Sunday, November 11, 2007

GLAM NOVEMBER

GLAM......

1st copy of GLAM, it's from Kak Wirda personally her reference copy yang dikirimkan melalui Kak Tati ketika dia berkunjung ke rumah Kak Wirda beraya...another copy i beli..nanti bolehlah letak satu kaseh butik.This month Kak Wirda the Cheif Editor GLAM mengundang Kak Tati and me to write in her mag, GLAM. Kat bawah ni my write-up and another page is from Kak Tati.

AJAIBNYA PERSAHABATAN

Ketika jari ini menari di atas keyboard terkenang memori indah bersama teman-teman yang pernah singgah di hati, jiwa dan kehidupan saya. Mereka semua insan yang sungguh istimewa. Walaupun sudah bertahun berlalu, memori serta kenangan tersimpan dan terpahat kemas dalam ingatan dan hati ini. Kak Eda, Kak Hawa, Kak Kam, Kak Farah, Kak Ita, Kak Iza, Abang Samad dan Tengku Nurul, mereka antara yang paling rapat dan dekat di hati ini. Suka duka mengenali mereka sepanjang berkerja bersama di ntv7 adalah saat terindah dalam hidup saya di sana.

Terlalu banyak yang manis di ntv7, dari kehidupan single hinggalah bertemu jodoh dengan suami tercinta, Mohd Azmi Mat Said. Tawaran untuk suami berkhidmat sebagai warga UTeM di negeri kelahirannya Melaka adalah sesuatu yang terbaik bagi dia dan kami, maka saya berkorban kerana mahu yang terbaik buat keluarga. Saya tinggalkan dunia penyiaran yang saya cintai, saya tinggalkan mama dan keluarga, saya tinggalkan KL dan bermastautin di Melaka.

Memulakan kehidupan baru di sebuah tempat yang asing bagi saya bukanlah sesuatu yang mudah. Tiada teman, tiada masakan air tangan mama, kosong sekali, yang ada keluarga suami dan putera saya dari Al-Nabil dan kini ada Al Naufal. Memang sunyi, memang asing. Tapi ini yang sudah tertulis buat saya, pasti ada hikmah dan niat saya melakukannya demi keluarga.

Sepinya kehidupan saya di Melaka tiada siapa yang tahu. Tidak yang kurang dari nilai keluarga, namun saya tidak punya life with friends, tidak punya seseorang yang boleh saya bercerita dan berbicara tentang itu dan ini. Namun saya bekerja di KL, dua kali seminggu, berulang pagi dan petang, lima tahun sudah berlalu. Sekurang-kurangnya ia sedikit mengubati kebosanan, masih boleh singgah merasa masakan mama, masih boleh mengucup pipi mama bila saya rasa rindu pada dia. Dan hari yang selebihnya, saya di Melaka, work from home.

Jadi duduk di Melaka, teman rapat saya adalah buku dan majalah. My must have of the month; GLAM. Dari cover Kudsiah Kahar hingga yang terkini, semua saya baca dan ingat. Namun isu GLAM Mei 2007 edisi hari ibu yang menemani perjalanan saya ke KL di satu pagi, sungguh menyentuh perasaan dan jiwa saya, menghayati perasaan seorang anak bernama Hartati Yahya meluahkan perasaan kehilangan ibu tersayang. Air mata menitis tatkala membacanya sepanjang perjalanan. Lalu saya kirimkan email buat Kak Wirda, congratulate her for the wonderful content and issue of that month. Sebelum itu Kak Wirda juga sering memberitahu yang dia punya seorang kawan di Melaka yang juga sering menulis di ruangan GLAM. Tapi tidak pula memanjangkan, diam saja di situ. Sehinggalah Kak Tati menulis email untuk saya mengucapkan terima kasih katanya untuk email yang saya kirim pada Kak Wirda mengenai artikelnya. Kemudian kami berbalas email. Sampai satu masa saya mengundangnya untuk lunch bersama.

Bermulalah cerita dan kisah kami, kisah pertemuan contributor’s writer ruangan Kata Akhir Glam yang bernama Hartati Yahya dan Linda Aziz. Dari pertemuan pertama itu sudah berbuah menjadi pertemuan yang entah keberapa kali, panggilan telefon, sms yang sudah tidak boleh saya bilang dengan jari, dan insyaallah biarlah ia begini…tidak perlu dibilang sampai bila-bila. Kerana saya sudah bertemu dengan insan yang seperti teman-teman tersayang di KL dulu, teman berkongsi suka dan duka.

Kegembiraan ini hanya Allah sahaja yang tahu kerana we both can get along, boleh cerita macam-macam kisah. Cerita fesyen, cerita hiburan, cerita anak-anak dan macam-macam cerita yang tak akan kesudahan bila kami bertemu. Siapa sangka saya sebenarnya mungkin pernah bertemu dengan suami Kak Tati, Abang Zul yang juga sebelum ini berulang bekerja di KL, dan kata Kak Tati dialah pemandu F1 yang sering menghantar suami tercinta ke stesen bas di pagi hari…oh kecilnya dunia ini.

Ramandhan yang lalu makin mengakrabkan kami. Apa yang dimasak walau sedikit kami kongsi bersama, resepi istimewa masing-masing pun bertandang bila ada kesempatan. Pendek kata saya sungguh gembira mengenali dia, seolah-olah insan bernama Kak Tati ini sudah saya kenali sepuluh tahun yang lalu. Syukur Allah kerana mempertemukan kami di ruangan Kata Akhir GLAM sehingga melahirkan satu ikatan yang bernama persahabatan, semoga ia akan menjadi satu nilai yang tidak terbilang dan terhitung.

Note :

Will load another half of the article from Kak Tati once she return from Jakarta. Tengah syok shopping kat sana lah tu my dear sis ni.

kaseh



No comments: