Sunday, December 16, 2007

kaseh @ home

Hari Mengemas ......
Dah lama betul rasanya tak kemas rumah, as in buat apa2 yang patut untuk menyedapkan pandangan mata dan ketenangan jiwa.

So Sunday morning yang indah ini kaseh memulakan misi kemas my home office, then bilik Nabil & Naufal, then kaseh kitchen...then pergi beli pokok @ Semabuk area.
Little kedai runcit @ kaseh home
Ini adalah botol2 plastik, then kaseh tak buang, so i buat botol yang dihias dengan bunga lawang (betul ke namanya..selalu ngan partner dia kayu cengkih) with riben..so boleh letak rempah kari atau tepung etc...

Yesterday hubby memberikan budget untuk membeli katil & tilam yang baru juga masa yang sudah genting untuk mendapatkan rak tv yang baru kerana Si manja Naufal asyik panjat the Japanese table tempat letak tv lama, Kak Hawa bagi for hadiah kahwin pindah rumah baru....yelah 6 years dah so time to buy a suitable one for tvlah!! Time kaseh ya Menteri Kewangan kaseh!!!!family tv area...more colours.. My new bed...theme calour of my room merah & putih lerrr...Hemmm...my reading corner in my little room...

kaseh baca the above sebelum tido....

So inilah aktiviti hari ini hujung minggu yang best!!!

kaseh

Saturday, December 15, 2007

Hantaran by kaseh

Hantaran Pertunangan Ani the Singaporean Girl
Ani ialah anak Mak Cik Singapore yang baik dan rajin menghantar pelbagai juadah setiap kali dia masak apa2 kat umah dia...so she ask me to do the dulang for hari tunang Ani.
Here is some pictures...will load more nanti

Actually kat Mcca ni i tak dapat banyak bahan....as in the choice of flowers yang boleh digunakan for the dulang hantaran...She belikan barang such bakul tu semua..so i buat dengan apa yang adelah. Bunga nasib baik ada off-white roses..tapi yang lain2 seperti di KL tiada.

So i started working around 11.30 p.m. Selagi my little Naufal belum tidur memang tak boleh buat kerja dengan aman damai coz he offer nak tolong tarik semua bunga dan barang2 hantaran. Stop around 1 a.m. Pass tu Subuh tadi sambung. Everything completed by 8.30 a.m. today. Hope i would be able to improve my skill in future...

Pak Su...please grade my work k. Would appreciate comments from everyone...

Ani, Thank you for having your trust on kaseh!


kaseh

Friday, December 14, 2007

kaseh busy day

Busy diary...
Pagi-pagi hari ni dah hantar Nabil to Premier, then terus keluar nak cari barang-barang for hantaran yang harus disiapkan untuk client....Emmmm...my 1st client kat Mcca nie yang minta my touch for her dulang hantaran. 9 dulang all together. Themenya : Dia bagi barang so i pilihlah sendiri apa theme, boleh ??? Tak pe Ani, hope Ani sukalah nanti. Berdebar jugakan...


Now back home, nak prepare lunch for family. What to cook ya? Maybe the following menu :

  • Ikan tenggiri masak asam atau udang sambal petai...

  • Sayur campur (Yeap...i suka ni!!!)

  • Tempe goreng lagi...coz naufal suka tempe

Just singgah di blog Red Mummy jap tadi, kesianlah kat dia..i pun tak faham apalah masalah lalat2 yang selalu tak puas hati dengan dia...biarlah inikan namanya blog, kita tak kacau orang hanya coretan harian kehidupan kita... sabarlah Kak Red...i rasa orang2 tu tak suak tengok kehidupan orang lain yang bahagia...

Bagi i yang pernah jumpa Kak Red personally she is a nice lady, very motherly, kita orang jumpa borak pasal anak2, tak de pun nak busy cerita hal orang...so for people out that kalau nak luah rasa atau nak beri kata nasihat bagus, tapi janganlah dihina dan dicerca orang yang tidak pun kita kenali dia secara peribadi. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa semua kita ini, tidak seorang pun dari kita layak menilai diri insan lain...



Salam,
kaseh

Thursday, December 13, 2007

Kendarat

Terima Kaseh Semua...

Yang seronok tentang wedding my bro last Sunday was majlis perkahwinan ini telah dijayakan dengan pertolongan kendarat..In KL,? Ade lagi ke orang nak tolong bersusah-payah untuk majlis orang kahwin..Yeapp..lucky for my mum and us coz still duduk dalam masyarakat yang masih berpegang pada adat ini. Tolong sungguh bukan main-main, dari 2 ke 3 hari sebelum majlis semua sudah tugas dan tanggungjawab masing-masing.... Kalau nak ambik catering dahlah bayar mahal2kan..pas tu foodnya belum tentu sedap...kemeriahan pun lain bila kita berkendarat ni...

Malamnya majlis marhaban dan berzanji...then after that dengan baju2 tu juga diaorang teruskan misi menyiapkan apa yang perlu untuk majlis keesokan harinya.

Jadi untuk semua jiran tetangga saudara mara yang telah menjayakan majlis ini terima kasih yang tidak terhingga...semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua..

12/12 - Happy Birthday to AL Naufal

Happy Birthday to AL Naufal.

