Tuesday, October 7, 2008

Syawal

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua...Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya dapat kita semua menyambut lebaran kali ini setelah mengerjekan ibadah puasa.
Syawal ini bagi kaseh & keluarga, kami menyambutnya dengan sederhana. Hubby & kids pun pakai baju melayu tahun lepas, ya i was in pantang so tak de lah berkesempatan mencarikan baju Melayu buat mereka. I went out beli baju raya kids pun 2 hari sebelum raya..so by that time manelah nak dapat a nice baju melayu...but its ok yang penting memakai pakaian yang bersih di pagi Syawal. As for me i pakai baju yang i buat when i pregnant to arwah. Kebetulan baju kaseh tu warna biru so padanlah dengan baju hubby and my 2 putera.
Hujan gerimis mengiringi kami di pagi Syawal kala menuju ke Masjid. Selesai solat sunat Hari Raya kami kembali ke rumah untuk bermaaf-maafan. Keluarga hubby tidak ramai hanya 4 sahaja cucu mertua. Kami kemudian mengatur langkah ke pusara.
Tiba di pusara Umairah hati ku sarat dengan pelbagai perasaan. Ku kuatkan hati. Apa yang termampu aku lakukan pada saat itu ialah menghadiahkan bacaan Yassin buat arwah puteriku. Tidak dapat aku menahan air mata yang semakin berat di kelopak mata ini...lalu ia bercucuran membasahi pipi. Lalu ku siramkan air mawar dan kutuman bunga di pusara puteriku Umairah sebelum aku melangkah meniggalkan pusaranya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Setelah selesai menziarahi sanak-saudara di Mata Kucing kaseh & family bertandang ke rumah My Dear Sis Tati di rumah tua @ bukit cina. Mase tu My sis & Abg Zul dah berkemas pun...i am the last tetamu pada petang itu. Then My Sis bekalkan rendang & kek kukus untuk dibawa balik ke Baling, Kedah. Yang kelakarnya Putera Iddin dah tidur kepenatan..siap boleh pesan kejutkan dia dan dia nak pakai baju melayu kalau Nabil & Naufal datang. So Abg Zul siap gosokkan baju melayu buat di putera ni...macam ia-ialah dia orang main bunga api kononnya ala-ala malam rayelah kan..
me & my dear sis Tati

1 comment:

Ada Dalina said...

meriahnyer raya...selamat hari raya yer kaseh...