kaseh itu perasaan nan suci, lahir dari hati & jiwa nan tulus. Untuk semua yang kita lakukan..lakukanlah ia kerana kaseh
Wednesday, June 11, 2008
Diari kaseh
My friend / client of kaseh wanted me to do her dulang hantaran kahwin for both man & women. During this time my staff kena buat perangai. Dia tak datang kerja since Tuesday, lucky i got Z, Linda & Wani (uitm student) who is very kind helping me kat butik. They are my regular customer and also adik2 yang rapat dgn i. Everyday they all singgah butik. I tinggalkan butik kat they all..then i keluar cari barang dan buat preparations.
Ya..that is the story yang menyakitkan hati tapi at the same time bila kaseh dah bawak dulang hantaran yang dah siap tu ke majlis akad nikah tu...semua orang cakap cantik. Syukur, happy sangat. (Will be posting the photos soon).
Yesterday Elyna (my former boss) called, i was trying to get in touch with her since the day before. So we was on the phone for almost 30 minutes...so happy dapat chat with her...ya sometimes you feel nice to speak to someone that u used to share a lot of things together...we promised each other that we will jumpa kalau i pergi KL next trip.
Hubby is away, his in Penang for 3 days..nasiblah ade 2 org putera ni jadi bodyguard mummy...
Monday, June 9, 2008
Jahitan Manik
kaseh masih menerima tempahan untuk baju hari raya hingga hujung Jun ini. Namun untuk jahitan manik ia masih dibuka hingga makluman tarikh tutup nanti.
kaseh
Ketawa Penawar Duka
Sunday we all bawak Nabil and Naufal for movie. Kung Fu Panda. Best ketawa je ..the Panda is so cute. Ini pengalaman pertama buat Naufal masuk cinema. Dia cool je dalam setengah jam pertama lepas tu ributlah. Siap tanya kenapa gelap je.. lepas tu dia bukak kasut, stokin semua dan bermacam-macam aksi lagi..Huh!!! Sabar jelah little Naufal ni.
Overall my review : Mesti Tonton!! 5 Bintang
Wednesday, May 28, 2008
Rindu
Hmmm...perasaan kaseh di pagi yang indah ini berkecamuk betul...apa yang menggangu my mind i pun tak tau. But one thing for sure kaseh merindui my nenek di kampung. Wish i could go back to Kedah and stay there for few days. I am feeling so sad since yesterday night. Selain tu rindu pada teman rapat di KL. Last Saturday Tengku Nurul telah selamat mengikat tali pertunangan...so sad i could not be there...so just my pray and short sms notes for her. Sedihnya wedding Nurul nanti pun i tak dapat attend coz i will be in pantang....sorrylah dear.
Penat pun ya...never had a break at all since kaseh butik opening on 15 Jan. I really have to focus and work so hard for the little shop. But then syukur kerana Allah SWT sentiasa mempermudahkan perjalanan mengemudikan my little shop, kaseh. Yang manisnya kaseh bertemu dengan ramai kenalan baru, young, some of them same age with me also yang berpangkat kakak2 dan mak cik. Janji kaseh ialah kaseh akan mencuba sebaik yang mungkin untuk memberikan a comfort service to all customer yang singgah ke kaseh buat pertama kali akan kembali lagi...so far so good. Last month i closed almost 95 customer...which is good, kaseh happy. This few days i am kind of busy helping with some baju yang bakal dipakai oleh pengantin istimewa...i am so happy for her.
Dalam kehidupan ini kita perlu banyak melihat ke dalam diri kita, melihat kekurangan untuk kita perbetulkan, jika kita punya kelebihan tidak perlu ada riak tapi ia milik semua untuj dikongsi...dan hidup pasti lebih bahagia!
Monday, May 19, 2008
Kehilangan
Business been good for kaseh, personal life ok, selera makan pun semakin baik buat kaseh. Just got back from my check up with Dr. Fauzimah. Baby dah start bergerak-gerak....so happy.