His two yesterday, 12/12. Wednesday i had to work, is a busy week for everyone so mummy could not organise a party for you...This few days traffic is really bad in KL so asyik lambat jelah sampai Mcca. Yesterday on his birthday i really sedih coz i had to work so balik sampai rumah dah almost 8 p.m. Then y'day night our turn tido umah emak temankan Aina & Asiah, so just a small cake cutting ceromony for my little naufal. Mummy will buy hadiah for Naufal hujung minggu ni ok!! But i got for him a pre-birthday hadiah, Buku Cerita 25 Para Rasul & Nabi, both Naufal & Nabil suka kalau we all bacakan story book for them...

Untuk Naufal yang mummy kaseh :

Hidup mummy menjadi lebih bahagia dengan kehadiranmu
Tiada harta yang seistimewa kamu
Doa mummy moga mummy dapat mendidik dan membahagiakan kamu

Sewaktu Naufal didalam kandungan , mummy harungi segala kepayahan dan kesakitan
Mummy berulang jauh mencari rezeki, namun semuanya kita harungi bersama, naufal anak yang baik walaupun kepenatan berada di dalam perut mummy namun naufal tidak banyak merangam...adakala panas, hujan dan kita terus lari bersama takut jika ketinggalan bas untuk pulang ke Melaka setiap petang...itu adalah pengalaman memori indah mummy tika mengandungkan kamu..Syukurlah kerana diberikan kekuatan oleh Tuhan Yang Maha Kaya...melaluinya hingga minggu2 terakhir.

Sungguh mummy cinta dan sayang kamu
Mummy mencuba seperti ibu lain menahan kesakitan selama 14 jam di dalam kamar bersalin namun akhirnya mummy terpaksa mengalah menyelamatkanmu lebih utama dari segalanya...akhirnya untuk kali kedua mummy terpaksa melalui caesarean lagi tapi tidak mengapa demi kamu mummy saggup melalui kesakitannya...kerana inilah tanda kasih mummy buat Naufal.
1.23 pagi yang hening itu di dalam dewan bedah mummy terdengar tangisan kamu...tangisan kamu memulihkan segala kesakitan dan ketakutan...tidak mengapa apa pun yang berlaku yang utamanya ialah kamu sudah sampai ke dunia ini dengan IzinNya...syukur

Kamu adalah hadiah kedua yang paling istimewa selepas Abang buat mummy, dan selagi ada nafas di jasad ini akan mummy lakukan segala yang termampu, mendidik kamu menjadi insan mulia dan semoga bila nanti suatu masa bila mummy tiada lagi bersama kalian...doa kalian akan sentiasa disisi mummy...semoga mummy akan sentiasa ada di hati dan jiwa kalian....

Everyday Naufal tengok Barney..so ade this cake yang cute for at the Italy Bakery Bukit Baru...terus belilah.

Yang paling seronok bab nak potong cake tentulah abang...
Naufal enjoying the Barney cake.
Birthday boy with his pose yang manis dan manja....

From all of us...Thanks naufal kerana selalu buat kami bahagia dan ketawa...

love; mummy, papa & abang

Monday, December 10, 2007

Wedding..Wedding & Wedding

Demam Wedding...

Here is some of hantaran from my bro to Lysa....
I was away from here and home from last Wednesday night. I balik rumah my mum to organise my brother punya wedding on our side..menyambut menantu yesterday, 9th December 2007.

Today i dah demam dah kepenatan coz asyik tido lewat around3.00 a.m . Nabil and Naufal pun demam juga so tidur yang tinggal sikit je..hari ini i really penatlah.

Syukur, majlis berjalan dengan lancar, my mum yang dah sakit berberapa hari b4 majis beransur sihat on Friday, so that make us so happy. Yelah apalah maknanya majlis ni tanpa my mum.

Anyaway...i am so happy coz majlis perkahwinan ini mahal makna..for me ia menjadi ruang untuk saudara-mara, sahabat dan teman bertemu. I am really touched bila ramai saudara dan taulan yang jauh dan dekat hadir sama meraikan.
My hubby punya family from Melaka ramai datang ke majlis walaupun mak dan bapak tidak ada kerana menunaikan fardu haji.
My dear Kak Tati, Abg Zul, Iman, Amal & Iddin, thank you kerana bersusah payah datang from Melaka. U knowkan how much is that mean to me!!!
Elyna & Memed yang sudi hadir ke majlis walaupun agak lewat...so the at the meja kenduri we all sempat had a small meeting...ha...ha... Thanks babe!!!
Selamatlah sudah majlis perkahwinan adinda kaseh...
Wary & Lysa
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Love,along
kaseh

Wednesday, December 5, 2007

From Sg Besi to Bangsar

Reception @ Lysa & Wary

Sunday, Dec 2nd was the reception on Lysa side. I am only able and free to load the photos today.
Siapalah lagi kalau yang suka pose tu..my sis and Pak Su.Me & Pak SuAmi (cousin), my bro & hubby The majlis was really nice...Lysa's parent and family semuany baik belaka....tapi yang sedihnya my mum sakit, she could not stay till the end. Abah bawak mama balik dulu then we all stay sampai selesai majlis.

Thank you to Lysa & family...

kaseh