Saturday, November 10, 2007

cherita kaseh

Miss my blog...

Now is really a busy time for me...banyak betul benda nak buat. Wish i have more time to organise all this...

November...

This is gift for tetamu for my sis punya tunang day nanti..kipas kayu wangi then i put that cute little purple flower...

  • Have to attend Taklimat RTM on 12 Nov - have to take 1st bus to KL 5.00 a.m.

  • Meeting with potential client for her wedding in January on Tuesday, 20 Nov.

  • I got 1 big project to complete off with my friend..is a international event...should end by 17 Nov

  • Have to prepare proposal paper with Ely for meeting with Media Prima Group, uhhh this will be on 19 Nov

  • Have to work o hantaran tunang my sister Miza, ..1 Dec but need to complete it by end Nov for sure.. coz after that have to complete off my brother punya wedding pulak 9th Dec 2007.
My brother punya bunga telur...banyak lagi nak buat....theme colour green & gold

InsyaAllah moga diberikan kekuatan dan jalan yang mudah untuk melakukan semua ini...Amin


kaseh

Wednesday, November 7, 2007

Satu Pertemuan

Lily yang cute...
Mengenali di gadis manis ini dari blog si Red Mummy yang famous itu...then saya melayari blog nya http://lensa-lily.blogspot.com. She is Red Mummy punya official photog lah kiranya...Lalu kami berbalas email, then sms...then last Monday kami bertemu dengan izin Allah. She is such a cute person, smart and creative.
Seronok dapat jumpa dia that day...we all had lunch kat My Kopitiam je...lepas tu dia dah start ler keluarkan camera dia yang canggih tu dan dirakamkan my face yang memang tak de mood hari tu....tapi tak pelah...malu sangat tengok muka yang ala-ala tak bermaya itu di blog dia.
O.k...Lily semoga pertemuan yang pertama ini akan berbuah menjadi lebih banyak jika ade rezeki. After all my office is just 15 minutes away from your office.
kaseh

Monday, November 5, 2007

Kaseh Ibu

Cherita duka dan kaseh seorang ibu....

