Thursday, October 28, 2010

kaseh, cinta dan pengorbanan

Syukur...hari ni akhirnya dapat singgah di laman kaseh ni yang sudah lama benar ditinggalkan sepi. Life sungguh busy since Ramadhan hingga kini. Banyak benar yang ingin dicoret pada diary peribadi ini namun tak terdaya..kerana waktu yang terbatas.


Ramadhan dan Syawal yang lalu benar2 menuntut seluruh keupayaan yang ada pada diri ini utuk menguruskan semuanya, business, family dan of course diri sendiri (yang sebenarnya sampai sakit, jerawat timbul mcm berteh jagung dan badan yang kurus sebab tido hanya 2 ke 3 jam sehari)..

Rasanya that was the time that i really sedih coz i was not able to be with hubby and kids pada masa2 yg sepatutnya. Pertama kali for persiapan syawal for family hubby and kids buat sendiri, pergi beli kelengkapan kids sendiri without me. Then the last day of Ramadhan tu lagi sedih, i was not able to buka puasa with hubby, kids and family di rumah mertua. That time i nangis betul rasa sedih dan bersalah pada hubby dan kids...ya i should be with them tapi sebaliknya still menjahit di rumah with my 2 helper..huh memang satu pengalaman yang tidak dapat kaseh lupakan sampai bila2.

Lalu ku pohon petunjuk dari Yang Esa apakah sebenarnya yang harus aku lakukan, niatku bila meninggalkan lapangan kerjaya di KL bersama Elyna in tv productions & PR world is to be with hubby and kids, jadi isteri dan ibu yang solehah...but with operating kaseh pulak rupanya keadaan tu jadi lebih teruk..yeappp i don't have time for them at all esp during Ramadhan yang lalu. Ia memang bukan sesuatu yang i want in my life..

Masa shoot majalah wanita for Syawal issue 2010
Kaseh sudah bertatih, merangkak, berjalan dan pastinya perjalanan itu juga penuh liku, jatuh bangun dan juga manis! Ya...dari hanya sekadar bermula di rumah, dan kemudian punya sebuah butik kecil di Jalan Hang Tuah dan punya list of client yang i would say fantastic people, dah masuk majalah WANITA..all that is hard work. Dan akhirnya dengan dorongan hati yang kuat setelah puas diri ini berfikir dan memohon petunjuk dari Allah i finally dah ambik keputusan untuk membawa butik kaseh kembali ke rumah..yeap home is the best place for me, my teratak kaseh.
Ini gambar sewaktu pre-opening kaseh. Kaseh mula berperasi di Jln Hang tuah pada 15/1/2010. Ha..itu lampu manyak sayang tau! Nanti itu lampu ikut balik ke teratak kaseh! is from my dear sis tati & abg zul.

Dah 3 months sebenarnya i kerja kat rumah, jahit semua kat rumah, pergi ke butik hanya utk jenguk staff...so akhirnya inilah keputusan yang kaseh rasakan terbaik for me, hubby and kids. And now we all happy sangat, nabil & naufal tersangat happy sebab nampak muka mummy ade je kat rumah. Not only that my client semua happy, kata mereka "lagi senang", dari pagi sampai malam pintu teratak kaseh terbuka luas. Dan sesungguhnya i berkarya dengan lebih seronok di rumah...idea datang mencurah2 ya mungkin kerana rumah adalah tempat yang paling tenang kan...dan tempat yang kita paling suka!

Apa pun hubby, kids adalah anugerah terindah dalam hidupku. Yang lain2 adalah secondary sahaja.
Tak kisah walau dimana kaseh berada kerana i percaya yang sudah mengasihi kaseh, yang dilamun cinta dengan kaseh pasti akan terus bersama kami kan! Sepenuh hati diri ini percaya bahawa rezeki Allah di atas muka bumi ini luas terbentang, di mana tu tak penting yang penting kita usaha selebihnya hak Allah menentukan. Personally i rasa lebih istimewa....kaseh tak nak jadi kilang buat baju sementara ni! Yeap that is what i rasa masa Ramadhan..and at the end i am personally not happy dengan sentuhan dan hasil kerja kaseh untuk batch Syawal yang lalu. I percaya & ingin berpegangan pada prinsip yang datang dari kaseh itu ia perlu sarat dengan perasaan yang tulus dan lahir dari jiwa yang suci dan ikhlas dan segala auranya pasti terpancar pada sentuhannya!

