Wednesday, February 9, 2011

Aqrab

Cinta, kedamaian, ketenangan dan kasih abadi itu akan lahir bila kita sentiasa dekat pada Allah Yang Satu. Cinta Nan Satu ini akan mencambahkan cinta-cinta yang lain dalam hidup kita.

Syukur dipertemukan kaseh dengan Aqrab, sebuah pusat pengajian (is a wakaf bunglow lot by seorang Prof.) utk mengadakan kelas2 agama. I am so bersyukur kepada Allah kerana diizinkan Allah untuk kaseh berada di sini sebagai salah seorang pelajar. Dulu kaseh cuma masuk 1 kelas je tapi dah seronok belajar now i attended 4 clases in a week, friday je tak de kelas. Setiap pagi kaseh peruntukkan 1 jam di Aqrab then lepas tu baru ler start buat kerje lain..
Di sini bukan sahaja sebagai tempat untuk menuntut ilmu malahan ia bagaikan sebuah institusi kekeluargaan. Masa kaseh datang dulu cuma kenal group kami (kak pura and geng). Tapi kini kaseh rasa seperti ada sebuah keluarga yang besar. Sampaikan ada sekali tu agak lama kaseh tidak hadir ke kelas our pengetua (gelaran utk kak asiah) dan ustazah zu datang cari kaseh di rumah risau kalau kaseh tak sihat ke ape...tu la yang kaseh maksudkan...indahkan bila lahirnya keikhlasan kasih bermula dari teras cinta kerana Allah Yang Esa, syukur


Dua tenaga pengajar, Ustaz Mohd Najib (atas) dan Ustaz Fahim (bawah) adalah antara ustaz yang begitu banyak mencurahkan ilmu buat kami semua....jasa baik ustaz dan ustazah2 di Akraq tak dapat kami balas, sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan dan kesudian kalian mencurahkan ilmu buat kami semua.
Nenek, beliau adalah pelajar tertua di kelas kami. Memang respect nenek, walaupun dah lanjut usianya dan dah bongkok pun tapi nenek sentiasa hadir ke majlis ilmu.

For majlis meraikan ustaz sempena setahun ustaz mengajar di Aqrab kaseh buatkan deco for the majlis, happy bila semua orang happy ngan suasana pagi itu... lin, salah seorang pelajar (saudara baru) pose kat cuppies yang kaseh buat for the majlis.

Syukur Ya Allah untuk semua ini, Kau berikan aku bahagia, Kau berikan aku Ilmu, Kau berikan aku persaudaraan.





No comments: