Saturday, June 5, 2010

Tudung - Less is more

Brand kaseh ni sebenarnya kalau di kalangan regular customer semuapun tau that we always loved to provide for our customer things that unik dan berbeza. Penampilan dalam fesyen sebenarnya "less is more" yeap...sikit-sikit dan comel tu lebih manis dari cuba merias dengan penuh sarat. Terfikir kah kat mana titik tumpu orang nak tengok kita, Like my Fav. Desinger said "should not have more then 3 colour combinations kat our baju".
So ni ade sikit tudung yg masih tinggal, minggu pertama masuk i kan kat hospital so balik shop tengok dah surut kat rak. Tapi i previewkan jugak sikit k. Aisyah Print Gred A1 Lycra - RM55.00
Aisyah Gred A1 Lycra - RM55
Aisyah Gred A1 Lycra - RM55

Aisyah - Gred A1 Lycra - RM55
Rainbow - RM35

Rainbow RM35
Rainbow - RM35

Friday, June 4, 2010

Bila uda bertemu dara

Upsss...ni bukan teater uda dan dara tau.. ni kisahnya handbag coach poppy yg dihadiahkan Elyna masa my last year birthday tu. Masa dapat handbag tu kaseh dengan hati yang berbunga-bunga pernah masuk ke Coach KLCC kononnya nak tengok purse coach yg nak dipadankan dengan handbag tu. Pas tu dah nampaklah kan....sekali bukak harga dia RM1,200.00. In my heart "hah biar betul, takkan lah aku nak beli purse ni dgn harga semahal ni, tak mungkin, bukannya aku ni orang yang berkemampuan". Siap kena gelak dgn my sister miza tau.
So, dah hampir setahun kan...next month pun dah July, so impian tu hanya tersemat kemas dalam hati. Semalam i had a meeting with my VVIP customer, discussion pasal persalinan beliau untuk Syawal nanti kan.
Tiba-tiba beliau mengeluarkan sesuatu dari handbag LV nyer...and menghulurkan kepada kaseh " Ni gift for u, i beli masa trip i ke Washington that day, hope u sukalah". Ya Allah, i am so terperanjat. betul ke ni, tengok wrapping tu ade sticker COACH gold, hmmm dap dup dap dup ....bukak pembalutnya...hah my VVIP customer bagi i purse COACH !!
Tak tau nak cakap cam ner...sungguh kaseh tak sangka she actually ingat i masa di sana. And belikan pulak yg sama colour dan boleh di matchingkan dgn handbag kesayangan pemberian Elyna tu.
kaseh sangat bersyukur untuk semua ini, yeap my customer dan kawan2 ni semuanya baik2 belaka, setiap kali dia orang cuti2 ke ape mesti selalu bagi gift kat kaseh. Kak Dilla ke Kak Tati ke, setiap kali pegi mana2 tak pernah lupakan kaseh. Nak sebut nama memang tak tersebut, tapi hadiah tu bukanlah segalanya, maksud kaseh tanda orang sayang dan ingat pada kita. Bayangkan bila customer kita bagi kita material untuk dibuat baju, bila shopping / consult dia orang mesti ade yg belikan kaseh material. Ade satu customer i nama dia kak sabariah very motherly sangat, pernah dia siap buatkan kaseh kuih raya, sampret dulu2 tu. Ucapan tak terucaplah sebenarnya, hanya Allah yang mempu membalas segala kebaikan kalian semua.
And to my VVIP customer, thank you sangat utk hadiah yg sangat istimewa dan bermakna ni. Ia membuatkan saya gembira sampai pagi tadi hubby kata " wah bersemangat hari ni , pakai purse COACH baru ye".hmmmm...
Itulah kisahnya Uda bertemu dara.

Monday, May 31, 2010

Cuti2 Malaysia bersama kaseh

Cuti-cuti Malaysia with kaseh. Hmmm...tu lah dia asyik selalu kerja2, tak cukup rehat , makan tak ikut time akhirnya bercutilah kat Putra Hospital dalam 4 hari cam tu. Saturday back home and still resting home now.

Pagi yg dah tak tahan sakit tu, minta tolong kak wan datang ambik and send me to hospital, then kena masuk ward baru call hubby.

