Wednesday, July 7, 2010

Nota kaseh part 2

Wahhh...semalam pagi-pagi lagi hp kaseh dah hangat berbunyi2. Pertama the family of St. Pedro of Padang Temu yang diwakili oleh Peguamnya Ms. Hartati sudah membuat panggilan rasmi.

"Hishhh siapa yang meluka-lara dan menyakitkan hati adinda ni?. Geram betul akak baca ni, this people ni kenapa?....bla...bla...Hmm itu saya punya kakak tau, pagi2 sudah mengamuk marah sama itu orang2 yang buat hal dengan kaseh.

Malam pada hari kejadian tu i duduk ngan my cutter lama dari petang sampai malam. Dia sampai cakap " I tak percaya ada orang perangai macam ni, sudah pegi kepada kaseh nama pun butik so itu customer pun mesti tahu lah harga mesti tak sama dengan normal punya kedai jahit, ayo i tak fahamlah kenapa lepas tu mau korek siapa jahit untuk u, lebih baik dari awal jangan tempah kepada u pegi sahaja tempat jahit biasa la..". Dan kerana my cutter adalah juga teman rapat i dia dengan sopan menolak customer tu yang tidak ingin pun dia layan demi menjaga persahabatan kami. So this is what i maksudkan WE ARE A TEAM OF CREATIVE PEOPLE @ kaseh. They are 10 of us all together!!! Semua ade peranan masing2, punya sentuhan yang berbeza namun dari segi terjemahan idea namun kami adunkan ia menjadi kaseh.

Yang my hubby lagi kelakar, "eh sayang bunyi intro u tu nanti orang ingat i pulak yang buat u sedih2 ni" I punyalah ketawa. No...mana pulak' kena lah baca sampai habis i kata kat hubby. Masa tengahhari kejadian tu my hubbylah yang memujuk i jangan layan orang ni semua, jangan sms si polan si polan tu semua..buang masa u sebab kaseh r not for them and there are not for kaseh. Walaupun hati ni geram , marah dan dah taip sms tu akhirnya ku dengar nasihat suami tercinta. Kata hubby seorang yang buat mcm ni pada u mungkin Allah akan berikan rezeki yang lain lain, customer yang lebih baik kepada u. With a group of Mcca Ladies in your list ni dah cukup utk u layan. Yelah suamiku...nasihat u akan sentiasa i dengar dan thank u so much for always be my most loyal advisor, my kaseh my cinta sejati, InsyaAllah.

Then dapat sms dari Datin Elya juga " Uish..nape sedih je kat blog..ade orang buat hal lagi ke..?

Pagi ni bukak blog tengok ade 2 comment dari my bubbles and Mdm Lawyer Tersohor Kak Dilla...Hmmm hatiku berbunga riang.

"kaseh, kami semua akan support dgn sepenuh jiwa dan raga!!kuatkan semangat & yang penting never give up. takde org lain dlm melaka yg boleh buat beadworks secun melecun sentuhan kaseh butik." - bubbles

Linda janganlah gusar & gelisah. Pelanggan tetap Linda mesti sentiasa ke pintu Kaseh.. Yang nak cari sampai ke hujung Melaka tu, biarkanlah.. tak lama tu. Dah cuba, mesti datang kembali mahukan sentuhan Kaseh. Kalau tidak, it's their lost :) - Kak Dilla.

Yaaa!!! macam ni lah orang2 melayu yang memang nak tengok bangsanya maju bukan berlumba nak menjatuhkan. Ya..like i mentioned in the 1st entry yang setia hanya untuk yang setia dan yang istimewa hanya untuk yang istimewa.

Hari ini kaseh ade agenda penting, i will be having a sesi perkenalan rasmi about a very big and important project di kediaman my vvip customer. Doakan semua ya!

Aku sentiasa percaya bahawa Allah sentiasa bersamaku. Amin. Apa yang ada dalam hati kita bisa kita mengaburinya dengan kata-kata dan berpura-pura namun kita tidak bisa mengaburi padangan Allah terhadap hati kita.

