Melangkah masuk ke tahun baru ini dalam keadaan yang terlalu sibuk. Persekolahan anak-anak yang dah bermula pula menuntut 100% perhatian serius. Arrgghhh...memang susah untuk membahagi diri dan masa untuk semua, business dan family. Bagusnya kalau ade pembantu rumah!!!! Susah betul proses untu mendapatkan khidmat pembantu dari Indonesia sekarang ni.
Kena banyak2 bersabar, ade baju dalam bakul yang nak dikosongkan, juadah untuk suami dan anak2 yang nak disediakan dan pelbagai pekara di butik kaseh yang juga menuntut perhatian...and that is only 1 thing that make me lega dan sabar when i think of Allah and when i will keep saying this in my heart " Ya Allah berikanlah kepadaku kesabaran dan kekuatan untuk apa pun yang sedang aku hadapi". Then i rasa ok balik...
Apa pun janji kaseh pada diri sendiri, kids adalah keutamaan. kaseh mengambil keputusan yang sungguh penting buat nabil, tak nak hantar lagi dia ke transit school and sek agama petang. My biras, kak pidah setuju nak tolong jadi personal ustazah ajar dia mengaji or what would i say kelas agama keseluruhannya. So i pick up dia kat sekolah and bawak dia balik rumah , mandi and makan then off to kak pidah for his class around 2.30 p.m kat depan Masjid Al-Azim. Tak tau macam mana nak cakap terima kasih kat Kak Pidah, hanya Allah yang membalas segala kebaikan akak.Seluruh hidup kaseh memang agak kelam kabut kerana timing baru anaknda ni, tapi the most important things is he is so happy with the new schedule. Memang penat tapi hati ni seronok bila tengok dia makan 2 pinggan nasi kat rumah and asyik cakap dia happy sangat...
So i will now move all my appointment kat kaseh ke sebelah petang. As in after 3 p.m baru kaseh dapat jumpa client for appointment. But i will try my best to be in jugak sebelah pagi. Tapi customer kaseh yang memang dah biasa usually will call dulu, so senanglah. Kadang-kadang they meet me at home. So syukurlah semua nya ok bagi business kaseh.
Allhamdulillah, En. Izam the CEO and his team at Tabung Haji Global Services break a great news with me, my company appointment as their PR & Media Consultant diteruskan lagi untuk tahun ni. News ni memang buat kaseh happy sangat coz i love working with them..they are really great team of people! Syukur untuk rezeki ini.
"Semoga Allah melindungi, memberkati dan memberi kebahagian buat kita semua untuk kesempatan kehidupan yang diberikaNya ini pada tahun ini, Amin."
No comments:
Post a Comment