Tapi disebalik semua ini aku memahami dengan lebih mendalam apa itu tawakal, apa itu menyerahkan sepenuh jiwa dan hatiku yang dirundung kesedihan pada Allah semata, dan lalu aku rasakan keindahan nikmatNya.
Aku belajar ini pada hari ini pada waktu hati ini terguris dan ia benar2 terbukti ketika itu aku berada di dalam kawasan masjid..dan aku tahu Allah bersamaku..Amin.
1) Biarlah apa pun orang buat pada kita, kita sabar
2) Berdoalah pada Allah bila kita disakiti
Jika 2 perkara itu ada dalam hati dan menjadi santapan jiwa insyaAllah aku akan jadi lebih kuat. Aku tidak perlu menjerit pada semua orang cuba mencanang apa yang aku berikan, lakukan. Jika hati kita rela melakukan keranaNya maka janganlah kita persoalkan. Aku sedang cuba, cuba untuk mengadunkan ramuan terbaik menjadi manusia yang lebih sabar, bukan mudah untuk itu kerana telinga kita senipis kulit bawang...lalu ia dibawa ke sudut hati jika kita hilang pertimbangan dan kewarasan maka lebih parah. Apalah lagi selain doa, mengadu pada Allah adalah jalan terbaik, kerana Allah jua datangnya segala2 yang kita dapat dalam hidup ini.
kaseh ini terlalu istimewa bagiku, lahirnya dari cetusan idea yang dianugerahkan Allah buatku..dalam impian aku menterjemahkan kasih sayang sesama insan. Apa pun yang aku lakukan untuk semua pelangganku adalah penuh rasa sayang...bukan kerana wang ringgit semata-mata, ia melangkau lebih jauh dari itu...dan aku benar-benar tahu hanya setiap pelanggan kaseh yang merasakan pautan itu yang akan terus bersama kaseh.
Setiap perhatian dan perincian yang aku berikan pada setiap sentuhan yang kami terjemahkan pada baju2 kalian adalah sentuhan penuh kasih sayang. Dari personaliti pelanggan aku cuba memahami, memberikan yang terbaik dari segala sudut agar anda terus menjadi diri anda yang sebenar dan terserlah aura diri...itu pasti, dari pemilihan warna, sentuhan manik2 dan segalanya, ia adalah gabungan idea dari kami di kaseh...
Namun jika anda mencari hingga ke hujung melaka siapakah menjahitkan baju2 untu kaseh, siapakah yang menjahit manik kaseh (dan jika dapat buat pada orang2 ni lebih murah!teruskanlah), anda salah kerana 'WE ARE A TEAM OF PEOPLE" yg berkerja untuk menyempurnakan sehelai baju yang istimewa di bawah nama kaseh. JIKA pun anda sudah menjumpai siapa yang menjahit baju2 kaseh, benar, tapi anda tidak akan mendapat jiwanya seperti yang ada pada sentuhan "THIS GREAT TEAM OF PEOPLE" di kaseh. Dan jika anda bahagia melakukannya teruskanlah usaha anda KERANA personally to me yang setia hanya untuk yg setia, yang istimewa hanya untuk yang istimewa...dan mungkin memang bukan jodoh dan rezeki untuk kita bersama di bawah bumbung ini.
Untuk itu, terima kasih duhai pelanggan-pelanggan setia yang dapat merasakan getaran kaseh sayangku yang penuh keikhlasan dari sudut hatiku buat kalian semua! Moga Allah akan memelihara perhubungan kita semua hingga ke akhir hayat kita dan bukan sekadar di pintu butik kaseh.
Nilah atara yang menjadi pelanggan, sahabat dan kakak di kaseh. Ade 2 yang dah lama ngan kaseh tapi tak de gambar, Emilda, Puan Radhuana, Kak Raha, Kak Sabariah SAM dan ramai lagi...tapi tak semua yg kaseh ade gambar yg penting u know who u r kan!
Sayang selalu, kaseh
2 comments:
kaseh, kami semua akan support dgn sepenuh jiwa dan raga!!
kuatkan semangat & yang penting never give up. takde org lain dlm melaka yg boleh buat beadworks secun melecun sentuhan kaseh butik.
Linda janganlah gusar & gelisah. Pelanggan tetap Linda mesti sentiasa ke pintu Kaseh.. Yang nak cari sampai ke hujung Melaka tu, biarkanlah.. tak lama tu. Dah cuba, mesti datang kembali mahukan sentuhan Kaseh. Kalau tidak, it's their lost :)
Post a Comment