Sunday, January 23, 2011

Kegembiraan itu..

Kak pidah, my biras dah try resepi cup cakes yg i bagi tapi kurang menjadi katanya, so i invited her to the house and buat sama dgn dia dan she is so happy bila kerja tangannya menjadi akhirnya. Happynya muka kak pidah.

Petang ahad dah janji dgn kids nak ke rumah auntie tati, rindu nak pegi "garden" padang temu, santai2 minum teh ngan my sis. i bawak bersama kek pisang yg baru i bakar, panas2 kesana. Sampai2 je tengok my dear sis tengah membersih kawasan.
Rupanya my dear sis tengah tunggu adik angkat lagi sorang ni, her very special furniture supplier, mr dauble...his is so good with all kerja tangan dan sentuhan pada perabot-perabot yang dihasilkan,juga seorang Pereka Dalaman. I jatuh cinta dgn perabot-perabot dari his shop (show room boleh refer rumah my dear sis lah).
So far i baru dapat membeli white bed from him. Kalau ade rezeki nak dia beri sentuhan pada perabot2 di teratak kaseh suatu hari nanti, insyaAllah.

Eheemmm itu kerusi ottoman stool baru je sampai di "garden" padang temu! Wow semuanya panas ler dalam erti kata lain!
Hmmmm...sedapnya minum petang di rumah my dear sis! The lemak belimbing udang dan roti yg baru je dibakar, huiii..sedapnyer. Kids dan abg zul off to bukit serindit main bola kat sana. Thanks ler abang zul melayankan kerenah anak2 buah. They all so happy.


Syukur Ya Allah utk semua ini ~

Tuesday, January 18, 2011

Syukur untuk kebahagian ini...

Syukur, ucapan terindah ini ku panjatkan padaMu Ya Allah kerana kurniaan kebahagiaan, rezeki dan kesihantan yang baik.

kaseh tengah busy menyiapkan persiapan perkahwinan aina (my sil) yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini dan juga tengah buat a few things for my friend sister's wedding end of feb.

Ni saja2 tengok gambar2 our last hoilday trip di PD. Credit to nabil for really nice captured moment by him, abang is talented and have high sence of art touch in him! Mummy really lovedd most of the photos taken by u!




on the way back to melaka from pd we all singgah di sebuah restoran d sawit kalau tak salah, nice food and paling special coz makan di bawah rimbunan pepohon sawit. sungguh damai..

Ni, cerita anakndaku naufal dan aiskrim. Sebenarnya dia kan asthma so big NO to aiscream kata his doc, but inilah benda paling dia suka, in a day he can makan 3 batang ice cream! And story about this black polo t-shirt yg we all beli masa trip ke jakarta 2 tahun lepas masih menjadi fav. t-shirt dia, bday yg lepas pun ni le jugek bajunya..aduiii...naufal.And Hubby, TQ coz bawak me and kids for holiday ya! So nice of you! Muahhhh



Saturday, January 8, 2011

Dari dapur kaseh

Kat rumah kaseh kids and hubby kena sakit mata, so kata my mertua tak boleh makan pedas2 punya. so ni lah juadah yg kaseh sediakan for lunch semalam. Sup dan steam food. Sup carot & cendawan
Ikan jenahak steam. Try resepi baru yang diberikan oleh lily, chinese style. ok ... i loveddd it

Pink garden

My dear sis tati minta kaseh buatkan 7 dulang for Majlis Pertunangan sepupunya Lan pada hari ni.
So bermulala pukul 5 pagi tadi kaseh mulakan sentuhan Pink Garden ni. Syukur kata my dear sis semua orang sukakannya. Bunga2 segar di pink garden ni ialah strong pink rose, baby pink rose, pom2 white and purple.

the sireh junjung
kek lapis sarawak

bunga rampai


tray of choc
buah-buahan

lace - persalinan pengantin

Project Decor kaseh

Hmmm...susah betul nak dapat blogging since last post. Decor in red ni ialah majlis perkahwinan Najlah pada 12 dec 2010 lalu. I buat yang manis2 untuk dia seperti orangnya jugak...Banyak gambar yang i tak dapat nak ambik coz dah kepenatan, habis dalam pukul 1 pagi'

We did :
Decor meja pengantin
Decor meja makan vip dan meja biasa
Bunga Tangan
Bilik pengantin



Ni flower utk 28 meja tetamu biasa.



