Tuesday, May 4, 2010

Cinta semakin berbunga indah

Ya...kerana aku semakin sedar tentang indahnya nikmat dan peluang untuk terus hidup di bumiNya yang indah ini.

Hari tu sebelum tiba hari sambutan melaka bandaraya bersejarah satu kejadian telah menimpa kaseh sekeluarga. Pada malam tu kaseh sedang menjahit manik, hampir jam 11.30 malam, semua dah tidur. Tiba2 fius box di rumah kaseh terbakar dan api terus sahaja menyala. Kaseh berlari dan menjerit pada seisi rumah "api, api"...pada ketika tu tidak ada apa yang terlintas di fikiran melainkan menyelamatkan diri kami sekeluarga dan tidak kisah lagi tentang apa yang akan berlau pada rumah kami. Dengan izin Allah kami akhirnya dapat keluar melalui pintu belakang. Kaseh terus menghubungi bomba dan mereka juga bertidak pantas.

Tiada apa yang terucap pada ketika itu...hanya lafaz syukur kerana Allah memberikan peluang kepada kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan kami di bumiNya ini. After i week kita orang balik ke rumah semula apabila electrical contractor dah siapkan semua kerja2 pendawaian semula. That night tersentuh hati kaseh kerana jiran2 belakang pak cik dan 2 adik tu tolong my hubby. Then my dear sis tati and lily (i was on the conversation with her during the incident) so the last word dia dengar "api, api" dia terus datang. Itulah nilai 2 indah dalam hidup yang kita tidak dapat membeli dengan wang ringgit tetapi ia adalah kurniaan kepada kita.

Lalu dari situ kaseh merenung segala apa yang Allah berikan kepada ku. Mencuba sedaya upaya memupuk cinta pada Allah agar ia semakin mendalam.Ia semakin terkesan di jiwaku pabila ku belajar merenungi sedalam-dalam pada setiap pagi kala angin fajar meniup dingin ke pipiku:"Bila kita menemui waktu pagi, maka ingatlah bahawa pagi itu telah menyapa beribu-ribu orang yang tidak beruntung, sementara kita sedang berada dalam kenikmatan. Pagi ini menyapa beribu orang yang kelaparan, sementara kita terlalu kekenyangan. Pagi ini menyapa beribu orang yang tertawan, sementara kita bebas dan merdeka. Pagi ini menyapa beribu orang yang tertimpa musibah dan bencana sementara kita selamat dan bahagia".

"Berapa banyak air mata yang berlinang di pipi seorang wanita, berapa banyak derita di hati seorang ibu dan berapa keras jeritan di kerongkong si kecil kerana kelaparan dan kesakitan namun kita tersenyum lega. Maka pujilah Allah Yang Esa dan ucapkanlah allhamdulillah atas kasih sayang dan kurniaanNya buat kita".

"Lalu duduklah kita dengan tenang, lalu berterus teranglah kepada diri kita sendiri. Ambilah mesin kira atau alat hitung lainnya untuk memperincikan sudah berapa banyak harta, nikmat, kesenangan dan kegembiraan yang telah kita dapatkan".

"Doa ku moga cintakan terus mekar dan berbunga indah dalam segalanya, kerana bila kita mengerti tentang kebesaran dan nikmat Allah yang terlalu luas dan tidak terhitung kita akan lebih mengsyukuri dan cuba mempertahankan semuanya kerana kita sedar tentang nikmat dan kurniaanNya".
Last week, program Ziarah dari Astro Oasis juga menjentik hati kaseh. The productions team tu actually dulu kawan2 office masa kat ntv7. kaseh memang menangis bila tonton program tu. Ziarah tersebut membawa penonton ke Malawi.
Sedihnya bukan kepalang melihat bumi Allah di sana yang kering kontang kerana kedudukan geografinya ia dikelilingi oleh lautan dan penduduknya tidak punya sumber air. Ya Allah...kita di sini air itu seperti tiada nilainya, kalau air dihentikan seketika sudah kita semua bising dan menunding jari kepada pihak berwajib tanpa kita sedari ada insan lain lansung tidak pernah merasa walaupun setitik pun air mengalir terus ke rumah mereka. Bayangkan mereka berjalan sejauh 2 kilometer untuk menjunjung air ke rumah mereka untuk memasak dan meyiram tanaman yg menjadi sumber pendapatan utama.
"Ya Allah jadikan kami ini hamba yang bersyukur".