Dah masuk hospital barulah duduk diam2 kat atas bed, baru lah tangan yg aktif menjahit manik pun dapat rehat. Allhamdulillah, ramai betul orang sayang kat kaseh rupanya..hmmm my mum dengar je i admited masaklah sup daging kentang and terus datang malam tu jugak from KL. Itulah kasihnya ibu pada anak.

My sister miza, family melaka, my dear sis tati dan puan CEO hospital dan nurse2 semuanya baik hati sangat, hanya Allah yang dapat membalas jasa baik semua.

Bila kita sakit sebenarnya ia menginsafkan diri kita, syukur Ya Allah kerana memberikan ku sakit dan Kaulah yg menyembuhkan aku. So, ceritanya lepas ni kena jaga diri betul2, doctor said no chili at all for 8 week ni dan seterusnya mesti control makan semua. Ye doctor...ye janji saya boleh keluar dan rehat kat rumah. 4 hari pun dah nangis malam2 ingat kat my boys.

Itu white lily saya punya kakak sayang kasi, ms, tati. Itu roses comel from my adik2 lec uitm afzan an wan. Hmmm Kak Tati orangg paling sibuk lah saya masuk hospital, sibuk masak, sibuk mengantar sampai dah balik rumah pun itu menu special hantar sampai rumah tau!
Muka hubby yg happy coz i dah balik. Syukurlah untuk semua.Untuk semua terima kasih yg tidak terhingga sebab doakan, layanan dan semualah, tak terucap dengan kata2.


Monday, May 24, 2010

kaseh itu indah bila

Kita dapat bertemu dan meluangkan waktu bersama orang-orang yang sangat kita sayang. Tak tergambar dengan kata-kata gembiranya hati ni coz dapat berkumpul adik beradik semalam. Dah lama betul we all tak balik KL,asyik my mum je datang Mcca bila rindu cucunya.

Hmmm...when was the last we all adik beradik duduk satu meja dan bergurau-senda, dah lama dah coz my brother boy selalu tak de, so yesterday memang seronok. Syukur kee hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan pertemuan indah ini.

My hero yg sorang memanglah centre of attraction kepada semua orang.


Yummy ...

My bro, life is more happy for him now. Dah lama tak tengok dia happy macam ni. Semoga Allah memberikan petunjuk dan kebahagian dalam perjalanan hidupnya. May happiness be with u always" Amin.

Ma ngan abah happy lah kan tengok anak2 and cucu2 ade kat depan mata.

Me and my sis dah lama tak duduk and gosip2...nak window2 shopping pun tak sempat.

Hubby merangkap Tuan Pengerusi , tq coz luangkan masa bawak me and kids balik KL and menaja lunch semalam and everythinglah k. Love u!!!
Dalam waktu yg agak singkat tu sempat juga singgah jumpa Ely, pun rindu sugguh kat my former boss dan my bff ni. Singgah ke rumah baru dia yg dulu masa i pegi tengah buat major reno, lawat elyca sekali coz kaki dia patah. Nabil & Naufal had fun lepak ngan Mecael and bilik Mecael..ohhh no! Nasiblah rumah Ely. One hour kat sana, we chat while she was doing
her make-up coz nak attend dinner. Seronok sangat jumpa ely....she ask me to come back on board to help with 1 big project...hmmm PR world, i miss that too but to joint her or for 2 months..with raya productions at kaseh, tak tau lah how. Hope Allah guide me utk buat keputusan terbaik.

Ya Allah syukur untuk semua ini, kebahagian dan kaseh yang berbunga selalu. Amin

Tuesday, May 18, 2010

Pencinta kapas

Kapas semakin di minati. Tahun ni for aidilfitri ramai customer yg memilih utk mengayakan kapas pada pagi raya. Ya...yg blig2 dan glam tu kata my customer untuk attend majlis or jalan2 raya, yg kapas lebih sesuai utk melayan tamu, ke hulu ke hilir ke dapur, so kapas made it perfectlahkan!

For Gred A Cotton Price nya RM130 coz materialnya memang lembut sangat.
Yg tak dilabel gred ni RM100, material ok tapi tak selembut Gred A, namun apa yg memikat hati tu ialah warna dan motifnya yg lembut.
So enjoy and sms me kalau ade yang berkenan di hati.

a) pink and yellow
b) purple

c) Blue & purple

d) Blue and red

e) Pink

f) Biru laut.

