Thursday, March 13, 2008

Jalan - Jalan D Zoo Melaka

Kids ke Zoo with Mak Tok & Tok Abah

Kids was so happy when my mum promised nak datang ke Mcca. Then Nabil called Mak Tok entahlah berapa kali satu hari asyik tunggu mana Mak Tok tak sampai-sampai ni.

So Mama datang on Tuesday, i kat butik then i called home Nabil said Mak Tok dah datang ni Mummy. K at least they will be happy to have my mum and their Tok Abah and Pak Usu around.

Yesterday Mak Tok bawak they all pergi ke Zoo Mcca. I tak dapat nak joint coz i have commitement at kaseh butik kan....Dah lah few days ni i tak sihat so asyik buka pun lambat...tutup awal.
So they really enjoylah semalam...dari pukul 5 i balik tu sampai malam tak habis2 cerita pasal pengalaman dia orang kat Zoo. Kebetulan masa dia orang sampai tu ade Show Gajah...so they really happy.
Then hubby send sms suruh call....so kids share their moments in the zoo with their Papa. Hubby said dia dah selamat mengerjakan umrah. Syukur. They all ambik teksi sebelah malam dari Jeddah ke Mekah....so he said ia adalah pengalaman yang terindah dalam hidup...memandangkan sekarang ni musim biasa so tak ramai orang jadi dia berpeluang mencium baru Hajarul Aswat, bersolat di sana dengan penuh ketenangan... i am so happy for him. Katanya malam ni nak pergi lagi...bermalam di Mekah dan pagi2 balik semula ke Jeddah. Kalau ade rezeki Saturday ni he and team nak pergi ziarah ke Madinah. Syukur, Allah memberikan jalan yang mudah untuk mereka di sana...




Tuesday, March 11, 2008

Rindu....

Hmmm....rindu betul pada hubby yang kini berada di Jeddah for his work trip. He will be there around 10 days. Me and kids miss u so much. Hubby bertolak ke Jeddah pada Sunday yang lalu. Kids keep asking when will papa come back. Lama lagi, expect to be back on 17 March.

Dah sampai Jeddah so insyaallah hubby akan mengerjaan umrah sekali. So happy for him.

This is the first trip hubby yang paling lama dan paling jauh for me and kids...selalu dekat2 je, Jakarta ke Singapore ke....with my conditions ni ye lah memang kalau boleh would prefer u to be around love...but is ok tu dah tanggungjawab terhadap tugas kan!

Finally this morning dapat contact hubby yang tengah tido...then i kejutkan Nabil and Naufal yang masih kat bed...kelam-kabut bangun nak cakap dengan Papa. The first word Nabil said was "papa, i miss u"....alahai sedihnya..

So hubby u take care and we all love u !!

Sunday, March 9, 2008

More on Perkahwinan Said Ernest & Azizah

Ok....part ballroom pun dah ok then kaseh naik ke bilik pengantin untuk set-up. So here kaseh share some photos kat bilik pengantin...just decorate sikit2 je...coz room tu dah cantik.

Fruits Basket from The Legacu Avillion Mgmt..
Sementera kaseh menghias bilik ni..my love sempat tumpang tido jap...dia kepenatan juga semalam pun hubby tak tido.
The bed...
K..will share more photos soon!


Wedding Preparations - Hotel Avillion Legacy Melaka

Kenangan Terindah...

Dalam diary kaseh for this year, antara kenangan yang paling manis ialah diberikan kepercayaan menjadi wedding planner kepada pasangan pengantin Said Ernest Salzman dan Azizah (Kak Jah).

Seminggu yang sudah Majlis ijabkabul telah pun sempurna. So since last Thurday 7 Mac kaseh sibuk menguruskan persiapan Majlis resepsi pengantin di hotel pula.

Tema yang dipilih oleh pengantin ialah Garden Wedding yang simple tapi manis.....My team untuk menjayakan persiapan ini tentulah my Pak Su the Sifu dan kawannya Azim. So from 2.00 a.m. we were working on the Ballroom, turning it to a Garden look.

Punyalah penat dan mengantuknya kaseh tak taulah nak cakap. Syukur kerana Allah SWT memberikan kekuatan buat kaseh untuk bertahan.

We complete the ballroom by about 12.00 noon...We are lucky coz we have a support from a great team of Banquet Team at the hotel. Lepas tu tak boleh tido jugek...banyak yang hendak disiapkan...rasanya masa berlalu dengan cepat sekali.

We all kemudiannya mengadakan dry run pada pukul 4 ptg. Yang kelakarnya the MC was suppose to be Azman dan Waty tapi malangnya Waty pulak nak menarik diri di saat-saat akhir. Lepas tu Z my adik UITM yang manis tu...tup2 malamnya orang lain pulak. Script semua kaseh preparekan, baca je...hmmmm this part so kelakarlah...tergelak2 kita orang...
Bunga yang masih bertaburan di lantai
This was around 4.00 a.m. kaseh dah kepenatan duduk kat kerusi jap rehat..


Hasilnya ....Main Table - Lily, Orchid, Imported Roses and candleWalk way arrangement...

So....semoga pengantin dan tamu suka dengan suasana Ballroom ketika menjamu selera...

Wady was the official photog for the wedding..will load more pictures once kaseh dapat CD from him.

Sunday, March 2, 2008

Majlis Ijabkabul Said Ernest & Azizah

Syukur, pagi semalam dalam suasana gembira dan bercampur sedih, dengan hanya sekali lafaz dalam bahasa melayu Said & Azizah telah selamat diijabkabulkan.
Suasana rumah kemudian bertukar menjadi riuh renda dengan suara saudara mara dan tamu yang mengusik pasangan pengantin.
Dulang hantaran done by me. Fresh flower (White Lily and white roses)
Akad...
Upacara batal air sembahyang

Selamatlah sudah majlis pernikahan Kak Jah & Said. Semoga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat...


Saturday, March 1, 2008

Hantaran Shah

Hmmm...now memanglah musim orang kahwinkan. Semalam Pak Su datang bawak barang-barang dan fresh flowers yang nak digunakan for Kak Jah punya hantaran today. Dalam masa yang sama our saudara Shah pun akan bernikah. So petang semalam prepare hantaran Shah coz dia nak nikah selepas Maghrib di Masjid Tengkera, Melaka. Lepas tu buat hantaran Kak Jah kat Mata Kucing.

So, i preview here some nice work created for Shah.








This cupcakes ni memang sedap, is Abrina's from PJ.
Fresh flowers sememangnya sentiasa cantik...ya ciptaanNya yang baunya harum dan sedap sungguh mata memandang.
Selamat Pengantin Baru untuk Shah!





Pengantin To Be

Been so busy...ya last i posted story 14 Feb yang lalu. Memang rindu dengan bloging world ni tapi apekan daya, tak mampu nak curi masa. Ade banyak sunguh kerja dan persiapan yang kaseh tengah buat for my 1st big wedding.
1st March - Nikah (pagi)

- Berinai Besar (malam)

2nd March - Majlis Kenduri & Persandingan di rumah

8 March - Majlis resepsi di Hotel Golden Legacy


On Thursday night Kak Jah the Pengantin To Be berinai kat rumah. I suruh dia panggil Indian girl from Bendahara Street, Melaka buatkan kat rumah. So she can relax rather then buat kat their shop.


Kemeriahan di rumah bibik sudah terasa. Riuh rendah dengan suara saudara mara yang datang bertandang.





Nice art.....so the wedding update of my pengantin akan di update soon ya!. Try my best to post more story..insyaallah.