Monday, June 9, 2008

Jahitan Manik

Latest Service @ kaseh

Permintaan di luar jangkaan..
@ kaseh now we do take tempahan baju dan juga manik. Sambutan dari pelanggan kaseh sungguh menggalakan. This is one of the latest design yang dijahit..Baju milik teman dan regular kaseh, Waty.

kaseh masih menerima tempahan untuk baju hari raya hingga hujung Jun ini. Namun untuk jahitan manik ia masih dibuka hingga makluman tarikh tutup nanti.

kaseh

Ketawa Penawar Duka

Kung Fu Panda...

Sunday we all bawak Nabil and Naufal for movie. Kung Fu Panda. Best ketawa je ..the Panda is so cute. Ini pengalaman pertama buat Naufal masuk cinema. Dia cool je dalam setengah jam pertama lepas tu ributlah. Siap tanya kenapa gelap je.. lepas tu dia bukak kasut, stokin semua dan bermacam-macam aksi lagi..Huh!!! Sabar jelah little Naufal ni.

Overall my review : Mesti Tonton!! 5 Bintang



Wednesday, May 28, 2008

Rindu

Salam...

Hmmm...perasaan kaseh di pagi yang indah ini berkecamuk betul...apa yang menggangu my mind i pun tak tau. But one thing for sure kaseh merindui my nenek di kampung. Wish i could go back to Kedah and stay there for few days. I am feeling so sad since yesterday night. Selain tu rindu pada teman rapat di KL. Last Saturday Tengku Nurul telah selamat mengikat tali pertunangan...so sad i could not be there...so just my pray and short sms notes for her. Sedihnya wedding Nurul nanti pun i tak dapat attend coz i will be in pantang....sorrylah dear.

Penat pun ya...never had a break at all since kaseh butik opening on 15 Jan. I really have to focus and work so hard for the little shop. But then syukur kerana Allah SWT sentiasa mempermudahkan perjalanan mengemudikan my little shop, kaseh. Yang manisnya kaseh bertemu dengan ramai kenalan baru, young, some of them same age with me also yang berpangkat kakak2 dan mak cik. Janji kaseh ialah kaseh akan mencuba sebaik yang mungkin untuk memberikan a comfort service to all customer yang singgah ke kaseh buat pertama kali akan kembali lagi...so far so good. Last month i closed almost 95 customer...which is good, kaseh happy. This few days i am kind of busy helping with some baju yang bakal dipakai oleh pengantin istimewa...i am so happy for her.

Dalam kehidupan ini kita perlu banyak melihat ke dalam diri kita, melihat kekurangan untuk kita perbetulkan, jika kita punya kelebihan tidak perlu ada riak tapi ia milik semua untuj dikongsi...dan hidup pasti lebih bahagia!

Monday, May 19, 2008

Kehilangan

Salam buat semua...

Business been good for kaseh, personal life ok, selera makan pun semakin baik buat kaseh. Just got back from my check up with Dr. Fauzimah. Baby dah start bergerak-gerak....so happy.

Dua minggu yang lepas...a new friend of mine yang baru dikenali di butik kaseh telah kembali ke rahmatullah. Baru mengenali arwah dalam 3 minggu tiba-tiba dapat berita beliau telah pergi. Arwah bekerja di CIMB, but not at operations so memang tak pernah jumpa. Most of kaseh customer majoritynya memang staff-staff CIMB tapi tak pernah berjumpa dengan arwah. One day she singgah kaseh with her good friend, Kak Lisa. Salam dihulur dan mana tahu tiba-tiba kami jadi begitu mesra...bergurau dan siaplah arwah ni cuba beberapa koleksi baju di kaseh dan akhirnya kami ketawa bersama, mana tidaknya kata arwah susah nak muat...she was 6 months at that time... sepatutnya bersalin sebulan lebih awal dari kaseh....But then the 2nd time arwah cuba satu baju yang sungguh cantik, berwarna purple muat pulak dengan badannya..kata arwah simpan dulu nanti next week Kak Pah ambik ye...seutas gelang berbatu hitam turut diminati arwah... Sehari sebelum mendapat berita sedih itu kaseh ada menghubungi arwah, ingin bertanya andai tidak mampu arwah bertapak ke kaseh, ingin saya hantarkan...malangnya panggilan tersebut tidak berjawab.

Tiba-tiba pada hari cuti umum 1/5 dalam jam 4.45 kaseh mendapat kiriman sms mengatakan arwah telah pergi. Pada hari Jumaatnya kaseh kembali ke butik dan meletakkan baju dan gelang yang dingini arwah..sedih rasanya, bagaikan tidak percaya tetapi itulah hakikatnya, Allah telah menjemputnya pulang. Kak Lisa teman yang paling rapat dengan arwah datang ke kaseh dan memberitahu bahawa arwah telah berada di ICU selama 2 hari kerana semput yang teruk dan bayinya telah meninggal di dalam perut 12 jam sebelum beliau. Bercucuran air mata kami ..walaupun bagi kaseh yang baru mengenali Kak Pah...jauh di sudut hati i like her walaupun baru dua kali bertemu arwah di butik. Kata Kak Lisa kehilangan itu sungguh menyentuh hati, rasa kosong dan sudah terbiasa berkongsi cerita, perasaan suka dan duka bersama. Semoga roh Kak Pah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Last week pula kaseh membaca berita kehilangan soerang teman baik kepada Kak Tati ketika mereka sama-sama menuntut di TKC...berlinangan air mata kaseh membaca nota-nota coretan seorang teman tentang arwah..yang baik pasti dikenang sampai bila-bila. Al-Fatihah buat kedua ibu yang telah kembali kepadaNya. Amin...

