Pantasnya masa berlari meninggalkan kita di medan ini, kita manusia terus dan terus mengejarnya. Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran arwah puteriku Naili Umairah.
Subuh tadi aku tidak dapat menyekat air mata yang bercucuran ...seperti baru semalam peristiwa kelahiran puteriku berlaku. Aku cuba memujuk hati ini agar kuat, tabah dan sabar...namun bagaimana... Secara lahiriahnya aku mungkin tersenyum dan ketawa mengharungi kehidupan...namun jauh disudut hati ini aku sangat merindui Umairah. Aku cuba menelan semua ini dengan kekuatan hati dan jiwa yang diberikan Maha Esa.
Ya Allah,
Sampaikan kucuman dan pelukan buat puteriku Umairah
Sampaikan kerinduaan yang sarat buat puteriku Umairah
Sampaikan doa yang penuh kasih buat puteriku Umairah
Tempatkanlah dia di kalangan para bidadari syurgaMu
Sesungguhnya hanya Kau sahaja yang mengetahui isi hati dan jiwaku.
Al-Fatihah. Amin.
9 comments:
U're so right sis..
mcm br semalam ja Zet temankan akak mkn Kuewteow kantonis masa pregnant..
Sis,
Hope u remain strong..
Zet doakan sis selalu tabah..
Linda, tabahkan hati dan kuatkan semangat ya dik. Umairah sedang dalam jagaan bidadari syurga yang paling atas. InsyaAllah. Take care.
Linda;
Take care and b strong k...
She is waiting for you in heaven, dear... insya'Allah you will get to hug and kiss her as much as you want, one day...
Take care!!
Zet,
Yeappp..kantonis fried kueteow kegemaran tu kan.Syukur for having friends like all of u. Teman susah dan senang.
Nanti kita jumpa k!
Kak Dilla,
I am blessed for given a friend like u...the book that u bagi mase visit i hampir setahun yang lalu still be my teman bila2 i rase sedih atau susah...Everytime i baca ia akan memberikan semangat semula...Thanks ya!
Kak Raha,
Thanks ya! Jangan lupa kain delivery terakhir!!! Baju raya mak u dah siap.
MHB,
Thanks for kata-kata yang penuh semangat dan harapan yang sungguh indah...moga u juga tabah ya!
Hi Linda..1st time i comment ni
Tetiba syahdu i baca rite up u yg ni..nak mengalir gak air mata..teringat anak2 i.
Anyway i sedekahkan fatihah utk arwah..Al Fatihah...
I know u'r strong. Take care..
Sorry bju i tk antar..tau u mcm bz..nxt year i booking u k.
-samsara-
Post a Comment