Hari ini perjalanan ku ke KL penuh syahdu, usually i tido je kat dalam bus. Actually hari ni i tido pukul 3 pagi, banyak sangat keje....tapi tak jadi nak tido...coz ade mak cik duduk sebelah i kat dalam bus peramah..dia tegur i pegi mana dan perbualan antara kami pun bermula...
Sedihnya mendengar kisah ibu ini. Katanya dia punya 7 orang anak, seorang meninggal sewaktu masih kecil, tinggal 6 dan dari 6 tinggal 5. Tapi kata dia yang sedihnya..anak yang pergi kali kedua itu adalah satu peristiwa yang sungguh tragis...satu dugaan yang teramat berat untuk dia lalui.
Belum sempat dia membuka bicara, aku lihat manik-manik menitis dari kelopak matanya.
"Anak mak cik sudah hilang masuk tahun ke-7. Dia sebenarnya bekerja dengan kapal syarikat dagangan terkenal di dunia, jadi ketika dia hilang, sudah masuk tahun kelima dia berhidmat di syarikat itu. Lautan adalah medan dia bekerja...kalau orang lain di darat duduk di pejabat, bagi anak mak cik gelombanglah lautan tempat dia mencari rezeki. Suatu hari Mak Cik diberitakan khabar bahawa dia telah tiada, dia hilang, hendak kata sudah meninggal tidak pulak dapat dikesan mayatnya...yang pasti dia hilang begitu sahaja. Apa yang dipulangkan kembali pada Mak Cik oleh pegawainya hanyalah barang-barang milik anak Mak Cik.
Pada ketika kejadian itu berlaku dia tiba-tiba sudah hilang dari kapal, pulau yang paling dekat dan hampir dari kapal tempat dia hilang ialah 80 km, dan menurut pegawai penyiasat, semua anak kapal memang punya sijil dan mereka mahir berenang, namun jika pun dia mampu berenang, tidak mungkin dia dapat berenang sejauh itu, kerana kapal berada di tengah lautan. Ya Allah...bagi Mak Cik berita itu bagai tidak punya apa-apa makna...bagi Mak Cik pada ketika itu Mak Cik tetap merasakan dia masih hidup. Hati ibu mana yang mampu menerima berita sebegitu dengan rela hati...sementelah jenazahnya pun tidak ada di depan mata.
Namun..selepas tiga berlalu dan menantikan panggilan telefon yang dibuat setiap dua minggu oleh anak tersayang apabila dia singgah di pelabuhan, sudah tiada,malahan yang tinggal hanyalah bayangan dan wajah yang sering Mak Cik terbayangkan. Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya Mak Cik. Kini sudah 7 tahun lebih dia pergi, Mak Cik juga akhirnya terpaksa akur dengan takdir ini...setiap kali 21 November tiba, Mak Cik akan meraikan hari ulang tahun kelahirannya dengan mengadakan kenduri doa selamat untuk Mohd Ridzwan...".
Kata Mak Cik setiap kali tibanya Ramadhan dan Aidilfitri, dia pasti ternampak bayangan atau kelibat Ridzwan dengan jelas pulang ke rumah...malahan diringi dengan bau yang sungguh wangi sekali....namun tahun ini Mak Cik tidak nampak dia pulang...bertambah lebat juraian air mata Mak Cik...aku merasa sunguh pilu
Mak Cik menangis sambil bercerita, aku yang mendegar pun tidak dapat membendung air mata ini. Kata Mak Cik dalam ramai-ramai anaknya itu, yang seorang ini memang sanagt rapat dengan Mak Cik, malahan yang paling mendengar kata dan yang paling kacak dan handsome sangat tapi dia yang pergi dulu dari Mak Cik. Kemudiannya dia menunjukkan gambar anaknya, memang segak orangnya.
Apa yang mampu saya ucapkan pada Mak Cik agar dia tabah melalui semua ini, jika rindu pada yang telah pergi banyakkanlah mengingati Allah, kerana hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita...banyakkan memberi sedekah bagi pihak dia...InsyaAllah dia akan tenang di sana.. tambahan kata Mak Cik dialah anak yang tidak pernah menyakiti hati Mak Cik...tentulah yang baik jua diSayangi Allah.
Aku memang tidak tahan mendegar cerita pilu kaseh seorang ibu yang terpisah dengan anaknya...pergi tanpa pesan dan kata...yang tinggal hanya memori dan sekeping gambar yang diberikan sebelum dia berangakat pergi dan tidak lagi kembali hingga hari ini.
Kata Mak Cik anak2 yang lain kurang mengambil berat tentang hal dirinya...kurang memahami jiwa dan naluri ibu..bersabarlah Mak Cik, Allah menguji hambanya yang mampu diuji. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui hambanya yang mana yang tahan diuji...
Lalu aku menghulurkan business card berpesan agar dia menghubungi diriku bila-bila masa, mulai hari ini saya juga boleh Mak Cik anggap sebagai anak...pesan aku lagi.
Ku hulurkan salam berjabat tangan..semoga aku bertemu lagi dengan Mak Cik ini.
kaseh.

Sunday, November 4, 2007

Hati Malaya

Emmm...bukan hati Malaya @ Cinema tu... Moodnye je

My hubby tiba-tiba tgh ade mood nak story kat Nabil & Naufal about his primary school momen...nostalgialah lah kisahnye nie....

Memorial...tempat Tunku Abdul Rahmanistiharkan kemerdekaan negara

The famous tourist spot kat Mcca...Bukit St. Paul



papa sekolah kat sinilah....


Nie kelas papa mase darjah 2 dulu, mase Papa exam papa dapat 5A tau Nabil....

Jom naik beca...



Punyalah happy kids main2 kat padang dataran pahlawan

Nabil & Naufal had a good time today. I pun happy tengok diaorang happy. Mase naik beca both of them ketawa je...

kaseh

Jalan2 Sunday Morning

Toast & Toast...here we comeKids in the car...seronok nak di jln-jln Sunday morning My hubby and his friends selalu lepak kat sana...he said nice. So pagi ni we all minum kat Toast&Toast...

Nice place, concept like Kopitiam kat my office and Uncle Lim's at Ikano....
My hubby said uncle yang operate this place dulu mase my hubby study kat High School he had a coffee shop kat Livo Hotel yg kat bus stand express lama dulu. So now he operate at this new place - Toast&Toast.
I pun ade cawan kopitiam ni kat rumah..i beli jauh nun di Baling Kedah, i memang suka barangan antik..lama2Nabil memang suka makan 1/2 boiled eggs...Emmm..sedap betul my hero ni makan bubur....

