Thursday, January 14, 2010

Birthday butik kaseh !!!

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya kaseh akan meraikan bday ke-2 besok. Yeap 15 Jan 2010. Saat ini aku merasa sedih, terharu dan pelbagai perasaan bermain di hati. Hati ini tersentuh mengenang pada tarikh kelahiran kaseh 2 tahun lalu kala itu jua aku dikhabar paling gembira, kehadiran arwah puteriku Naili Umairah. Jika arwah masih ada dia akan berusia setahun setengah esok hari. Duhai puteriku, peluk cium mummy buatmu, dakapan erat yang hanya mampu mummy kirimkan melalui doa buatmu. Al-fatihah.

Hingga ke senja tadi ketika selesai segala persiapan untuk meraikan pelanggan setia kaseh aku merasa sungguh terharu dan penuh syahdu...duhai puteriku, jiwa dan semangatmu sentiasa meniup kekuatan dan suntikan semangat buat diri mummy.

Ya Allah, aku sujud padaMu dengan penuh rasa kesyukuran di atas limpahan rezeki dan segala jalan yang telah Kau permudahkan buat ku dalam menerukan penjuangan dalam kehidupanku dan segala apa yang aku lakukan dalam kehidupan ku.

Buat hubby tercinta, putera2 kesayangan, terima kasih kerana sentiasa bersabar dan mendoakan kejayaan mummy. Juga mama, family melaka, my dear sis tati, semua teman dan sahabat serta pelanggan2 kaseh, terima kasih untuk sokongan dan kesetiaan yang diberikan buat kaseh selama ini.

Therefor we are hosting a special day for all of you :

Butik kaseh

Sale

15 Jan - 30th Jan 2010

15th Jan - Special Discount Day!!!!

Hope to see you @ kaseh

2 comments:

ms hart said...

Way to go, Kaseh!

Really honoured being a part of your journey! Your appreciation and thoughtfulness is truly heartwarming. Thank you so much!

And of course, Al-Fatihah for arwah Umairah. I'm sure she's smiling at the strength of her mummy... ((Hugs!!!))

kaseh said...

My dear sis,

Hmmm..that's no words that i could composed to express about your kindness to me all this time.

Allah mempertemukan saya dgn insan yg sungguh istimewa. Like i said in my sms, u are one of them yg memberikan kekuatan untuk i meneruskan perjuangan di kaseh dan semangat for me untuk mempertahankan kaseh.

Kak,
Saya tahu akak sentiasa with me during susah dan senang. Teman suka dan duka, my shoulder to cry, my ear and someone that i can hugs!

Thanks for always be here all this time...

Love!