Dua minggu yang lepas...a new friend of mine yang baru dikenali di butik kaseh telah kembali ke rahmatullah. Baru mengenali arwah dalam 3 minggu tiba-tiba dapat berita beliau telah pergi. Arwah bekerja di CIMB, but not at operations so memang tak pernah jumpa. Most of kaseh customer majoritynya memang staff-staff CIMB tapi tak pernah berjumpa dengan arwah. One day she singgah kaseh with her good friend, Kak Lisa. Salam dihulur dan mana tahu tiba-tiba kami jadi begitu mesra...bergurau dan siaplah arwah ni cuba beberapa koleksi baju di kaseh dan akhirnya kami ketawa bersama, mana tidaknya kata arwah susah nak muat...she was 6 months at that time... sepatutnya bersalin sebulan lebih awal dari kaseh....But then the 2nd time arwah cuba satu baju yang sungguh cantik, berwarna purple muat pulak dengan badannya..kata arwah simpan dulu nanti next week Kak Pah ambik ye...seutas gelang berbatu hitam turut diminati arwah... Sehari sebelum mendapat berita sedih itu kaseh ada menghubungi arwah, ingin bertanya andai tidak mampu arwah bertapak ke kaseh, ingin saya hantarkan...malangnya panggilan tersebut tidak berjawab.
Tiba-tiba pada hari cuti umum 1/5 dalam jam 4.45 kaseh mendapat kiriman sms mengatakan arwah telah pergi. Pada hari Jumaatnya kaseh kembali ke butik dan meletakkan baju dan gelang yang dingini arwah..sedih rasanya, bagaikan tidak percaya tetapi itulah hakikatnya, Allah telah menjemputnya pulang. Kak Lisa teman yang paling rapat dengan arwah datang ke kaseh dan memberitahu bahawa arwah telah berada di ICU selama 2 hari kerana semput yang teruk dan bayinya telah meninggal di dalam perut 12 jam sebelum beliau. Bercucuran air mata kami ..walaupun bagi kaseh yang baru mengenali Kak Pah...jauh di sudut hati i like her walaupun baru dua kali bertemu arwah di butik. Kata Kak Lisa kehilangan itu sungguh menyentuh hati, rasa kosong dan sudah terbiasa berkongsi cerita, perasaan suka dan duka bersama. Semoga roh Kak Pah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Last week pula kaseh membaca berita kehilangan soerang teman baik kepada Kak Tati ketika mereka sama-sama menuntut di TKC...berlinangan air mata kaseh membaca nota-nota coretan seorang teman tentang arwah..yang baik pasti dikenang sampai bila-bila. Al-Fatihah buat kedua ibu yang telah kembali kepadaNya. Amin...
Monday, May 12, 2008
Hari Ibu...
Untuk semua ibu...Selamat hari Ibu!
Monday, April 28, 2008
Rumahku Syurgaku
Abang Zul, tuan rumah yang tengah sibuk melayan tamu...
My little Naufal...duduk kat depan tv layan Kampung Boy and sedaplah tu lepaking kat day bed Auntie Tati yg penuh dengan small pillow..
I was late, coz i have to tunggu my Prince Nabil and Naufal yang tetap nak bersiap mcm nak rak macam hari rayelah pulak dengan sampin bagai...sabar jelah! Wahalnya nak pergi Majlis Doa Selamat je.
The food was so sedap, so call by the Royal Chef from Ujung Pasir...Hmmm...as for me yang memang sudah nak suka makanan yang sedap buat ketika ini kira powerlahkan boleh buat i makan dengan penuh selera...Ini bilik Amal..nice . Kan best kalau i ade girl...bolelah i decor bilik pink colour..
So, to my dear Sis and Abang Zul...tahniah coz dah berpindah ke rumah baru yang cantik...
kaseh