Monday, May 19, 2008

Kehilangan

Salam buat semua...

Business been good for kaseh, personal life ok, selera makan pun semakin baik buat kaseh. Just got back from my check up with Dr. Fauzimah. Baby dah start bergerak-gerak....so happy.

Dua minggu yang lepas...a new friend of mine yang baru dikenali di butik kaseh telah kembali ke rahmatullah. Baru mengenali arwah dalam 3 minggu tiba-tiba dapat berita beliau telah pergi. Arwah bekerja di CIMB, but not at operations so memang tak pernah jumpa. Most of kaseh customer majoritynya memang staff-staff CIMB tapi tak pernah berjumpa dengan arwah. One day she singgah kaseh with her good friend, Kak Lisa. Salam dihulur dan mana tahu tiba-tiba kami jadi begitu mesra...bergurau dan siaplah arwah ni cuba beberapa koleksi baju di kaseh dan akhirnya kami ketawa bersama, mana tidaknya kata arwah susah nak muat...she was 6 months at that time... sepatutnya bersalin sebulan lebih awal dari kaseh....But then the 2nd time arwah cuba satu baju yang sungguh cantik, berwarna purple muat pulak dengan badannya..kata arwah simpan dulu nanti next week Kak Pah ambik ye...seutas gelang berbatu hitam turut diminati arwah... Sehari sebelum mendapat berita sedih itu kaseh ada menghubungi arwah, ingin bertanya andai tidak mampu arwah bertapak ke kaseh, ingin saya hantarkan...malangnya panggilan tersebut tidak berjawab.

Tiba-tiba pada hari cuti umum 1/5 dalam jam 4.45 kaseh mendapat kiriman sms mengatakan arwah telah pergi. Pada hari Jumaatnya kaseh kembali ke butik dan meletakkan baju dan gelang yang dingini arwah..sedih rasanya, bagaikan tidak percaya tetapi itulah hakikatnya, Allah telah menjemputnya pulang. Kak Lisa teman yang paling rapat dengan arwah datang ke kaseh dan memberitahu bahawa arwah telah berada di ICU selama 2 hari kerana semput yang teruk dan bayinya telah meninggal di dalam perut 12 jam sebelum beliau. Bercucuran air mata kami ..walaupun bagi kaseh yang baru mengenali Kak Pah...jauh di sudut hati i like her walaupun baru dua kali bertemu arwah di butik. Kata Kak Lisa kehilangan itu sungguh menyentuh hati, rasa kosong dan sudah terbiasa berkongsi cerita, perasaan suka dan duka bersama. Semoga roh Kak Pah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Last week pula kaseh membaca berita kehilangan soerang teman baik kepada Kak Tati ketika mereka sama-sama menuntut di TKC...berlinangan air mata kaseh membaca nota-nota coretan seorang teman tentang arwah..yang baik pasti dikenang sampai bila-bila. Al-Fatihah buat kedua ibu yang telah kembali kepadaNya. Amin...

3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Kaseh, Al fatihah buat yang sudah pergi. I want to introduce you to this blog //muslimahcantik.blogspot.com. former student (not my era) selling online muslimah clothings.

Ada Dalina said...

takziah yer...
ermm...actually im da new blogger...
wanna be ur fren here n every where..hehhehe
tq...

MOLY said...

takziah ..
akak .. rindu nak jumpa akak ..

do take care k
;)