So, apa2 just sms/ call me at the same number ya! Pintu teratak kaseh terbuka 24 jam sehari!
Teratak kaseh
No : 30,Jalan Merak 16,
Taman Merak Emas
Bukit Katil
Melaka

Saturday, July 17, 2010

Syukur - Birthday kaseh

Syukur ke hadrat Allah yang Esa kerana dengan izinNya July 14 diraikan untuk kali yang ke-24 upppssss how nice kan, that was 10 years ago.So, is my 34th Birthday this year. Syukur di atas segala kebahagian, kejayaan dan kesabaran yang diberikan Allah dalam menempuhi perjalanan hidup ini.

Paginya hujan lebat, me and kakak2 yang sama2 belajar kat Aqrab memulakan majlis dengan bacaan Yasiin dan doa, segala pujian untuk Allah tanda syukur di atas segala yang diberikan.
Cuppies manis from Bubbles..tq babe, it's so lovely The 1st bacth sedang menjamu selera, hmmm menu :
Nasi putih, masak asam ikan merah, udang sambal petai sambal belancan & tempoyak siap ngan ulam petai, spagheti - dari dapur kaseh
laksa kelantan (kak wan ozana masakkan. tq kak wan!)

Paling syok makan Kak Puralah, dia memang selera habis ngan petai and sambal belacan tempoyak, mak mertua lalu pun tak sedar tau! Then hari tu Kak Tini kena usik je..so is Datin Kartini now ok! Then kak kira, tenaga pengajar kat Aqrab, kak asiah & kak Zu pun datang.
Nurul my adik kesayangan.
Hah ni posing lokasi rasmi...pose untuk majalah Glam tak rasmi! Kak Dilla buat i terharu tau, she pakai baju pertama yang i buatkan beading work!

Kak Normah, the Puan Seri to be..hah...jangan marah k kak, but is doa, aminkan ye!
Ini munga manyak cantik, from lily and illa. But both of them tak dapat datang stuck kat workshop. Tq aa..
Hubby kata, eh ni dah jadi macam majlis rumah terbuka syawal, mana tak nye sampai malam. Ustaz Najib , family my mertua, Kak Tati and Kak elya & Datuk Meor tetamu terakhir pada hari tu. So restoran kat teratak kaseh tutup pukul 11.00 cam tu.
Kak Ngah, tq k coz datang and lepak with me! Hope u enjoy the food and nabil & naufal yg asyik kacau kak ngah.
Wish my family KL ade sama..but is ok dah jauh kan nak buat cam ner..tapi yg penting dekat di hati. To everyone thank u so much datang ke majlis kaseh, tq for doakan kaseh. Moga pertalian silatulrahim antara kita kekal dan harum mewangi hingga ke ahir hayat. Amin.
Hubby and kids, tq and i love u all..muahhh!












kaseh - Majalah Wanita August (ramadhan special)

Allhamdulillah, photo shoot yang diadakan sebulan yang lalu dah berada di pasaran dalam majalah Wanita Ramadhan special. Gembira, puas hati dan rasa penuh kesyukuran kerana akhirnya impian kaseh untuk mengotakan hasrat hati tercapai jua.

Ini adalah hadiah hari lahir yang paling istimewa untuk diri kaseh.

Terima kasih yang tidak terhingga untuk :
Kak Normala Hamzah (C.Editor Majalah Wanita) and her great team
Prof Sha, Nurul, Eddie, Kak Samra, Ika, Penaja Rasmi Model Kanak2 dan Props Abang Zul and Kak Tati, Lily and Illa.
Hubby and kids. Thank u so much!
So ini some photos masa shoot tu, kat majalah gambar2nya lebih cantik.




Wednesday, July 7, 2010

Nota kaseh part 2

Wahhh...semalam pagi-pagi lagi hp kaseh dah hangat berbunyi2. Pertama the family of St. Pedro of Padang Temu yang diwakili oleh Peguamnya Ms. Hartati sudah membuat panggilan rasmi.

"Hishhh siapa yang meluka-lara dan menyakitkan hati adinda ni?. Geram betul akak baca ni, this people ni kenapa?....bla...bla...Hmm itu saya punya kakak tau, pagi2 sudah mengamuk marah sama itu orang2 yang buat hal dengan kaseh.

Malam pada hari kejadian tu i duduk ngan my cutter lama dari petang sampai malam. Dia sampai cakap " I tak percaya ada orang perangai macam ni, sudah pegi kepada kaseh nama pun butik so itu customer pun mesti tahu lah harga mesti tak sama dengan normal punya kedai jahit, ayo i tak fahamlah kenapa lepas tu mau korek siapa jahit untuk u, lebih baik dari awal jangan tempah kepada u pegi sahaja tempat jahit biasa la..". Dan kerana my cutter adalah juga teman rapat i dia dengan sopan menolak customer tu yang tidak ingin pun dia layan demi menjaga persahabatan kami. So this is what i maksudkan WE ARE A TEAM OF CREATIVE PEOPLE @ kaseh. They are 10 of us all together!!! Semua ade peranan masing2, punya sentuhan yang berbeza namun dari segi terjemahan idea namun kami adunkan ia menjadi kaseh.