Gred A- 01 : Japanse Cotton dgn kuntuman mawar biru yg sungguh manis.

Gred A - 02 - Japanese Cotton , motif bunga liar

Gred A - 03 - Japanese Cotton , mawar biru kecil

Gred A - 04 - Japanese Cotton, latar hijau pastel dgn kuntuman bunga kecil berwarna pink

Gred A - 05 - Japanese Cotton, unik and klasik , bunga daisy pastel brown

Gred A - Japanese Cotton, kutuman mawae di latar hitam, wow what can we say about black kan, sepanjang zaman.

Gred A - Japanese Cotton Cantik purple pastel

Tuesday, May 4, 2010

Cinta semakin berbunga indah

Ya...kerana aku semakin sedar tentang indahnya nikmat dan peluang untuk terus hidup di bumiNya yang indah ini.

Hari tu sebelum tiba hari sambutan melaka bandaraya bersejarah satu kejadian telah menimpa kaseh sekeluarga. Pada malam tu kaseh sedang menjahit manik, hampir jam 11.30 malam, semua dah tidur. Tiba2 fius box di rumah kaseh terbakar dan api terus sahaja menyala. Kaseh berlari dan menjerit pada seisi rumah "api, api"...pada ketika tu tidak ada apa yang terlintas di fikiran melainkan menyelamatkan diri kami sekeluarga dan tidak kisah lagi tentang apa yang akan berlau pada rumah kami. Dengan izin Allah kami akhirnya dapat keluar melalui pintu belakang. Kaseh terus menghubungi bomba dan mereka juga bertidak pantas.

Tiada apa yang terucap pada ketika itu...hanya lafaz syukur kerana Allah memberikan peluang kepada kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan kami di bumiNya ini. After i week kita orang balik ke rumah semula apabila electrical contractor dah siapkan semua kerja2 pendawaian semula. That night tersentuh hati kaseh kerana jiran2 belakang pak cik dan 2 adik tu tolong my hubby. Then my dear sis tati and lily (i was on the conversation with her during the incident) so the last word dia dengar "api, api" dia terus datang. Itulah nilai 2 indah dalam hidup yang kita tidak dapat membeli dengan wang ringgit tetapi ia adalah kurniaan kepada kita.

Lalu dari situ kaseh merenung segala apa yang Allah berikan kepada ku. Mencuba sedaya upaya memupuk cinta pada Allah agar ia semakin mendalam.Ia semakin terkesan di jiwaku pabila ku belajar merenungi sedalam-dalam pada setiap pagi kala angin fajar meniup dingin ke pipiku:"Bila kita menemui waktu pagi, maka ingatlah bahawa pagi itu telah menyapa beribu-ribu orang yang tidak beruntung, sementara kita sedang berada dalam kenikmatan. Pagi ini menyapa beribu orang yang kelaparan, sementara kita terlalu kekenyangan. Pagi ini menyapa beribu orang yang tertawan, sementara kita bebas dan merdeka. Pagi ini menyapa beribu orang yang tertimpa musibah dan bencana sementara kita selamat dan bahagia".

"Berapa banyak air mata yang berlinang di pipi seorang wanita, berapa banyak derita di hati seorang ibu dan berapa keras jeritan di kerongkong si kecil kerana kelaparan dan kesakitan namun kita tersenyum lega. Maka pujilah Allah Yang Esa dan ucapkanlah allhamdulillah atas kasih sayang dan kurniaanNya buat kita".

"Lalu duduklah kita dengan tenang, lalu berterus teranglah kepada diri kita sendiri. Ambilah mesin kira atau alat hitung lainnya untuk memperincikan sudah berapa banyak harta, nikmat, kesenangan dan kegembiraan yang telah kita dapatkan".

