GLAM - Sept 2006(ella on the cover)
DI SEBALIK NAMAoleh LINDA AZIZ
Hatta, saat menanti kelahiran cahayamata di dalam kandungan lagi kita sudah menyelak helaian buku, bertanya sekeliling yang ada bagi mencari nama indah dan penuh makna yang baik-baik belaka. Kerana harapan kita bila menamakan anak dengan nama yang baik-baik si dia yang empunya nama juga akan menjadi insan yang sempurna dan sehebat namanya. Benar sangatlah kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Tingginya darjat pada nama, hinggakan di hari kita kembali kepada Yang Maha Pencipta, disebut nama tatkala talkin dibacakan imam di pusara. Begitulah tingginya nilai nama bagi seorang insan.
Sedar atau tidak pengaruh nama juga berubah mengikut kemajuan dan arus kemodenan. Dari nama insan semulia Adam dan Hawa, yang pendek dan mudah diingat ke nama-nama bayi kelahiran zaman ini panjang dan hampir susah diingat serta disebut oleh Atuk dan Nenek sendiri.
Nama itu individu, nama itu jenama diri . Pernahkah sebenarnya kita terfikir untuk melakar nama dan membentuk jenama bagi diri sendiri. Jika tidak pernah mungkin kita perlu renungkan, perlu melakukan pradigma bagi memajukan diri, minda dan jiwa penuh motivasi. Kini Septermber datang bertandang, dihitung, campur dan tolak cuma tinggal tiga bulan sahaja bagi melayari 2006, lalu ia bakal menjadi memori, menyimpan segala rahsia, cerita dan perjalanan hidup sepajang tahun. September ini GLAM berbicara tentang fesyen, lalu ingin saya melengkapkan GLAM di ruangan kata akhir ini dengan cerita dan kisah individu hebat yang telah terpahat dan tersohor juga bagi yang sedang membina empayar dalam dunia penuh kemewahan, gaya dan glamor ini. Yang saya fikir nama mereka sering menjadi bual bicara tak kira di mana, dari golongan bawahan dan rich and famous people di seluruh dunia. Berbicara tentang nama dan individu-invidu yang mempunyai nama yang cukup magis. Lalu mungkin boleh kita renung-renungkan bersama yang apa yang boleh kita lakukan untuk mencipta diri, mencipta nama serta menjadi individu yang punya nama yang gah, bersemarak dan bukan lesu tidak bermaya.
Sekadar ingin mengenengahkan berberapa nama hebat yang saya ikuti kisah hidup mereka dan setengah dari mereka pernah saya singgah dan kenali secara peribadi. Teruja dan kagum pada mereka yang bagi saya penuh aura, memukau, penuh kuasa, penuh glamor dan kehidupan yang sering menjadi tumpuan dan buruan lensa kamera. Terdiri dari ahli politik, sains, sejarawan, tokoh korporat, sukan, seni, media, kecantikan, fesyen dan pentas peragaan masing-masing melahirkan ikon tersendiri. Namun kerana September ini kata orang penting di Blu Inc. Kak Wirda yang sungguh dan benar amat saya kagum sentuhannya dan buah tangannya di GLAM, bulan ini bulan fesyen lalu saya juga ingin berbicara tentang ikon fesyen.
Mereka individu penuh aspirasi, berjaya malakar nama di peta dunia, walaupun tamadun dan zaman berubah nama tetap disebut , dikenang dan disanjung. Walaupun hayat sudah tiada nama dan jasa tetap dikenang untuk ribuan tahun yang mendatang.
Chanel satu jenama fesyen yang gah berdiri dalam gemerlapan cahaya lampu kota fesyen utama seluruh dunia. Istimewa logo Chanel iaitu gadungan dua abjab C yang terhasil dari nama mendiang Coco Channel. Nama sebenar Coco ialah Gabrielle, dilahirkan pada kurun ke 18. Beliau bagaimanapun mengambil nama Coco sewaktu berkerja sebagai penyanyi konsert sekitar tahun 1905-1908. Nyata tuah pada nama Coco menyebelahi beliau, walaupun sudah tiada lagi di dunia ini mendiang Coco Chanel telah berjaya menobat dan membariskan Chanel sebagai label fesyen berprestij dan helaiannya milik orang-orang ternama dan terkenal seluruh dunia. Kini, Karl Lagerfeld menjadi individu yang bertanggungjawab meneruskan perjuangan mendiang Coco Chanel di Chanel.
