Hitam Putih Kehidupan....
My article in Kosmo Newspaper (Monday 12, June 2006)
MESTI ADA DALAM ALMARI ANDA!
Oleh : Linda Aziz
e-mail: lindaaziz88@yahoo.com
Termangu berdiri di hadapan almari pakaian memikir apa yang mahu digayakan, buka dan tutup almari beberapa kali pun masih tidak dapat memilih padanan yang mahu dipakai. Setiap hari begitulah ragam kebanyakkan kita sebelum melangkah keluar memenuhi agenda harian. Jadi, apa kata kita lihat adakah di dalam almari pakaian kita ada pakaian utama yang mesti ada di dalam almari semua orang. Yang sesuai digayakan oleh semua peringkat usia, berkerjaya mahupun yang baru ingin melangkah ke dunia pekerjaan.
Mesti ada dalam almari!
· Sut berwarna hitam atau biru
· Sehelai kemeja putih
· Kasut hitam
· Beg tangan hitam
Sut berwarna gelap iaitu hitam atau biru adalah persalinan yang sangat berkuasa dan mampu bertindak selaku penyelamat bagi gaya anda. Warna hitam adalah warna penuh kuasa, elegan dan formal. Mudah digayakan, asalkan anda memilih bentuk potongan yang kena dengan susuk tubuh ketika membelinya. Melaburkan wang untuk sepasang sut yang berkualiti akan memberikan kepuasan dan ianya boleh dipakai untuk jangka waktu yang panjang kerana ia tergolong dalam gaya klasik dan juga berciri vintage. Sut juga mesti dimiliki kerana ia mampu menambah rasa keyakinan pada diri si pemakai. Sangat mudah untuk menampilkan gaya yang berbeza walaupun ia selalu dipakai. Apa yang perlu ditukar hanyalah padanan yang berbeza.
Sut klasik Zang Toi contohnya adalah sesuatu yang mesti dimiliki kerana ia boleh dipakai dengan pelbagai cara dan acara yang berbeza dari kasual hingga ke korporat. Sut klasik dengan garisan halus membolehkan anda memakainya siang mahupun malam. Untuk gaya seharian di pejabat atau menghadiri mesyuarat, pakainya bersama kemeja klasik Zang Toi yang berwarna putih atau garis memanjang. Tukar kemeja dengan baju yang mempunyai sedikit renda, manik atau untuk lebih menyerlah, padankan ia dengan warna perak pudar beserta perhiasan. Kini anda boleh terus menghayunkan kaki meredah kota untuk apa jua acara selepas waktu pejabat !
Sut mempunyai pelbagai jenis potongan. Apabila membeli sut, pastikan kita tahu jenis ukuran sut yang susuai untuk badan kita. Ia mesti melekap kemas pada tubuh, tidak terlalu besar mahupun terlalu ketat. Bagi sut panjang ia boleh dipakai dengan seluar yang sedikit ketat potongannya.
Jaga sut anda dengan baik. Hantarlah untuk cucian kering, mungkin beberapa kali dalam tempoh tiga bulan. Seelok-eloknya ia tidak dicuci selalu kerana bahan cucian terdapat kimia yang akan menjejaskan fabric.
Putih itu suci, memaparkan kepercayaan dan warna yang sungguh sempurna, jadi anda mesti ada helaian ini di dalam almari. Kemeja putih boleh digayakan kemas bersama sut. Jika mahu gaya korporat tetapi tidak mahu memakai sut, ia boleh dipakai bersama skirt ataupun seluar. Ia juga boleh dikenakan dengan jeans untuk keluar membeli belah di hujung minggu.
Walau apa pun, pastikan anda gembira dan benar-benar selesa dengan sut yang dibeli. Buat pemilihan yang teliti, jadikan ia satu pembelian yang berbaloi buat anda. Kandangkala mungkin agak susah untuk mencari potongan yang benar-benar membuatkan hati kecil anda berkata “ya” takala berdiri di hadapan cermin. Jadi, berkunjunglah ke butik Zang Toi. Zang Toi bukan sahaja menyediakan pakaian yang siap dipakai tetapi juga menerima tempahan khusus untuk individu yang memerlukan!
Hemmm…jadi bukalah almari anda dan lihat sama ada anda ada persalinan yang penuh berkuasa ini, yang mampu merubah anda untuk tampil dengan gaya yang berbeza. “Kecantikan yang sempurna itu datang dari hati dan menjadi diri kita sendiri tanpa perlu berpura-pura dan menjadi orang lain”. Jumpa lagi!
Love,
kaseh
Enjoy!!!!!!!!
Today me and Mami Sal yang Glam nie tak plan pun tapi dua-dua pakai black & white theme lerrrr pulak.... We had lunch together before i go for my next appointment....i bawakkan mami Ayam Masak Merah for Mami, ntahlah sedap ke tak, yang pasti i mesti suka explore masakan.
Fakta :
Koleksi skarf yang mami pakai tu from kaseh
Rantai yang mami pakai tu...tentulah from kaseh jugek...dia beli semalam 5 set Nepal stone
Nie rupenya final menu Ayam Masak Merah from kaseh...my mum punye resepi. Tak delah sesedap my mum punya air tangan tapi kira oraitlah, duduk jauh dari Mama...kenalah masak sendiri apa yang teringin nak makan.
No comments:
Post a Comment