bersama, saat-saat indah Umairah bersama Mummy di dalam kandungan adalah memori terindah dalam hidup Mummy.

Umairah...
Melihat kerdipan mata mu yang cuba kau buka..mummy tahu bertapa Umairah terseksa menahan segala kesakitan yang mengigitmu..tapi Allah melindungiMu duhai anakku..Apa yang mampu Mummy lakukan pada ketika itu hanyalah menghantar susu Mummy ke Unit Rawatan Rapi Umairah setiap hari. Bagi diri Papa..sujudnya kepada Allah saban waktu memohon yang terbaik disisiNya buat mu duhai anakku...Beberapa perancangan untuk melakukan pembedahan membuang cecair yang terkumpul di kepalamu dan menebuk saluran untuk beg usus telah dimaklumkan. Kami menunggu saat itu dengan penuh sabar dan debar.

Umairah...
Sabtu yang indah itu hari ke-9 Umairah di Neo Natal ICU Mummy menitiskan air mata kegembiraan pabila Umairah membalas sentuhan Mummy, bermain dan mengengam jemari Mummy...saat itu sungguh indah..dan menurut Nurse yang menjagamu...susu yang Umairah ambil sudah meningkat dari 2ml kepada 7 ml untuk setiap kali susuan...hati mummy melonjak keriangan...Mummy tidak dapat mencium dan mengucupmu kerana Umairah berada di dalam incubator namun hati dan jiwa Mummy sentiasa mendakapmu duhai anakku....

Umairah
Ahad itu langit suram di rumah Mak Tok, hujan pun menyiram bumi...Papa dipanggil ke hospital. Hati Mummy dihambat pelbagai persoalan namun Mummy hanya mampu berdoa agar Umairah selamat. Sekembali Papa dari hospital kata papa oksigen level Umairah tidak stabil. Papa pula perlu balik ke Melaka atas tuntutan tugas. Mummy mula dilanda demam dan merasa kesejukkan. Kemudiannya Papa menghubungi Mummy jam 8.35 malam dan memberitahu pihak hospital memberitahu yang dirimu sedang tenat....Ya Allah tidak tergambar perasaan ini...saat itu juga demam Mummy bagai ditarik pergi jauh dari diri ini. Kami bergegas ke hospital. Pada saat itu air mata ini sudah mengalir dan tidak dapat disekat...

Tiba di HUKM Mummy dan Mak Tok mengharungi kesejukkan malam ke Neo Natal ICU dan Mummy hampir mahu rabah di situ melihat langsir Umairah ditutup dan Doktor juga berada di dalamnya. Umairah telah kembali kepada Allah..Pencipta Yang Agung. Hati dan Jiwa Mummy jadi luluh..jadi lumpuh...jadi sedih...tapi Mummy perlu kuatkan iman...sudah ini ketentuan Allah SWT...Puteriku yang istimewa dipinjamkan untuk Mummy ke dunia selama 10 hari sahaja.Itulah pertama kali Mummy dapat memangku dan memeluk Umairah....Jadi demam yang melanda Mummy itu adalah seperti tanda yang Umairah memanggil Mummy kerana Umairah akan pergi meninggalkan Mummy...Papa masih dalam perjalanan duhai anakku...bagaimana harus Mummy sampaikan khabar ini pada Papa..Ya Allah berikanlah kami kekuatan.

Mummy mengiringi Umairah ke bilik jenazah...Harum air mawar dititis ke kulitmu yang putih bersih..kau dikafankan...kini menunggu ketibaan Papa untuk menatap wajah comel mu yang putih bak bidari..Papa tiba dan suamiku...kau sungguh tabahwalaupun kau sedih namun ku lihat kau cuba untuk menjadi kuat dihadapanku..dahi Umairah dikucup dan kemudiannya disempurnakan solat jenazah ke atasmu.

Kami membelah kedinginan tengah-malam meninggalkan HUKM menghala ke rumah Mak Tok. Berhenti seketika di sana sebelum kita pulang ke Melaka keesokan pagi untuk disemadikan.

Umairah..
Selesai menunaikan solat subuh kita bergerak meninggalkan tempat kelahiranmu Kuala Lumpur. Perjalanan pagi ini diarak dengan cuaca yang sungguh suram sesuram hati Mummy..."Ya Allah Kau berhak ke atas kami ... setiap apa yang berlaku ini adalah ketentuan dariMu...berikan kepada ku kekuatan mengahapi saat-saat ini dan tempatkan Umairahku di tempat orang-orang soleh".

Syukur Allah permudahkan perjalanan kami..jenazah tiba dengan selamat di rumah nenek. Mummy tidak dapat menahan kesedihan Umairah..seketika nanti jasad Umairah juga akan pergi meninggalkan Mummy. Sanak-saudara dan teman menanti kepulangan Umairah.

Saat itu tiba...Papa sudah pun mengucup Umairah untuk kali terakhir dan kini tiba giliran Mummy..bagaimana harus Mummy lalui semua ini...Air mata ini tidak henti mengalir dan akhirnya Mummy kucup dahimu yang putih itu.....duhai Umairah ini adalah janji kita setiap makhluk di muka bumi dengan Allah SWT...yang hidup pasti kembali kepadaNya...Mummy mohon ampun dan maaf andai adalah salah dan silap sepanjang kita bersama...Mummy sayang & cinta Umairah...Mummy halalkan susu Mummy buat Umairah. Doakan Mummy dan keluarga kita di sana duhai anakku.....

Naili Umairah (PencapaianKu PermaisuriKu) telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Daun. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang soleh.


Ya Allah aku mohon kekuatan iman mengahadapi semua ujianmu...semoga aku dan keluarga akan menjadi hambaMu yang lebih baik melalui ujian-ujian yang diberiMu.

18 comments:

ms hart said...

My dearest sis, I feel too tiny to offer you any words of consolation. Allah have tested you, and you've passed with excellent strength which is beyond me.

It's unbelievable just how much affection I have for this special girl of yours. After your call that fateful night, I cried and cried. The day you arrived here, I cried even before my eyes laid on her innocent cute little face. That's why I salute you for such a strong front. You have all the right to cry. Cry, love, cry...but do not mourn, for your sweet baby is now in a much much much better care. All this is the answer to all our prayers - that Allah gives nothing but only the best for Umairah and both of you as parents. Now it's time YOU take care of yourself, ok? Have a good rest. You know we'll always be around for you.

Anonymous said...

My dearest Linda,

My heart broke into pieces when I learned of the sudden and unexpected death of your precious newborn girl, Naili Umairah.. and I cannot imagine the depth of your sorrow. I know how devastating this must be for you and the rest of your family. There is nothing, nothing as painful as losing a child. I'm glad to know that the time that you've had with her, although it was just for a short while, had been wonderful, before her earthly address was exchanged for a heavenly one..

I wish I had words to comfort and sustain you in your grief, but I know there are none that will take away any pain you are feeling now. Although words seem futile now in the midst of your sorrow, they are all I have to give you.. Please accept these words as warm hugs and know that I am holding you in my heart at this sad and difficult time..

You're a strong person Linda, and I pray that you'll get by this ordeal easily.. insyaAllah.

Take care dear!

Love you lots!
Kak Farah

adieka said...

Sis,
once again,nurul n ita ucapkan takziah untuk sis sekeluarga atas pemergian Naili Umairah.Allah swt lebih menyayangi dia...dan telah merancang sesuatu yg lebih baik untuk bayi comel itu.
Jadikan Naili Umairah sebagai pendorong sis untuk jd lebih kuat dan tabah di hari yg mendatang...
w'pun perkenalan kita singkat tp kami juga dpt merasai kepahitan dan kesedihan yg ditanggung oleh sis sekeluarga....
Lebih menyedihkan,pada hari jumaat sblm Naili Umairah kembali ke Rahmahtullah,nurul n ita merancang nak hadiahkan sesuatu sempena kelahiran Naili Umairah tp apa lah daya...semuanya dh telah ditakdirkan begitu..
Nurul minta maaf byk2 pd sis sbb x g melawat sis dirumah tp xbererti nurul x mengingati sis...
Semoga Tabah Menjalani Kehidupan di Hari Mendatang.
Naili Umairah,bayi yang sgt istimewa..semoga rohnya dicucuri rahmat...Amin Ya Rabal Al Amin

Anonymous said...

salam linda,

salam takziah dari Yan dan Yatie. how sweet her name, i know she likes bidadari.

Patutlah hati ini macam berat nak gi ke kaseh butik. suddendly pergi, i heard that incident. tersentuh hai keibuan ini dengan cerita ini. Be positif sesunggahnya TUHAN teramat sayangkan awak berdua.

Al-Fatihah....Naili Umairah

kaseh said...

My Dear Sis Tati - Ms Hart

Allah SWT adalah Pencipta Yang Maha Agung. Di jalan-jalan yang berliku ada jalan yang lurus...di sebalik kesengsaraan ada ketenangan...di sebalik semua ini kami juga bertemu dengan nilai kasih dan persahabatan sejati. Allah telah mempertemukan kami sekeluarga dengan insan sebaik akak, abang zul and your kids as well. Semangat dan kekuatan ini lahir dari sokongan dan kasih sayang bergitu kuat terjalin antara kita.

