Wednesday, September 30, 2009

Ceritanya Ramadhan 2009

Ramadhan 2009 telah pun berlalu..moga Allah panjangkan umur kita semua agar dapat meraikan lagi Ramadhan di tahun hadapan.

Personally for me, Ramadhan tahun ni memang busy sangat. Namun yang paling manis ialah putera kaseh Al Nabil berjaya menunaikan puasanya penuh. As a mother rasa bersyukur kerana dia telah berjaya melatih dirinya sendiri melaui Ramadhan dengan penuh kesabaran. Hari-hari kari dan roti bom atau roti canai. Shahruk Khan sikit katakan..so itulah juadah yang dia request untuk berbuka.

Kami di kaseh pula telah mencuba yang terbaik untuk semua pelanggan. Last working day kat kaseh Friday, we were at kaseh till 10.30 p.m. Buka puasa kat kedai mamak. Kak Raha datang sebelum tu nak ambik baju raya dia (yang tak de manik) tapi dia maafkan sebab kesian tengok muka kita orang yang dah tak bermaya. She so baik hati siap bawakan masak asam ikan parang, kita orang bawak lauk tu ke kedai mamak for berbuka.

Baju raya terakhir kaseh hantar ke depan pintu rumah Puan pada jam 11.30 malam raya. Hmmm..itulah pengalaman kaseh menyiapkan tempahan raya untuk customer-customer tersayang tahun ni.
Hah ni yang meletop ni baju my dear sis tati. Hah glam habis kan!




Baju Datin Seri pula bolehlah jadi terpendek pula tangannya. Banyangkan mase kaseh buat fitting untuk dia waktu tu...adui macam nak nangis kat situ jugak rasanya. Dahlah my team bekerja dengan keras sampai tak tido..pas tu jadi cam tu pulak. Datin Seri kata lepas raya i boleh betulkan semula. Huh...tak tau lah nak cakap syukur macam mana..Allah tu sememangnya Maha Pengasih. Anyway she is very nice...walaupun baju tu tak sempurna, tapi dia sudi pakai. It was kat newspaper and tv coz Datin Seri pakai untuk rumah terbuka rasminya dan lain-lain rumah terbuka.

Bagi baju-baju pelanggan yang lain semuanya ok, so far adelah satu dua yang terkurang tapi kami di kaseh tidak menyenajakan, kita semua manusia biasa, tak perfectkan. Apapun kami bersyukur kerana semua pelanggan kami sungguh baik dan begitu memahami.



Dalam kesibukkan turun naik KL dan di kaseh dapat satu hari tu kaseh dan family menyertai rombongan berbuka puasa kelab bendahari canselori UTEM, office my hubby buat majlis berbuka puasa di rumah anak yatim di Telok Mas. It was a good thing to do with my kids, nabil and naufal melaui proses pembelajaran yang sugguh bermakna. Jumpa dengan anak-anak yang kurang bernasib baik, yang tak dapat pun merayakan Ramadhan dan Syawal bersama ibu dan bapa. I wish to do more activities mcm ni in future, spend time berbuka bersama orang dan golongan yang kurang bernasib baik. Moga tercapai next year, Amin.
To my hubby and kids, diri ini sungguh bersyukur kerana mempunyai kalian sebagai kekuatan untuk merentasi segalanya!!! I love u all..
To my team, syukur coz Allah temukan kaseh dengan all of u dalam menghasilkan busana-busana indah buat kaseh!
To my customer tersayang semua, yg tak tersebut nama2 kat sini, terima kasih atas semua sokongan dan kepercayaan yang diberikan untuk kami di butik kaseh.
Moga belum terlewat untuk kaseh ucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN tulus dari hati dan jiwa ini.

2 comments:

CAHYA DIA said...

tq yer kak dapat jugak siapkan baju kite...heheheh...walaupun last minute.. Ingat janji kite k nak ukur baju kite if akan free nant.. c u!

GEREK ITU ALIA... said...

Selamat Hari Raya kak...Semoga bertambah tambah lagi rezeki lepas nih... :) Cantik baju-baju tu....
wish to c you,for my baju too :)