Monday, February 21, 2011

Momen indah itu..

Pada pagi nan indah kids dapat menyertai Perarakan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Surau di kediaman kami. They both were so happy. Syukur semoga mereka belajar untuk mengenali, mempelajari tentang kehebatan dan keistimewaan kekasih Allah, Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Semoga tersemai kecintaan dalam jiwa mereka ketika berselawat ke atas Baginda Rasul.
Seperti mana kata ustaz tersebut dalam ceramah beliau "mungkin hari ini kita bawak anak kecil kita ke surau, masjid dan majlis2 ilmu mereka hanya bermain2 di sini dan mereka tak faham pun ape2, tapi percayalah pendedahan yg kita berikan kepada mereka dengan memperkenal hubungan mereka dgn masjid dan surau serta masyarakat insyaAllah akan menjadikan mereka dekat pada Allah dan muslim sejati dewasa kelak". InsyaAllah.


10 Feb yang lalu adalah Hari Ulang Tahun My Mum yg ke 57. Syukur ke hadrat Allah kerana memanjang usia ibu tercinta. Doa ku agar Ma akan sentiasa dilindungi Allah sentiasa, diberikan kesihatan yang baik dan aku sebagai anak dapat membuatkan dia sentiasa bahagia.

Melihat raut wajah Ma, aku memanjatkan rasa penuh syukur dan kekaguman di atas segala kesusahan yang terpaksa ditempuhi dalam membesarkan diri ini. Terima kasih Ma untuk semuanya, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui pahit dan manis, susah dan senang yang terpaksa Ma lalui dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas semua itu.
Ma tak tau pun kita orang nak meraikan beliau masa balik KL before the bday date tu..she was terperanjat coz cmy auntie2 and uncle2 pun i suruh datang.
Kek ni tak delah cantik dan sempurna tapi i buat sendri dengan penuh rasa kasih sayang buat Ma, tulus dari hati dan jiwa ini.

Bday my dear sis tati was on 8 Feb. I demam masa tu so tak dapat ler nak jumpa ke ape. Only last week dapat pergi ke Garden Padang Temu.

Cuppies ni buat sendiri utk my dear sis tati. Dalam masa tu melawat baby Jaja, anak buah abg zul kat sana, yg manisnya nama baby ni pun ada Naufal jugek...hmmm baby tengah tidur, geram nak pegang tapikan masih belum sihat betul ngan selsema dan batuk so nanti jangkit pulak baby comel ni.
Kids ape lagi..memang enjoy pegi Garden Padang Temu ni...
Syukur, syukur Ya Allah untuk semua kebahagiaan ini.

Thursday, February 17, 2011

Majlis Perkahwinan Aina & Azman

Syukur, pada 29 Januari yang lalu adik ipar kaseh, aina telah selamat dijabkabulkan dengan pasangannya azman. Pada hari yang istimewa itu kaseh merasa syukur kerana dapat buat kan majlis ini utk aina.
So kaseh did :
Fresh flowers (purple orchid, pink roses, estoma and pom2)
- Pelamin
- Deco for meja pengantin
- Hantaran
- Bunga pahar
- Persalinan nikah for aina









With auntie and kakak2, saudara sebelah hubby.
Me and mertua pada majlis malam pernikahan
Antara teman2 dan sedara2 kaseh yg sudi menghadirkan diri, tq so much! Muahhh
My mum and my anak buah kesayangan amanda. Ambik feel selepas 10 tahun berkahwin..he.he..
Orang paling busy pada hari tersebut, wady the official photog. Ni sepupu hubby.

Special credit to Kak Pura, My pembantu diah dan Kak Was - pembantu my mum yg diterbangkan khas dari kl, hmmm...membantu kaseh menjayakan kerja dan persiapan majlis ini. Syukur semuanya berjalan dengan baik.

Wednesday, February 9, 2011

Aqrab

Cinta, kedamaian, ketenangan dan kasih abadi itu akan lahir bila kita sentiasa dekat pada Allah Yang Satu. Cinta Nan Satu ini akan mencambahkan cinta-cinta yang lain dalam hidup kita.

Syukur dipertemukan kaseh dengan Aqrab, sebuah pusat pengajian (is a wakaf bunglow lot by seorang Prof.) utk mengadakan kelas2 agama. I am so bersyukur kepada Allah kerana diizinkan Allah untuk kaseh berada di sini sebagai salah seorang pelajar. Dulu kaseh cuma masuk 1 kelas je tapi dah seronok belajar now i attended 4 clases in a week, friday je tak de kelas. Setiap pagi kaseh peruntukkan 1 jam di Aqrab then lepas tu baru ler start buat kerje lain..
Di sini bukan sahaja sebagai tempat untuk menuntut ilmu malahan ia bagaikan sebuah institusi kekeluargaan. Masa kaseh datang dulu cuma kenal group kami (kak pura and geng). Tapi kini kaseh rasa seperti ada sebuah keluarga yang besar. Sampaikan ada sekali tu agak lama kaseh tidak hadir ke kelas our pengetua (gelaran utk kak asiah) dan ustazah zu datang cari kaseh di rumah risau kalau kaseh tak sihat ke ape...tu la yang kaseh maksudkan...indahkan bila lahirnya keikhlasan kasih bermula dari teras cinta kerana Allah Yang Esa, syukur


Dua tenaga pengajar, Ustaz Mohd Najib (atas) dan Ustaz Fahim (bawah) adalah antara ustaz yang begitu banyak mencurahkan ilmu buat kami semua....jasa baik ustaz dan ustazah2 di Akraq tak dapat kami balas, sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan dan kesudian kalian mencurahkan ilmu buat kami semua.
Nenek, beliau adalah pelajar tertua di kelas kami. Memang respect nenek, walaupun dah lanjut usianya dan dah bongkok pun tapi nenek sentiasa hadir ke majlis ilmu.

For majlis meraikan ustaz sempena setahun ustaz mengajar di Aqrab kaseh buatkan deco for the majlis, happy bila semua orang happy ngan suasana pagi itu... lin, salah seorang pelajar (saudara baru) pose kat cuppies yang kaseh buat for the majlis.

Syukur Ya Allah untuk semua ini, Kau berikan aku bahagia, Kau berikan aku Ilmu, Kau berikan aku persaudaraan.