Pagi ini sewaktu dalam perjalanan ke KL, dapat sms dari my friend, Editor Desk Wanita Berita Harian, Fadz mengatakan anak Kak Hasliza, my friend journalist kat desk rencana telah kembali ke rahmatullah.
Termanggu seketika dalam berberapa saat...tidak dapat dibayangkan perasaan dan kesedihan yang sedang dilalui Kak Liza pada ketika ini. I sms elyna bagitau i nak pergi ziarah.
Dalam pada kami sedang mendapatkan maklumat di manakah rumah keluarga Kak Liza, tiba-tiba kami mendapat khabar dari teman wartawan, ustaz asri dari kumpulan nasyid Rabanni telah kembali ke ramahtullah ketika sedang menjalani rakaman program di rtm. Ya Allah, sesungguhnya janjiMu menjemput hambaMu tidak pernah ia cepat sesaat mahupun lewat sesaat.
Sewaktu sampai di rumah Kak Liza, jenazah sudah selamat dikebumikan. Merenung raut wajah Kak Liza, hati aku berbisik, tabah sungguh hati ibu ini...bagaimanakah dia mengumpul segala kekuatan bercerita tentang arwah kepada kami dengan penuh tenang. Moga Allah akan terus memberikan kekuatan buat Kak Liza sekeluarga menghadapi kehilangan insan yang sungguh istimewa. Arwah berumur 6 tahun. Warded since Monday dan Allah menjemputnya pergi ke sisiNya semula.
Semoga arwah Ustaz Asri dan puteri kepada Kak Liza akan ditempatkan di kalangan para hamba yang soleh dan dikasihi Allah SWT.
1 comment:
Sebagai manusia yg lemah, kita hanya mampu berusaha sedaya upaya, berdoa dan bertawakkal semoga usaha kita diredhai allah.
Takziah to yr friend.. Semoga roh anaknya dicucuri rahmat. Alfatihah..
Post a Comment