Monday, July 5, 2010

Nota kaseh

Aku sudah puas menangis, rasa hati ini sangat sakit, sangat pedih. Kenapa kita sering menyakiti, mengapa tidak kita membahagiakan? Mengapa mesti ada dendam, mengapa mesti ada sangsi pada keikhlasan?

Tapi disebalik semua ini aku memahami dengan lebih mendalam apa itu tawakal, apa itu menyerahkan sepenuh jiwa dan hatiku yang dirundung kesedihan pada Allah semata, dan lalu aku rasakan keindahan nikmatNya.
Aku belajar ini pada hari ini pada waktu hati ini terguris dan ia benar2 terbukti ketika itu aku berada di dalam kawasan masjid..dan aku tahu Allah bersamaku..Amin.
1) Biarlah apa pun orang buat pada kita, kita sabar
2) Berdoalah pada Allah bila kita disakiti

Jika 2 perkara itu ada dalam hati dan menjadi santapan jiwa insyaAllah aku akan jadi lebih kuat. Aku tidak perlu menjerit pada semua orang cuba mencanang apa yang aku berikan, lakukan. Jika hati kita rela melakukan keranaNya maka janganlah kita persoalkan. Aku sedang cuba, cuba untuk mengadunkan ramuan terbaik menjadi manusia yang lebih sabar, bukan mudah untuk itu kerana telinga kita senipis kulit bawang...lalu ia dibawa ke sudut hati jika kita hilang pertimbangan dan kewarasan maka lebih parah. Apalah lagi selain doa, mengadu pada Allah adalah jalan terbaik, kerana Allah jua datangnya segala2 yang kita dapat dalam hidup ini.

kaseh ini terlalu istimewa bagiku, lahirnya dari cetusan idea yang dianugerahkan Allah buatku..dalam impian aku menterjemahkan kasih sayang sesama insan. Apa pun yang aku lakukan untuk semua pelangganku adalah penuh rasa sayang...bukan kerana wang ringgit semata-mata, ia melangkau lebih jauh dari itu...dan aku benar-benar tahu hanya setiap pelanggan kaseh yang merasakan pautan itu yang akan terus bersama kaseh.

Setiap perhatian dan perincian yang aku berikan pada setiap sentuhan yang kami terjemahkan pada baju2 kalian adalah sentuhan penuh kasih sayang. Dari personaliti pelanggan aku cuba memahami, memberikan yang terbaik dari segala sudut agar anda terus menjadi diri anda yang sebenar dan terserlah aura diri...itu pasti, dari pemilihan warna, sentuhan manik2 dan segalanya, ia adalah gabungan idea dari kami di kaseh...
Namun jika anda mencari hingga ke hujung melaka siapakah menjahitkan baju2 untu kaseh, siapakah yang menjahit manik kaseh (dan jika dapat buat pada orang2 ni lebih murah!teruskanlah), anda salah kerana 'WE ARE A TEAM OF PEOPLE" yg berkerja untuk menyempurnakan sehelai baju yang istimewa di bawah nama kaseh. JIKA pun anda sudah menjumpai siapa yang menjahit baju2 kaseh, benar, tapi anda tidak akan mendapat jiwanya seperti yang ada pada sentuhan "THIS GREAT TEAM OF PEOPLE" di kaseh. Dan jika anda bahagia melakukannya teruskanlah usaha anda KERANA personally to me yang setia hanya untuk yg setia, yang istimewa hanya untuk yang istimewa...dan mungkin memang bukan jodoh dan rezeki untuk kita bersama di bawah bumbung ini.
Untuk itu, terima kasih duhai pelanggan-pelanggan setia yang dapat merasakan getaran kaseh sayangku yang penuh keikhlasan dari sudut hatiku buat kalian semua! Moga Allah akan memelihara perhubungan kita semua hingga ke akhir hayat kita dan bukan sekadar di pintu butik kaseh.
Nilah atara yang menjadi pelanggan, sahabat dan kakak di kaseh. Ade 2 yang dah lama ngan kaseh tapi tak de gambar, Emilda, Puan Radhuana, Kak Raha, Kak Sabariah SAM dan ramai lagi...tapi tak semua yg kaseh ade gambar yg penting u know who u r kan!
Sayang selalu,
kaseh