Yang my hubby lagi kelakar, "eh sayang bunyi intro u tu nanti orang ingat i pulak yang buat u sedih2 ni" I punyalah ketawa. No...mana pulak' kena lah baca sampai habis i kata kat hubby. Masa tengahhari kejadian tu my hubbylah yang memujuk i jangan layan orang ni semua, jangan sms si polan si polan tu semua..buang masa u sebab kaseh r not for them and there are not for kaseh. Walaupun hati ni geram , marah dan dah taip sms tu akhirnya ku dengar nasihat suami tercinta. Kata hubby seorang yang buat mcm ni pada u mungkin Allah akan berikan rezeki yang lain lain, customer yang lebih baik kepada u. With a group of Mcca Ladies in your list ni dah cukup utk u layan. Yelah suamiku...nasihat u akan sentiasa i dengar dan thank u so much for always be my most loyal advisor, my kaseh my cinta sejati, InsyaAllah.

Then dapat sms dari Datin Elya juga " Uish..nape sedih je kat blog..ade orang buat hal lagi ke..?

Pagi ni bukak blog tengok ade 2 comment dari my bubbles and Mdm Lawyer Tersohor Kak Dilla...Hmmm hatiku berbunga riang.

"kaseh, kami semua akan support dgn sepenuh jiwa dan raga!!kuatkan semangat & yang penting never give up. takde org lain dlm melaka yg boleh buat beadworks secun melecun sentuhan kaseh butik." - bubbles

Linda janganlah gusar & gelisah. Pelanggan tetap Linda mesti sentiasa ke pintu Kaseh.. Yang nak cari sampai ke hujung Melaka tu, biarkanlah.. tak lama tu. Dah cuba, mesti datang kembali mahukan sentuhan Kaseh. Kalau tidak, it's their lost :) - Kak Dilla.

Yaaa!!! macam ni lah orang2 melayu yang memang nak tengok bangsanya maju bukan berlumba nak menjatuhkan. Ya..like i mentioned in the 1st entry yang setia hanya untuk yang setia dan yang istimewa hanya untuk yang istimewa.

Hari ini kaseh ade agenda penting, i will be having a sesi perkenalan rasmi about a very big and important project di kediaman my vvip customer. Doakan semua ya!

Aku sentiasa percaya bahawa Allah sentiasa bersamaku. Amin. Apa yang ada dalam hati kita bisa kita mengaburinya dengan kata-kata dan berpura-pura namun kita tidak bisa mengaburi padangan Allah terhadap hati kita.

Monday, July 5, 2010

Nota kaseh

Aku sudah puas menangis, rasa hati ini sangat sakit, sangat pedih. Kenapa kita sering menyakiti, mengapa tidak kita membahagiakan? Mengapa mesti ada dendam, mengapa mesti ada sangsi pada keikhlasan?

Tapi disebalik semua ini aku memahami dengan lebih mendalam apa itu tawakal, apa itu menyerahkan sepenuh jiwa dan hatiku yang dirundung kesedihan pada Allah semata, dan lalu aku rasakan keindahan nikmatNya.
Aku belajar ini pada hari ini pada waktu hati ini terguris dan ia benar2 terbukti ketika itu aku berada di dalam kawasan masjid..dan aku tahu Allah bersamaku..Amin.
1) Biarlah apa pun orang buat pada kita, kita sabar
2) Berdoalah pada Allah bila kita disakiti

Jika 2 perkara itu ada dalam hati dan menjadi santapan jiwa insyaAllah aku akan jadi lebih kuat. Aku tidak perlu menjerit pada semua orang cuba mencanang apa yang aku berikan, lakukan. Jika hati kita rela melakukan keranaNya maka janganlah kita persoalkan. Aku sedang cuba, cuba untuk mengadunkan ramuan terbaik menjadi manusia yang lebih sabar, bukan mudah untuk itu kerana telinga kita senipis kulit bawang...lalu ia dibawa ke sudut hati jika kita hilang pertimbangan dan kewarasan maka lebih parah. Apalah lagi selain doa, mengadu pada Allah adalah jalan terbaik, kerana Allah jua datangnya segala2 yang kita dapat dalam hidup ini.

kaseh ini terlalu istimewa bagiku, lahirnya dari cetusan idea yang dianugerahkan Allah buatku..dalam impian aku menterjemahkan kasih sayang sesama insan. Apa pun yang aku lakukan untuk semua pelangganku adalah penuh rasa sayang...bukan kerana wang ringgit semata-mata, ia melangkau lebih jauh dari itu...dan aku benar-benar tahu hanya setiap pelanggan kaseh yang merasakan pautan itu yang akan terus bersama kaseh.

