
Subuh tadi aku tidak dapat menyekat air mata yang bercucuran ...seperti baru semalam peristiwa kelahiran puteriku berlaku. Aku cuba memujuk hati ini agar kuat, tabah dan sabar...namun bagaimana... Secara lahiriahnya aku mungkin tersenyum dan ketawa mengharungi kehidupan...namun jauh disudut hati ini aku sangat merindui Umairah. Aku cuba menelan semua ini dengan kekuatan hati dan jiwa yang diberikan Maha Esa.
Ya Allah,
Sampaikan kucuman dan pelukan buat puteriku Umairah
Sampaikan kerinduaan yang sarat buat puteriku Umairah
Sampaikan doa yang penuh kasih buat puteriku Umairah
Tempatkanlah dia di kalangan para bidadari syurgaMu
Sesungguhnya hanya Kau sahaja yang mengetahui isi hati dan jiwaku.
Al-Fatihah. Amin.