Itu nama besar orang barat yang mencipta nama di benuanya sendiri. Lebih membanggakan bagi saya ialah tentang ikon fesyen yang juga hebat dan berbakat besar, Zang Toi. Insan di sebalik nama Zang Toi ini sudah lama saya minati dan kagumi. Masih segar di ingatan ketika membuat persedian untuk Pertandingan Pidato di Peringkat Wilayah sewaktu berusia 18 tahun, Zang Toi saya gunakan sebagai ikon dalam hujah saya, bercerita tentang kehebatan beliau kerana berjaya mencipta nama di bumi asing, nun jauh di kota New York. Nyata rezeki menyebelahi saya, hujah tentang Zang Toi berjaya mencuri perhatian para hakim dan saya pulang sebagai pemenang tempat kedua.
Namun siapa sangka, lebih manisnya, kini saya bertanggungjawab menguruskan publisiti bagi jenama Zang Toi untuk pasaran Malaysia, yang helaiannya dimiliki oleh nama-nama besar dunia seperti Sharon Stone, Eva Longoria, Ivana Trump dan golongan kerabat diraja dari seluruh pelusuk dunia . Dan indahnya bagi lakaran kerjaya diri saya sendiri, di medan inilah saya terus melebarkan sayap dan mendaki ke tangga yang lebih tinggi. Berada dalam fesyen industri juga mendedahkan saya kepada hasil kerja insan-insan yang berbakat besar. Pereka-pereka tempatan yang saya lihat hasil kerja mereka dengan penuh kagum. Melewati helaian fesyen di dada majalah dan pentas peragaan saya melihat sentuhan keramat nama-nama besar seperti Rizalman, Radzuan Radzwill, Khoon Hooi, Embun , Kirana, Michael Ong, Melinda Looi dan Tom Abang Saufi yang berjaya memberi nafas nyawa dalam menghidupkan industri. Iham dan centusan idea yang dihasilkan membawa anjakan dalam arus fesyen tempatan. Bagi Zang Toi, walaupun jauh di New York Zang Toi tetap tampil mewarnai acara fesyen utama tempatan. Jauh bukanlah alasan, lalu helaian Summer Safari Zang Toi diterbangkan dari New York ke pentas peragaan tempatan ketika berlansung acara berprestig.
Mengenalinya dengan lebih dekat Julai tahun lalu membuatkan saya mengerti mengapa dia mampu dan berupaya pergi sejauh itu. Seorang yang sungguh berdedikasi pada perniagaannya dan helaian rekaannya dizahirkan dengan penuh rasa cinta, sebuah karya seni baginya namun menjadi sungguh indah buat penggemar fesyennya. Rekaan Zang Toi memberikan kepuasan kepada semua pelanggan setianya. Melihat pada dirinya juga menjadikan saya semakin teruja, kerana sejauh manapun sudah dia terbang, meninggalkan Malaysia dan punyai nama yang besar, namun adat resam dan budaya tidak pernah dilupakan, melalui ilham mahu pun kala membuka bicara tika ditemubual rakan-rakan wartawan, Zang Toi masih sarat dan kaya dengan nilai-nilai ketimuran.
Begitulah besarnya harga dan nilai pada nama. Dari sekadar nama seorang insan biasa, mengorak langkah untuk menjadi yang terkenal dan dikenali. Bila sudah jadi ternama , nama harus diperlihara sebaik mungkin agar ia sentiasa dikenali, dikenang bagi yang baik-baik sahaja dan minta dijauhkan yang bertentangan.