Monday, May 12, 2008

Hari Ibu...

Syukur kepada Allah Yang Maha Besar kerana dengan izinNya kita semua meraikan dan diraikan di hari yang istimewa ini. Untuk diri ini kaseh rasa sungguh bertuah, others may have only once mother..but i have my mama (my mum), my mak (nenek yang menjaga kaseh dari kecil) and my mertua.

When i was small kaseh tinggal bersama nenek, masa berumur 16 tahun barulah kaseh berhijrah dan tinggal bersama mama.. life for me was not easy...sukar untuk dibicara dengan kata-kata. Namun at that time my mum has no choice...so ada jurang yang sungguh besar antara kami...kaseh lebih rapat dan manja dengan nenek. Namun Allah itu Maha Kaya...perasaan dan segala apa yang tersimpan di sudut hati kaseh ini berubah apabila kaseh melahirkan Nabil...barulah kaseh dapat merasakan bagaimana naluri dan jiwa seorang ibu. Dari itu kaseh berjanji pada diri ini yang tidak mungkin untuk setiap detik dan masa yang masih Allah berikan kesempatan ini dipersiakan. Kaseh lebih menghargai dan cuba memperbaiki segala yang mungkin tidak pernah terjalin antara kaseh dan Mama..


Friday night me, my brother and my sister bawak mama keluar meraikan hari Ibu lebih awal coz my mum not free on Sunday. So we went to this nice place in Kg Baru, i lupa nama restoran tu...but i dapat ambik satu gambar je...for my Kak Tati. Keseluruhan restoran tu bercirikan English Garden...nice...White overall Nabil paling happy dapat jumpa Cowboy ni...siap nak ambil gambar bagai...
Lisa and adikNabil made a nice card for me...all the kids from Premier made the same card for thier mum, I promised him i will hang it at my butik.

Yesterday my hubby bawak i pergi dinner kat tempat kegemaraan i, Madam Kwan Bangsar. Just the two of us. Kids when for jalan2 with their Mak Tok.


Untuk semua ibu...Selamat hari Ibu!

Monday, April 28, 2008

Rumahku Syurgaku

Last Thursday night we were invited to Majlis Solat Hajat dan Bacaan Doa Selamat di rumah baru my dear Sis Tati. Hmmm a very nice and beautiful house...created with full love dari dua hati Abg Zul and Kak Tati. Tema English rumahnya...

Abang Zul, tuan rumah yang tengah sibuk melayan tamu...My little Naufal...duduk kat depan tv layan Kampung Boy and sedaplah tu lepaking kat day bed Auntie Tati yg penuh dengan small pillow..

I was late, coz i have to tunggu my Prince Nabil and Naufal yang tetap nak bersiap mcm nak rak macam hari rayelah pulak dengan sampin bagai...sabar jelah! Wahalnya nak pergi Majlis Doa Selamat je.

The food was so sedap, so call by the Royal Chef from Ujung Pasir...Hmmm...as for me yang memang sudah nak suka makanan yang sedap buat ketika ini kira powerlahkan boleh buat i makan dengan penuh selera...
Ini bilik Amal..nice . Kan best kalau i ade girl...bolelah i decor bilik pink colour..

So, to my dear Sis and Abang Zul...tahniah coz dah berpindah ke rumah baru yang cantik...

kaseh

Friday, April 18, 2008

Khabar Dari kaseh

Adui lama sungguh tak masuk entry kat blog....dah sebulan lebih. kaseh betul-betul penat bila dah balik dari butik i je rase nak tido jer....hmmmm sorrylah pregnant mummy..Yes!!! I am expecting my 3rd child...around 4 months nak masuk 5 months. The previous 2 was ok for me...yang ni mabuknye bukan mainlah lama lagi.....So that is why i memang tak berkesempatan nak blogging.

Dalam masa ni macam-macam teringin nak makan...malam i memang tak boleh makan nanti mesti keluar balik..so just hot milo and biskut je lah...pas tu ade mase hari teringin sangat nak makan pengat...tak kisahlah apa-apa pengat...cari kat hot spot kuih2 tradisional Melaka...pun tak de..akhirnya siapa lagi kalau bukan chef Tati, kakak kesayangan i yang buatkan..Tengah sibuk2 pun for kaseh dia buatkan juga pengat pisang nangka..uhhhh...sedapnyer...Thanks Sis!!

So the past one month antara yang tersenarai dalam diary ...kaseh was invited as a guest speaker kat UITM Kampus Bandar Melaka to share some knowledge on grooming...I tak delah pandai tapi kalau UITM tu tak sampai hatilah nak tolak...coz last time pun i banyak bagi talk kat kampus UITM yang lain.
Then as for my business segalanya berjalan dengan baik, syukur rezeki yang diKurniakan Allah SWT...rezeki baby...Selain dari menyediakan koleksi ready to wear now kaseh dah mula ambil tempahan baju dan jahitan manik.. Here i would like to share some new collections from kaseh.
Red Top (RM69.90 ) White Pants (RM49.90) Rantai Nepal Putih 1 set (RM65.00) Mustad Yellow RM65.00Green Cardigan RM59.90Electric Blue Top RM49.90Black & White Modern Kurung by kaseh

So enjoy...and if u intrested on any of the above, call kaseh at 019-3936088 or email me at lindaaziz88@yahoo.com.my

kaseh