Thursday, May 26, 2011

spa party

Syukur, hasrat mahu mengadakan spa party with kak pura dan teman-teman terlaksana jua. Pagi Rabu lalu kaseh dengan hati yang berbunga riang menyambut teman-teman dengan haruman dan bunga yang menghiasi sanggul mereka, menyemarak suasana. Haruman bunga-bunga dan pandan menjadi aroma indah spa pagi itu.

Pagi itu daun pisang nan menghijau melatari meja santapan buat teman-teman dengan taburan bunga yang minimal sahaja, manis dan tidak mahu sarat. Dan buat teman Keyside Sanctuary Spa menghadiahkan cenderahati kecil berupa pewangi aroma terapi dalam kotak anyaman mengkuang hijau zamrud.

Syukur, kerana teman-teman yang hadir merasa gembira kerana diraikan dan pagi itu selesai santapan semuanya larut dalam tawa dan dibelai oleh juru terapi spa...

Ibu Ida, manis sekali..The most glam mum pada pagi itu..Kak Sally


Di area Spa Ikan


The front area


Meja santapan, sentuhan kaseh istimewa buat teman-teman



Everyone loveddd this, timun dan strawberry.





Juadah yang kaseh sediakan...bangun awal memasak buat teman2, kuih and nasi lemak je yang beli



Ini yang paling cepat habis, dengan penuh kaseh buat ni!



Haruman yang menenangkan suasana minda!




Buat semua teman-teman, terima kasih kerana sudi hadir dan merasai sentuhan jemari kami! Hingga jumpa lagi!

2 comments:

Emilda A. Nordin said...

Tak ajak kita pun tau

kaseh said...

Sis,

Ni goup lain, yours kenalah tunggu kak n ade sekali, tenaga kerja belum cukup nak host semua sekali. That day pun mcm nak pitam bila semua nak try Foot Spa pada satu masa serentak u!

Will send special invite for my Nodin Group's and Madam Rintiz!