Dan untuk kedua putera kesayangan mummy, yang mummy dan papa namakan kamu berdua dari paduan rasa kasih, cinta dan penuh pengharapan agar kamu menjadi insan seindah maksud disebalik nama kalian berdua. Dan sungguh kebetulan padanan nama kami berdua – Azmi/Linda (Al – maksudnya Yang dari sudut agama) diletakkan pada pangkal nama kalian dengan harapan kamu punya nilai dan karektor dari kedua kami. Al Nabil membawa maksud yang tampan dan cerdik mulia. Al Naufal membawa maksud yang baik hati dan dermawan. Tiada harta yang lebih bernilai bagi diri mummy selain dari kalian berdua. Lalu jagalah nama kalian sebaik yang mungkin kerana di sebalik nama ia adalah lambang peribadi dan refleksi diri.
GLAM APRIL 2007
ANUGERAH TERINDAH
oleh Linda Aziz
Benar sangat kata Kak Wirda tentang tulen & palsu dalam edisi Mac, bagi saya biarlah, kalau individu itu memang benar menginginkan, mahu memenuhi mimpi dan impian menyandang yang asli belum kesampaian dan hanya mampu membeli yang palsu, itukan hak dia. Bukan setakat di kalangan yang kurang mampu, malah bagi saya sendiri yang mengenali ramai orang di luar sana yang mampu adakalanya mereka juga memakai yang bukan tulen, tetapi tidak perlu kita persoalkan kerana itu hak individu dan terlalu personal. Cuma bagi saya ia lebih kepada kepuasan kepada diri sendiri jika memiliki yang asli. Lebih menyedihkan lagi, ramai juga di kalangan yang mampu dan boleh beli apa sahaja yang mereka mahu ini juga di antara golongan yang tidak menghargai anugerah yang diberi. Ada kala saya lihat walau di tangannya ada beg Birkin Hermes atau tas tangan jenama mewah lain tetapi keseluruhan gaya bagai tidak bermaya dan sungguh saya tidak mengerti mengapa mereka begitu. Bukankah segalanya sudah ada di tangan jadi gunakanlah untuk melahir dan menzahirkan satu kesempurnaan.
Kerana itu bagi saya betapa penting untuk memahami ilmu basic fashion supaya kita dapat mengelak diri dari menjadi pokok krismas (seperti kata Dazman dalam notanya Mac lalu) . Bukan itu sahaja, kecantikan yang sempurna itu juga perlu hadir bersama hati yang tulus, ikhlas, riak wajah, perlakuan yang sopan dan tutur kata yang manis. Pernah saya melihat orang-orang yang mungkin indah persalinannya tapi kosong budi bahasa. Bagi pandangan saya ia adalah pakej. Untuk cantik kita mesti rajin, anugerah Tuhan Yang Maha Agung ini perlu kita hargai sebelum terlambat. Jika rutin seharian hanya untuk makan, duduk dan tidur hasilnya saiz S pasti bertukar menjadi L.
Ayuh! cuba kita lihat insan-insan sekeliling yang kadangkala umur mereka sudah 40-an atau ada yang mencecah 50-an atau 60-an tetapi penampilan, badan dan segalanya tampak sungguh sempurna. Saya sendiri cemburu melihat Mama, kini usia sudah 54 tahun tapi kami masih boleh berkongsi busana yang sama. Saya, adik dan mama boleh memakai baju saiz yang sama. Bila saya tanya macam mana nak kekal langsing macam mama, katanya kena exercise banyak-banyak dari muda, jangan dah tua baru nak mula. Sambungnya lagi, kalau lepas melahirkan anak perlu tahan berpantang, ia adalah untuk kebaikan diri sendiri. Saya percaya pada apa yang dikata Mama, sebab nenek saya juga pesan begitu, dia sudah berumur sekitar pertengahan 70 tetapi badannya cantik, perut pun tidak buncit sama sekali, dan cara dia yang sudah tua menjaga pemakanan buat dia tampak muda.
