Wednesday, November 18, 2009

Sekadar Coretan...

Perjalanan hidup kita sebagai hambaNya di bumi ini sememangnya penuh dengan pelbagai rintangan, cabaran dan ujian. Hidup kita ini adakalanya bahagia, adakala duka, kadang kita di atas kadang kita di bawah. Kita mengejar kehidupan duniawi ini dan meletakkannya dihadapan dan keutamaan dalam hidup, untuk itu bagi diriku sendiri, aku sedang berusaha untuk menjadi hambaNya yang lebih bersyukur kerana masih diberikan Allah pelbagai nikmat.
Aku merenung ke dalam diri melihat segala kekurangan dan cuba sedaya upaya untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Banyak sungguh kekurangan, banyak sekali ketidakpuasan hati, banyak sekali rungutan...banyak aku cuba mengingatkan diri, jika lemah mohonlah kekuatan, jika sedih mohonlah ketenangan hati, jika angkuh rendahkanlah hati...ya ia bukan mudah kerana kita semua bernama manusia...

Aku mohon penuh kesabaran dan kekuatan saat ini, moga Allah berikan kepadaku petunjuk dalam menjalani kehidupan ini. Tiada padangan mata mengetahui bagaimana beratnya untuk aku mengharungi semua ini...i am so bersyukur kerana Allah memberikan kekuatan kepadaku agar menjadi hambaNya yang kuatdan terus positif dalam melalui segala ujianNya.

Aku berjanji untuk memperbaiki diri, menjadi ibu yang lebih baik buat anak-anakku, terutamanya setelah menghadapi kehilangan Umairah..kepiluan hati yang tidak terucap dengan kata bila kita tidak punya ruang dan kesempatan untuk mencurah kasih buat insan yang kita sayangi. Aku sedang belajar untuk tidak terlalu memaksa anak-anak mengikut acuan yang aku mahu...aku belajar untuk menerima keupayaan mereka...belajar memberikan nabil dan naufal ruang untuk menguji kebolehan diri sendiri dan bukan dengan aras sehelai kertas peperiksaan atau mesti dapat markah 100 semata-mata...
Allhamdulillah, last monday he was choosen as pelajar yang menerima anugerah Peningkatan Prestasi Pelajaran, naik pentas terima hadiah. Itu adalah penghargaan buatnya untuk menjadikan dia lebih berkeyakinan dalam membina personaliti.
I told him that i am so proud of him, is ok abang tak dapat number 1,2,3 tapi abang dah berjaya lompat hampir 20 tangga berbanding peperiksaan yang lalu jadi itu dah menunjukkan usaha abang dah berjaya...he was so happy..syukur for that. Before the exam week tu i decided to luangkan sebanyak masa yang mungkin with him, ambik dia awal from school and lepak kat rumah with him..and those quality moment really work for him.

My doa hope semua akan kembali pulih dan di butik kaseh so i do not have to go KL lagi, then i would be able to have more time with kids...coz this part of age in thier life is critical situations...if we miss this time bila they all dah besar...we would not have the chance to repeat it...this is the time that they want us, our love .

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Way to go , Nabil!Keep up the good work! From Nek Lang

Adillah A Nordin said...

Congrats Nabil :)