Terima kasih kerana membenarkan titisan air mata ini membasahi baju mu duhai kakakku...

kaseh said...

Kak Farah,

Terima kaseh di atas doa buat arwah puteri linda dan doa buat linda...Sesungguhnya setiap dari kita telah ditulis perjalanan yang bakal kita lalui dalam hidup kita. Seperti diri akak juga...diberikan akak ujian yang hebat dan akak telah berjaya melaluinya...menanti kehadiran anis dengan penuh sabar.

Salam,
linda & keluarga

kaseh said...

Adieka/Nurul,

Nurul...usia perkenalan itu bukanlah kayu pengukur dalam sesuatu perhubungan. Saudara atau teman bukan jua persoalannya. Keikhlasan itu yg paling utama...Terima kasih kerana menjadi teman di kala susah & senang. Terima kasih kerana membantu akak di butik menyiapkan tempahan pelanggan-pelanggan kaseh. Akak akan sentiasa mengenang budi baik Nurul.

Salam,
Sis

kaseh said...

Kak Yan & Yatie,

Terima kasih atas ucapan takziah. Ya Allah SWT lebih menyayangi Naili Umairah. Dia adalah insan yang istimewa jadi tempatnya juga istimewa, InsyaAllah.

Salam,
kaseh

Anonymous said...

to my dear kaseh..

lyssha harap along kuat dlm hadapi dugaan yang dialami sekarang...lyssha dan family memang merasai apa yang along rasai tapi lyssha tahu apa yang along rasa mmg lagi perit utk along lalui.

mmg kita yang hanya mampu merancang yang terbaik utk umairah tapi Allah tu yang telah menentukan segalanya.

Walau pun Umairah hanya dapat melihat along & abang mie only for 10 days tapi Umairah dah buktikan yang dia kuat hadapi segala komplikasi yang dihadapi. Tapi apakan daya kita along... kita mmg tak dapat melawan takdir-Nya..

apa yang mampu kita lakukan sekarang is doakan yang terbaik utk Umairah supaya tergolong dalam umat2 yang Allah swt kasihi.

jgn putus asa and pls ingat yang family ada dibelakang along... along kena kuatkan semangat dalam menempuhi segala dugaan ini..

lots of luvs,
lyssha

Hjh Noralenna Abbas said...

Dear Kaseh Linda, My condolence to you and family.

Alang

Gina said...

Kak kaseh....semoga tabah menghadapi dugaan Yang Maha Esa...

MOLY said...

akak ...
setiap apa yg terjadi itu ada hikmahnya .

semoga akak tabah menghadapi dugaan ini ...

Ada Dalina said...

salam takziah buat kaseh sekeluarga..
semoga tabah hadapi ujian Allah ini..
Naili Umairah adalah bidadari syurga....dia pasti tenang di sana...

Moralle said...

kaseh, I read yr blog once a while and I knew 2 that u r expecting, when I read this n3 i begitu sedih dan terperanjat.

Salam takziah untuk kaseh sekeluarga, ini semua ujian allah untukmu dan suami. Allah menguji kite di dunia ini, kite tak boleh lari dari ape yg di uji, puteri mu akan menjadi bidadari syurga yg abadi, relakan pemergian nye kerana ALLAH menyayanginye.

Take care........

kaseh said...

Gina

Terima kasih for the doa. Selaamt berpuasa to u & family.

Ayrissa
InsyaAllah, semoga Allah SWT melimpahkan rahmatNya buat kasehku Naili Umairah di sana. Amin.

GEREK ITU ALIA... said...

kak...
ketika alia tak sabar mendengar berita dari kak linda,tiba-tiba
alia terkedu.menitis air mata.
diharap kak linda sekeluarga tabah menghadapi ujian tuhan.
masih tidak terkata....
i'm crying

salam takziah buat kak linda sekeluarga...

take care
love,
alia

kaseh said...

Alia...
Selamat menjalani ibadah puasa. Ya, my arwah Umairah will be 1 month old besok. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin

Jie said...

Assalamualaikum WBT,

Membaca coretan ini betul2 menghambat hati seorang ibu.. Apa yang pasti, puan cukup tabah dalam menghadapi dugaanNya..

Anak yang saya kandung suatu masa dulu juga dikhabarkan dengan berita yang sama, iaitu terdapat cecair di dalam kepala.. Tiada harapan diberikan kepada kami.

Dan kini, dia sudah berusia 11 bulan.. Mungkin akan sedikit terkebelakang berbanding anak2 seusianya.. Namun kami masih meneruskan perjuangan.. Sbg ibu, tentu sekali saya mengharapkan yang terbaik untuk dia..

Nyatanya, saya kagum dengan ketabahan puan!