O.k now perut pun dah kenyang....we all had a good time..good food atToast& Toast.

Lambaian Kaabah

Tetamu Allah....

Bertuah buat Mak, Bapak, Bibik & Pak Bik dapat menjadi tetamu Allah di Tanah Suci tahun ini, so semalam Bibik buat kenduri, rumah Mak will be on the 8th November, Deepavali Day.

Penerbangan pada 16hb November, Insyaallah kembali pada 31st December 2007.

Seronokkan...semoga segalanya berjalan dengan lancar, selamat pergi dan kembali dan dipermudahkan segala urusan buat mereka. Bibik and her menantu Eda and yg cute tu cucu dia...comelPak Bik and my hubby punye cousin Jan, yang kat atas tu wife dialah.Ni Mak Ngah Sal...ahh kalu bab kenduri kendara ni...dia Chef lerrr..lagi sorang Kak Wa'adah, tak dapat dikesan busy kat dapur This is kuih yang i bagi kat Bibik for kenduri, Talam keladi dan kuih cara ayam...tempah kat Mak Cik at my taman area..she made most of the kuih for hotel around Mcca, but Chinese ambil dan supllykan to hotel.

This is acar Melaka with ikan betuk (puyu)...emm this one i tak tau makan..tapi semua orang sukeIni memang kemestian orang Mcca...kalau kenduri kahwin ala-ala pemanis yang wajiblah kan..tapaiAa...nie ala-ala meja gosip...eh tak gosip...kenduri2 doa selamat nak gosip apekan.. Ni semua my hubby punya family ler...tapi dia all ni kaseh punya regular customer jugek...From left Kak Ani, Kak Ena (Kak Sin, adik Mak Ngah Sal), Mak ZarahFrom left : Khatib, Imam Masjid Pengkalan Rama, Bapak, Pak Cik baju biru nie Imam kat surau .

So, kenduri kat rumah Bibik dah selesai, malam kaum ibu pula buat Marhaban dan Baca Yassin.

Salam, kaseh.

Friday, November 2, 2007

Cherita kaseh..

busy diary...

Dear all loyal readers of kaseh...Mami Sal, Kak Tati, Alang, Angah...sorry sibuk sikit tak dapat nak update blog. To Red Mummy and Lily yang cute tu...thanks coz selalu singgah kat kaseh juge...

Sorrylah new look lagi...tengah boring so i pun tukar2 lah template ni...Lily pun tukar template jugek ye!!!

I've got so much work to do...ade write-up job yang i tengah buat sekarang ni tu yang mcm tak de mase nak tulis kat blog.

Just to share with everyone, kaseh has just received a good news, my applications to rent a shop at Plaza Usahawan under MARA has been approved. So, today i went to MARA and collected the letter. Allhamdullillah, rezeki yang datang memang tak sangka..coz yang pergi interview tu ramai. So, insyaallah kaseh will soon be operating from there..LOT 1.5, Plaza Usahawan, Jln Hang Tuah, Melaka.


"Syukur"

"Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...aku bersyukur ke hadratMu di atas segala-gala yang Kau berikan kepadaku hambaMu yang lemah...Apa yang yang ada pada diriku, apa yang ada dalam kehidupan ini...semuanya adalah hakMu...ia adalah sekadar pinjaman dan persinggahan sementara buat ke sebelum aku kembali kepadaMu...

Semoga Kau akan sentiasa melorongkan aku ke jalan yang Kau redhai, semoga Kau mempermudahkan bagi diriku dan keluargaku, serta teman-temanku ke jalanMu, diluaskan pintu rezeki yang diberkatiMu, dipermudahkan urusan amalan ibadatku, kehidupanku di dunia dan ketika ku diambil kembali kepadaMu dan ketika aku di hari perhitungan...

Dan semoga aku dapat menunaikan amanah yang berikan kepada ku agar menjadi ibu yang mampu mendidik anak2 ku menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Amin....

So, untuk semua yang telah mendoakan kejayaan kaseh untuk dapat shop ni terima kaseh ye!!!

Nota Penting : Please get a copy of Majalah GLAM November, Kak Tati and i contributed our article tentang persahabatan. Thank you Kak Wirda, C. Editor GLAM yang baik hati itu.....