"Doa ku moga cintakan terus mekar dan berbunga indah dalam segalanya, kerana bila kita mengerti tentang kebesaran dan nikmat Allah yang terlalu luas dan tidak terhitung kita akan lebih mengsyukuri dan cuba mempertahankan semuanya kerana kita sedar tentang nikmat dan kurniaanNya".
Last week, program Ziarah dari Astro Oasis juga menjentik hati kaseh. The productions team tu actually dulu kawan2 office masa kat ntv7. kaseh memang menangis bila tonton program tu. Ziarah tersebut membawa penonton ke Malawi.
Sedihnya bukan kepalang melihat bumi Allah di sana yang kering kontang kerana kedudukan geografinya ia dikelilingi oleh lautan dan penduduknya tidak punya sumber air. Ya Allah...kita di sini air itu seperti tiada nilainya, kalau air dihentikan seketika sudah kita semua bising dan menunding jari kepada pihak berwajib tanpa kita sedari ada insan lain lansung tidak pernah merasa walaupun setitik pun air mengalir terus ke rumah mereka. Bayangkan mereka berjalan sejauh 2 kilometer untuk menjunjung air ke rumah mereka untuk memasak dan meyiram tanaman yg menjadi sumber pendapatan utama.
"Ya Allah jadikan kami ini hamba yang bersyukur".

Rezeki kurniaanNya datang mencurah tanpa henti dan hingga saat ini masih ramai customer yang datang untuk menghantar tempahan raya namun dengan lembut kaseh terpaksa menolak kerana tempahan for raya memang dah tutup. For regular customer material belum hantar but dah bagitau berapa yang nak ditempah. Allhamdulillah, syukur yang tak terhingga kerana dengan rezeki yang mengalir di kaseh ni ia dapat dikongsi bersama2 dengan my team yang sentiasa bekerja keras bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan customer. Semoga kejayaan akan terus bersama kaseh. Amin

Friday, April 2, 2010

Nilai kasih

Sepi laman ini hampir sebulan kaseh tak menjenguk laman ini.
Banyak benar perkara yang berlaku sepanjang March lalu. Ya, ada tawa dan duka lalu itulah maknanya sebuah kehidupan.
We had a really nice gathering sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan Jaja (anak buah abg zul & kak tati). kaseh rasa seronok coz they all really layan dan terima kami anak beranak sebagai sebahagian dari keluarga. I buatkan dulang hantaran fresh flowers for Jaja.
Then, Nabil my putera tiba-tiba kena masuk hospital due to masalah white cell dia yg terlalu tinggi. That was during the school holiday week, so his was in Putra for 3 days. Nabil is very lucky, he had a really good doctor taking care of him, a very senior Ped, Dr Zainal. Kata abang " mummy best jugak abang duduk kat sini semua orang datang jumpa abang".
Nabil discharge on Wed, and late evening tu abang zul call while i was having my dinner and his news buat air mata kaseh gugur tanpa henti. My dear sis tati tiba2 suspected dgn masalah jantung! What??? i dah tak tentu arah, call my hubby nangis2 then call Kak Dilla rupanya she in Bali.. tapi kak dilla was fast, she call our friend Puan Radhuana the CEO of Putra . So everything was so smooth for my dear sis. I nangis tak henti2 ...then masa nak masuk bilik tu, i promised i tak nak nangis depan dia...i tak mampu, keluar balik dan masuk utk kali ke 2 dan membisikkan kata2 padanya, agar dia kuat dan tabah pada saat ini, untuk meghadapi ujian Allah.
Maha Suci Allah, yg memberikan kita ujian, merasakan pada kita pada kesakitan dan Allah jualah yang akan memulihkan kita. Syukur, kerana after the test, Datuk Izam said ade sikit je problem tu and she need to be in ICU for 24 hour for us to monitor. Then after that baru i and hubby balik.
Ya Allah, semua ini berlaku adalah hakMu, aku benar2 bersyukur di atas segala yang kau perrmudahkan buat kak tati.
My dear sis,
I love u so much, tak terucap dengan kata bagaimana pilunya rasa hati melihat akak pada waktu tu...but now i dah lega coz my dear sis yang ceria dah back in action.
Punya lah ramai orang sayang pada akak, bunga sampai tak de tempat dah nak letak...tu yg akak nampak zahirnya, namun doa, ingatan dan kasih sayang sudah pasti terkirim kemas dari saudara teman yang jauh dan dekat buat akak, is all coz nilai kasih yang sentiasa ada pada diri akak.
I was real k, sampai my putera naufal malam2 peluk i and said "mummy i love u so much and i loveddd auntie tati so much"....both nabil and naufal punyalah risau, hari2 nak gi tengok auntie dia orang. So sis do take care and we all at teratak kaseh loveddd u!