Setiap perhatian dan perincian yang aku berikan pada setiap sentuhan yang kami terjemahkan pada baju2 kalian adalah sentuhan penuh kasih sayang. Dari personaliti pelanggan aku cuba memahami, memberikan yang terbaik dari segala sudut agar anda terus menjadi diri anda yang sebenar dan terserlah aura diri...itu pasti, dari pemilihan warna, sentuhan manik2 dan segalanya, ia adalah gabungan idea dari kami di kaseh...
Namun jika anda mencari hingga ke hujung melaka siapakah menjahitkan baju2 untu kaseh, siapakah yang menjahit manik kaseh (dan jika dapat buat pada orang2 ni lebih murah!teruskanlah), anda salah kerana 'WE ARE A TEAM OF PEOPLE" yg berkerja untuk menyempurnakan sehelai baju yang istimewa di bawah nama kaseh. JIKA pun anda sudah menjumpai siapa yang menjahit baju2 kaseh, benar, tapi anda tidak akan mendapat jiwanya seperti yang ada pada sentuhan "THIS GREAT TEAM OF PEOPLE" di kaseh. Dan jika anda bahagia melakukannya teruskanlah usaha anda KERANA personally to me yang setia hanya untuk yg setia, yang istimewa hanya untuk yang istimewa...dan mungkin memang bukan jodoh dan rezeki untuk kita bersama di bawah bumbung ini.
Untuk itu, terima kasih duhai pelanggan-pelanggan setia yang dapat merasakan getaran kaseh sayangku yang penuh keikhlasan dari sudut hatiku buat kalian semua! Moga Allah akan memelihara perhubungan kita semua hingga ke akhir hayat kita dan bukan sekadar di pintu butik kaseh.
Nilah atara yang menjadi pelanggan, sahabat dan kakak di kaseh. Ade 2 yang dah lama ngan kaseh tapi tak de gambar, Emilda, Puan Radhuana, Kak Raha, Kak Sabariah SAM dan ramai lagi...tapi tak semua yg kaseh ade gambar yg penting u know who u r kan!
Sayang selalu,
kaseh

Thursday, July 1, 2010

cetusan sulam dan bling2

Sulam saje? Ermmm mungkin nampak a bit old..so bling-bligkan barulah terpancar auranya. Menggunakan padanan cyrstal swarovski pink dan biru turqoise. I do not want to kill off the beuatiful pastel colour ni by doing something yang terlalu contra. Cabarannya untuk sulam baju ni memang susah kerana bunganya tidak ade proper shape dan colournya terlalu lembut. Ape pun inilah hasilnya.

These lovely baby blue and pink belong to my VVIP customer. Dipakai semalam sewaktu merasmikan Ulangtahun setahun Melaka Batik House. She said she like it masa i send to her malam kelmarin and buat fitting sekali.
Most people datang kepada kaseh semalam dan cakap baju ni sungguh cantik...hmm mulahlah syahdu macam nak nangis kot. And yesterday my vvip customer ni telah memperkenalkan yang kaseh lah yang sekarang ni membuatkan semua persalinan dan busananya. Oh...tersentuhnya hati!
When our client happy itulah yang paling terindah buat kami kat kaseh, hilanglah segala penat lelah dan bersengkang mata dalam proses menyiapkannya. And for that what else do i say except for "allhamdulillah, syukur everything yang dipermudahkan olehMu Ya Allah".

Tuesday, June 29, 2010

@ kaseh

Hmmm...last week sampailah ke hari Sabtu tu sibuk, siapkan persalinan2 customer, then kemas kaseh juga coz next month dah busy dengan baju2 raya.
I kemas dan create beads corner coz dah banyak sangat manik2 jadi senang sikit nampak warna ape dan jenis2nya. Hmmm..motivated sikit nak buat kerja lepas ni esp proses menyiapkan baju2 raya kan.
Ade pelbagai koleksi ready to wear kurung pahang kapas @ kaseh. Size dari xs hingga xl. Harga RM110.00. Pagi Sabtu masa kita orang tengah kemas manik tu Kak Tati datang ngan Alang mencemar duli tengok koleksi2 terbaru ni.

Persalinan indah buat si adik comel aini. K, adik pengantin tau bukan pengantin tapi she loveddd t glam looking baju kurung modern with dress ni sangat. Aini tampak perfect dlm persalinan ni.