Lalu ketika melahirkan kedua putera saya, saya sabar dan tahan berpantang. Kalau ada yang menganggap kolot dan tidak relevan lagi saya kata orang itu akan menyesal bila umur meningkat. Malahan bagi Elyna, boss saya yang duduk di luar negara dari kecil dan sepupunya Fenti yang sudah melahirkan tiga orang anak (tapi badan cantik) percaya bahawa berpantang itu bagus dan mereka pun mengamalkan. Moden bukan bererti kita lupakan petua dan amalan yang memanfaatkan diri. Kecantikan yang ingin kita kecapi tidak akan datang bergolek. Saya tidak pernah beralasan dengan diri sendiri, walaupun saya tidak ke butik kecantikan, saya tetap melakukan sesuatu di rumah. Pokok pangkalnya diri kita. Sedikit investment saya lakukan setiap bulan membeli buku dan majalah fesyen serta kecantikan. Bilik kecil di rumah saya penuh dengan buku, bagi saya ini gedung ilmu bukan pembaziran. Banyak tips, fesyen guide dan kecantikan yang saya pelajari.
Sedih, betul sedih bila melihat ramai wanita yang tidak mahu bercantik-cantik dan berlawa-lawa untuk diri sendiri. Jika ke kedai runcit berhampiran rumah di waktu pagi, saya sering melihat sekumpulan wanita membeli di situ. Mereka saya lihat bukanlah tua, masih muda, ada yang masih membawa anak kecil. Tak berniat mengecilkan mereka tetapi sebagai wanita saya rasa mereka patut berusaha untuk tampil lebih baik dari itu. Dalam hati saya berkata betul juga apa yang sering dibahaskan, tentang wanita yang sudah tidak mahu berlawa-lawa dan akhirnya suami guna alasan mencari yang lain, yang lain yang mungkin lebih sedap pada pandangan mata.
Dalam pada itu, saya sering melihat seorang wanita yang berwajah seperti wanita Cina lalu di hadapan rumah mertua saya. Kata mak namanya Datin Ros, tinggal berhampiran surau. Sudah kematian suami, hidup sendiri. Saya sangat tertarik dengan penampilannya, dia sudah tua, tetapi setiap inci penampilannya saya lihat begitu rapi. Dari scarf yang menutupi sebahagian rambut yang sudah keputihan, dia berkebaya nyonya dan kain batik, sungguh cantik. Tidak cukup dengan itu dia juga membawa payung melindungi muka dari dimamah cahaya mahatari dan lengkap dengan tas. Sungguh sempurna, itu maksud saya walaupun Datin Ros hanya mahu ke kedai Bukan kerana dia ada title Datin. Lagi pun dia tinggal di kampung sahaja dan wanita-wanita yang saya bicarakan tadi tinggal di taman perumahan. Namun kerajinan dan mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan Datin Ros dari muda sentiasa menjaga penampilan diri.
Saya juga percaya, diri kita adalah acuan anak-anak kita. Anak saya Nabil baru berusia lima tahun, namun dia tahu rutinnya, bangun sahaja mesti mandi, kemudian membuka almari memilih baju dan menyisir rambut kemas dan lengkap dengan jam tangan. Selepas itu barulah dia menjenguk meja untuk bersarapan. Tidak cukup dengan itu, adiknya Naufal digayakan pula. Kerenah mereka buat saya sering tersenyum. Namun, yang lebih manis dan yang akan saya ingat sampai bila-bila Nabil selalu kata kepada saya “Wah…mummy nice lah ,mummy pakai baju ni” atau bila dia tidak suka dia akan berkata “Mummy not nicelah”. Bagi saya suami dan Nabil adalah pengkritik fesyen saya yang terbaik.
Walaupun kita menutup aurat tidak bermakna kita menjadi buta fesyen. Tidak ada alasan orang bertudung tidak boleh bergaya, saya percaya stail itu ada dalam diri yang lain itu pelengkapnya. Agar mereka menghargai kita dan mereka merasakan my wife is sill sexy dan my mummy is pretty and beautiful. Semoga mereka merasakan kita adalah anugerah terindah yang pernah hadir dalam hidup mereka.

No comments:
Post a Comment