Jumaat yang lepas sempena Hari Sambutan Maulidur Rasul we all tunggu kat tepi jalan tempat perarakan berlangsung. Di peringkat negeri Melaka ia diadakan dari Stadium Tun Fatimah ke Masjid Negeri, Masjid Al-Azim.
Rasa sungguh terharu mendengar pujian2 Selawat buat Baginda Rasulullah yang kita semua kasihi. Night before we went to surau taman merbok coz they organize Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Naufal yang dah kesedihan coz dah tak sabar nak pegi jumpa kuda2.
This is Highlanders, kuda dari baka arab. Kuda dari baka Arab adalah antara kuda yang terhebat. Dah banyak jugak kejohanan yang disertainya.
Mode dia ok, i pun cuba juga tapi punya lah susah nak lepas naik, hubby terpaksa pushkan coz badan berat..huh long way to go...kena ringankan badanlah jawabnya kalau nak menunggang kuda (patutlah fauziah latif/ gee and wan zaleha radzi tu kurus).Nabil naik lepas adiknya dah selesai, abang selalu push adik dalam setiap keadaan, naufal pulak explorer so dia memang redah je..After the ride, they all happy sangat...So we hope both my putera will learn a lot of good value yang ada pada seekor kuda .
Terdapat Surah yang ke 100 di dalam Al-Quran bernama surah AL -'ADIYAT (KUDA YANG BERLARI LAJU) Jumlah ayatnya 11.
Ref : Al-Muhtamir - Tafsir disusun oleh Drs. Asmaji Muhtar.
Tafsir ayat 1 - 5 :
Ayat 1 :
Demi Kuda yang berlari laju dan terengah-engah.
Ayat 2:
Yang memercikkan api melalui hentakkan kakinya.
Ayat 3 :
Dan kuda yang menyerang mendadak di waktu pagi.
Ayat 4 :
Maka larinya itu menerbangkan debu-debu.
Ayat 5:
Dan menyerbu ke tengah-tengah kesatuan musuh.
Kuda adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang hebat, ia begitu dekat dengan sejarah Islam sendiri. Di dalam surah ini kuda dikaitkan dengan fungsi dan kehebatannya dalam pelbagai peristiwa yang berlaku. Ayat-ayat di dalam surah ini juga menjadi fenomena dalam pelbagai peristiwa peperangan di suatu masa dahulu.
I hope my kids akan meneruskan minat dia orang ni sampai besarlah, memanglah kami tidak mampu nak memiliki walau seekor kuda pun kerana harganya sanagt mahal tapi ia tidak menjadi penghalang untuk menggalakkan mereka menceburinya aktiviti ini.
For those who like to try bayarannya adalah dalam RM350 - 400 untuk 10 kali latihan, then ade peringkat2 nya yang lebih tinggi bergantung kepada tahap keupayaan pelajar mengusainya. There is 3 main place in Mcca yang menganjurkan kelas basic hingga tahap yang tinggi.