Thursday, July 1, 2010

cetusan sulam dan bling2

Sulam saje? Ermmm mungkin nampak a bit old..so bling-bligkan barulah terpancar auranya. Menggunakan padanan cyrstal swarovski pink dan biru turqoise. I do not want to kill off the beuatiful pastel colour ni by doing something yang terlalu contra. Cabarannya untuk sulam baju ni memang susah kerana bunganya tidak ade proper shape dan colournya terlalu lembut. Ape pun inilah hasilnya.

These lovely baby blue and pink belong to my VVIP customer. Dipakai semalam sewaktu merasmikan Ulangtahun setahun Melaka Batik House. She said she like it masa i send to her malam kelmarin and buat fitting sekali.
Most people datang kepada kaseh semalam dan cakap baju ni sungguh cantik...hmm mulahlah syahdu macam nak nangis kot. And yesterday my vvip customer ni telah memperkenalkan yang kaseh lah yang sekarang ni membuatkan semua persalinan dan busananya. Oh...tersentuhnya hati!
When our client happy itulah yang paling terindah buat kami kat kaseh, hilanglah segala penat lelah dan bersengkang mata dalam proses menyiapkannya. And for that what else do i say except for "allhamdulillah, syukur everything yang dipermudahkan olehMu Ya Allah".

Tuesday, June 29, 2010

@ kaseh

Hmmm...last week sampailah ke hari Sabtu tu sibuk, siapkan persalinan2 customer, then kemas kaseh juga coz next month dah busy dengan baju2 raya.
I kemas dan create beads corner coz dah banyak sangat manik2 jadi senang sikit nampak warna ape dan jenis2nya. Hmmm..motivated sikit nak buat kerja lepas ni esp proses menyiapkan baju2 raya kan.
Ade pelbagai koleksi ready to wear kurung pahang kapas @ kaseh. Size dari xs hingga xl. Harga RM110.00. Pagi Sabtu masa kita orang tengah kemas manik tu Kak Tati datang ngan Alang mencemar duli tengok koleksi2 terbaru ni.

Persalinan indah buat si adik comel aini. K, adik pengantin tau bukan pengantin tapi she loveddd t glam looking baju kurung modern with dress ni sangat. Aini tampak perfect dlm persalinan ni.



Friday, June 25, 2010

Terbanglah kaseh...

Yeappp..moga kau terbang lebih jauh..lebih tinggi dan tiba pada perhentian yang ingin kau labuhkan perjalananmu dan kejayaanmu duhai kaseh. InsyaAllah,semoga diizinkan Allah Yang Esa.

Apalah yang lebih manis dalam memori indah kelahiran butik kaseh dan perjalanannya? Ya bila mana apa yang kita terjemah dan zahirkan menarik perhatian orang. When the brand dikenali dan menjadi buah mulut. Yeap this is 1 of cretria about BRAND. Teringat when i was working at ntv7 when Datuk Seri Shazali Ramly (now CELCOM CEO) always asah our mind about how important is brand placement. Ia bukan sesuatu yang mudah, namun bila kita berjaya melakukan ia adalah antara pencapaian yang tidak dapat digambarkan dengan kata.

kaseh melangkah, berlari, tersungkur, bangun dan terus berlari mengejar cinta, mengahambat cinta pelanggan setia dan di celah itu ada insan yg mahu mengangkat naskah dan terjemahan kaseh kami agar brand kaseh lebih dikenali ramai.

"Ya Allah, aku panjat penuh kesyukuran padaMu kerana dengan keizinan dan pertolonganMu lah jua segala perjalanan untuk ku di kaseh dipermudahkan. Dan seringkali pertolongan yang Kau datangkan sesuatu yg tidak ku sangkakan. Kaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Amin.