Rezeki kurniaanNya datang mencurah tanpa henti dan hingga saat ini masih ramai customer yang datang untuk menghantar tempahan raya namun dengan lembut kaseh terpaksa menolak kerana tempahan for raya memang dah tutup. For regular customer material belum hantar but dah bagitau berapa yang nak ditempah. Allhamdulillah, syukur yang tak terhingga kerana dengan rezeki yang mengalir di kaseh ni ia dapat dikongsi bersama2 dengan my team yang sentiasa bekerja keras bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan customer. Semoga kejayaan akan terus bersama kaseh. Amin

13 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Kaseh berjiwa seni, sentimen, terjelas juga dalam hasil sulaman maniknya...sweet just like her. Alang nak tempah jahit baju raya, ada peluang ke?

wasani said...

Alahai tempahan for raya dah tutup ke?baru berangan nak tempah jubah/kaftan w/o jahitan manik-2..ada peluang tak mcm permintaan alang kat atas tuh??hehe

Anonymous said...

kak,
ya Allah, nasib baiklah akak sekeluarga x de ape2.
take a good care my dear sis,
sgt rindu akak~

LOL
linda

Anonymous said...

kak,
ya Allah, nasib baiklah akak sekeluarga x de ape2.
take a good care my dear sis,
sgt rindu akak~

LOL
linda

GEREK ITU ALIA... said...

kak....sudah tutup?aduhhhhhhhhh terlepas lagi alia....whuaaaaa nanges la camni

srikandiazie said...

salam...lama tak bertandang kat blog k linda..terkejut dgr perkhabaran rumah k linda tu..so how...azie doakan yang terbaik untuk k linda dan semoga business k linda success..bila la azi nak gi melaka n hantaq baju kt k linda...office economic down ler...cut cost no more dinner..mcmana nak pakai baju lip lap lip lap..

kaseh said...

Alang,

Thanks..segala puji adalah han Allah Yang Esa. Hah baju raye Alang ingatkan yg jubah tu baju raya Alang. InsyaAllah akan kaseh siapkan asap k.

kaseh said...

Kak Wa,

Eh bukan ke kak wa dah booking hari tu..ha..ha..eh tak pe kak wa kalau dah lama jatuh cinta dgn kaftan bff u insyaAllah kaseh buatkan tapi akak bila nak turun melaka? Or if i balik Kl i buzz u k.

kaseh said...

Linda,

Aduhai adik sorang ni. Dah lupa sungguh kat orang melaka rupanya. Syukur semua ok, bila nak datang sini nyer?Rindu kat linda ngan Z lah.

kaseh said...

Alia,

Sudi ke orang Shah Alam menempah di kaseh yang kerdil ni??? Hope Alia sihat. Bila big day?

kaseh said...

Salam Azie,

Harap azie sihat ye. Amboi adik sorang ni, takkan nak tunggu ade dinner baru nak blig2, biasa2 pun ok gak kan..

Anonymous said...

Linda dear... And whose baju was in the midst of all the commotion...? Hehehe.... Nevertheless, Alhamdulillah there was no untoward incident apart fr the 'slight mishap'... You'll emerge stronger n more blessed by Him, InsyaAllah... I'm commenting this while on the go...dkt office all 'yummy websites' dah kena blocked...nak menjengah Tati's laaagi lah tak berpeluang..! Hang in there dear Linda...I believe that InsyaAllah He will bestow u with more rezeki...this is just a small iota of dugaan... *Love u lots!*

GEREK ITU ALIA... said...

kak kaseh sayang....

waduhhhhhh...mengapakah begitu dong cantik sungguh... tidak adanya kerdil kakak...saya ni semut je la uik...shah alam...
itu sudah zaman bila kak..skrang di kota metropolitan kuala lumpur..
sangat sudi...
i will one day kak kaseh tunggu ya...

big day???
ehhehehehheheh
insyallah satu hari nanti :)