Wednesday, July 23, 2008

Keredhaan & Kekuatan

Pada waktu dan saat ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati dan jiwa ku sebagai hambaNya, sebagai isteri buat suamiku...sebagai anak kepada ibuku....sebagai ibu buat anak-anak ku...

Ujian yang diberikan Allah SWT kepada setiap hambaNya pasti tersirat seribu rahsia yang tidak kita duga dan ketahui. Lalu kerana itu Ya Allah aku tadahkan kedua tangan ku yang kerdil ini dan mohon seribu kekuatan dalam menghadapi apapun ujian dan dugaan yang Kau berikan buat kami. Insan lain mungkin mampu mendengar namun yang Maha Mengetahui adalah Kau Ya Allah.

Tika aku senang, aku mengingatiMu namun mungkin tidak sekuat saat ini..kini aku menjadi lebih dekat padaMu, lebih rindu padaMu, lebih sedar bertapa kerdilnya aku ini di bumi mu yang luas ini...

Ya Allah,
Kepada mu ku hadapkan wajahku
Semoga Kau mengasihiku
Semoga Kau belas padaku
Semoga Kau mengampunkan dosa-dosa ku
Semoga Kau memberikan kekuatan padaku
Semoga Kau memberikan kesabaran padaku
Semoga Kau menguatkan keimananku

Amin...

7 comments:

ms hart said...

Amin ya Rabbalalamin. Hugs.

kaseh said...

My Dear Sis..Ms Hart,

Thanks for always be with me...being someone who is so positive and supporting towards me sepanjang waktu ini. Hanya Allah yang akan membalas segala kebaikan your family..

Anonymous said...

along bersabar k coz tuhan tu nak menduga umatNya..

mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi..

yg penting, kuatkan semangat dlm menghadapi dugaan dariNya

Lyssha dan all of our family is supporting u key...

love,
Lyssha

MOLY said...

akak .. semoga kuat menghadapi apa juga dugaan yg datang menimpa ..

setiap ujian dari DIA pasti ada sebabnya tersendiri ..

take care akak ..
miss u !

kaseh said...

Lyssha..
Thanks and sama2 kita doa ke hadratNya.

Lily
Thanks. Ya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Akak berserah sepenuh hati dan jiwa kepadaNya dalam menghadapi ujianNya..

Hjh Noralenna Abbas said...

Kaseh, Bersabar and take care, okey.From Alang and Angah

Hjh Noralenna Abbas said...
This comment has been removed by the author.