Friday, December 24, 2010

12-12 -2010 Bday Party Al Naufal

Syukur, dengan keizinan Allah SWT impian putera kaseh nak buat bday party tercapai jua...
Minggu tu kan memang minggu yang sangat kritikal buat kaseh kan..ngan wedding fina & stuart dan other couple najlah dan pasangannya. Kids duduk KL ngan my mum minggu tu. Kiranya naufal balik ke melaka pada malam bday party dialah ngan my mum.
Penat pun demi anak2 tak mungkin kita sampai hati untuk mengecewakan mereka terutamanya bab2 sambutan bday kan..coz those are nice moments yang mereka akan simpan dalam kenangan.
Thanks to Ma, my mum yang siap tolong masakkan menu utama, nasi tomato dan bawak from KL. I just masak spagheti dan buat cup cakes.
Untuk semua yang hadir dan meluangkan masa ke party naufal that day, terima kasih yang tidak terhingga.
Most photos taken by Iman, tq dear!

k, cerita bab kek nii kelakar, naufal dah online hari tu, tengok pelbagai jenis kek idamannya, tup2 bila kek ni yang dibawak ke dapan mata dia, dia dah macam nak nangis..pastu seboleh2 suruh i keluarkan bunga2 tu..aduhai puteraku..maaflah mummy memang tak sempat nak buatkan sepertimana yang naufal nak sebab mummy tak de tenaga dah

Muzical Chair

Kids Bday - coloursss....

Iddin..juara!



ahemmm..serius je orang tu kan..yelah nasi tomato kegemaran my dear sis





Thursday, December 16, 2010

Raikan Cinta - Sharafiinah Mazlan & Stuart Malik

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mempermudahkan segala urusan dan perjalanan Majlis Perkahwinan puteri sulung En. Mazlan & Puan Normah, Fina dengan pasangannya Stuart Malik.
Tiada perkataan yang dapat menterjemahkan kegembiraan kaseh. Kepercayaan yang diberikan kaseh gunakan sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik. Syukur kerana mempunyai great team of creative people and team from the hotel Holiday Inn (esp Sara) bagi merealisasikan majlis istimewa ini.
Segalanya kami terjemahkan bukan dengan janji dan kata2 indah tapi dengan hasil kerja yang memberikan kegembiraan bagi pasangan pengantin dan tetamu yang hadir. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan, ketekunan dan kesungguhan team kaseh dalam menjayakan majlis ini. Bayangkan pengantin perempuan tiba di Malaysia agak hampir dengan majlisnya dan kami cuma ada 10 hari menyiapkan semua persalinan2nya. Namun syukur akhirnya Fina puas hati dengan semua hasil kerja kaseh.

Untuk majlis ini i buat A-Z for Kak Normah, ya..helping her. Selama ni Kak Normah pun dah banyak membantu kaseh. Ya, budi yang baik kita balas denga baik. Lagipun ini majlis pertama buat Kak Normah, so dari sedikit sebanyak pengalaman yang ada kaseh curahkan untuk majlis istimewa ini.
Flower balls ni memang paling manis...personally i loveddd themBergambar kenangan bersama TYT dan Ketua Menteri Melaka.
The crew yg memberikan sentuhan magis utk wedding fina & stuart - lead by my Pak su (yg duduk sebelah fina)
Senyuman penuh kesyukuran..amin
kaseh did :
Arrangement with hotel from a - z
Kad Undangan/tq card/guest reg. book
Pelamin (dias) dan hiasan ballroom - Tq Pak su kerana menterjemahkan idea kita dgn sentuhan nan indah!
Baju2 pengantin - Tq my great productions team! Lily.....Muahhhh
Make-up - Kiffy Razak (Fi! Tq..muahhh)
Baju2 family kak normah (in red) - Tq team!
Gifts normal / vip
Bunga pahar songket for VIP
Bunga Pahar Dip
Juruacara Majlis - Tq Zaini Ahmad, ntv7 & Lyn Penerangan
Jurugambar Rasmi - Saiful Nang (wowwww!!!, what a gifted talent saiful, syukur!)
Kek - Sofea Cuppies, tq yan datang all the way from KL buat ni for me!
Kompang - Tq abg zul memperkenalkan kumpulan kompang yg cool!
Candid! - Team of Candidsyndrome , the Principal Photog Saiful Nang left and Senior Photog Wan

Kombinasi pengacara majlis yg menceriakan suasana majlis dgn bait-bait pauntun nan indah pada malam tersebut. Lyn and my kawan baik kat ntv7, zaini ahmad sudi datang from kl utk tolong kaseh! Tq to lyn and zaini.

Next day berlangsung Majlis resepsi khas buat keluarga di kediaman En. Mazlan dan Puan Normah:-
Terpancar kegembiraan dari hati di riak wajah kedua ibu-bapa pengantin En. Mazlan dan Puan Normah
Toh Puan sudi hadir seketika utk bertemy pengantin. Toh Puan tidak dapat hadir pada malam resepsi di Holiday Inn.


Lovely couple! Osemmm and tq Fina and Stuart kerana menghargai every details that i put in to your special moment in your life. May Allah bless your marriage and stay happy forever.