Yang kali pertama itukan indah, memori yang tidak dapat ku lupakan.
Nilah dia adik2, kakak2 kesayangan yang bertungkus-lumus memberikan pertolongan kepada kaseh. Tak terbayar dengan wang ringgit dan tak terbalas budi baik kalian menjayakan photo-shoot ni. Tq so much. Nantikan kemunculan kaseh di dada majalah ya! Will update more when is out kat pasaran.
Dan bila ku lalui semua kemanisan dan kepahitan ini aku sering teringat dan dihambat rindu pada puteriku Naily Umairah. 24 august, sudah hampir 2 tahun kau pergi puteriku namun mummy masih merasakan hangat pelukkan tika kau pergi bagai semalam. Dan bila pagi kala mummy melewati pusaramu hanya Allah sahaja mengetahui apa perasaan dalam jiwa mummy duhai Umairah. Damailah kau di sana duhai kekasihku Umairah...
Ya Allah, berikan kepadaku kesabaran dan kekuatan menghadapi kerinduan ini.

Sunday, June 20, 2010

kaseh - agenda cuti sekolah

Cuti sekolah dah tamat hari ni..hmmm bestnye coz mummy pun dapat rehatlah 2 week ni. Lega rasanya...yelah dapat rehat dari jadual harian sekolah yang padat sangat, dapat lindungkan pipi dari teriknya panahan matahari tak delah terkerjar2 nak masak dan semua kena ikut timing. Hmmm esok mula semula rutinnya ya!!! Begitulah para ibukan, kasih sejati terhadap anak2...
So sepangjang cuti agenda family:

Jalan - jalan ke zoo melaka
Kunjungan my adik angkat yg kat uitm dulu. Sorrylah Z coz akak sibuk masa tu. Janganlah serik datang ye. Yang penting udang sambal tu akak masak with love, so harap Z dan baby kat dalam pun enjoy makan that day k.
Wedding kat rumah my auntie di Sungai Buluh. Pak su buat set-up wedding. Nice pelamin theme nya gold cream. Pak su dah famous sekarang, wedding planner kat KL memang bestlah. Pak Su menggunakan nama Persada Embun. Hari tu dah masuk majalah..wah nampaknya lepas ni rate pak su makin mahal. Anyway Pak Su, along tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian Pak Su.

After wedding tu we all duduk KL lagi sehari bawak kids ke Sunway Lagoon. So they had a great time untuk cuti kali ni. K, mummy dan papa pun happy tengok u guys enjoy.






































Sepintas di kaseh

Sukma yang berlansung di Melaka sudah pun melabuhkan tirainya. We all at kaseh pun tidak kurang jugak sibuk menyiapkan persalinan customer2 yang menghadiri majlis2 rasmi tersebut.


Baju ni milik regular kaseh datin elya. Hmmm...kak elya yg sangat kelakar k, macam2 lawak bab nak siapkan bajunye. Anyway i m so glad dan bersyukur coz she sangat baik dan tak pernah cerewet dengan kaseh. Love u kak elya!
2 persalinan ni milik Liyana, sian sangat. My customer ni terlalu sibuk so janji nak jumpa kat kaseh tunggu2 datang shop tak datang dan akhirnya dia minta i tolong dropkan ke officenya. Tak pe kawan2 punya pasal tak de hal janji u dapat baju baru liyana!
Ni baju lama yg diberikan nafas baru di kaseh. One of a very beautiful work created with love! (ni sentuhan kerja jiwa tak kacau!...hee...he....) This baju belong to datin suraya.Customer i sorang ni, adik aini ni paling cutelah . She loveddd the baju so much. Ni ceritanya, i hantar baju dia sesudah subuh. So maafkanlah akak ye aini coz tak dapat nak tunggu aini make-up ke ape, ni muka fresh coz sesudah subuh kan...so funny coz they all nak bertolak ke perak for majlis pernikahan abangnya.

Last saturday i was at rumah customer i kak normah sempena majlis khatam Al-Quran puterinya Fazreen. Baju fazreen from Indian Row Silk, paper bag, gift dan bunga pahar tu kaseh coordinatekan, kak normah minta tolong, she wanted something yg simple dan manis. Barang2 tu dibeli bersama kak normah dan kak pura.