Tuesday, January 8, 2008

Pre-opening kaseh butik

Busy...

Hari ini buat stock lagi, buat price tag dan banyaklah kaseh tengah buat now. Anyway sajelah nak preview sikit2 barangan yang bakal berada di butik kaseh.

Some of these beautiful earing, gelang, rantai tangan dan rantai ni kaseh kirim pada Kak Tati when she went to Jakarta.

kaseh actually produce banyak barangan perhiasan diri yang dihasilkan oleh batu-batu Nepal selain dari mutiara. Wanita kini mahukan sesuatu yang lebih ringkas dalam menata gaya seharian. Kebanyakkan mereka mengenakan perhiasan sebegini untuk ke pejabat ataupun waktu santai. Ini kerana ia lebih selamat dan juga boleh dipelbagaikan gaya.

Jom jeling sikit:

So, nanti jika anda di luar sana inginkan kelainan jangan lupa untuk bertandang ke butik kaseh di :

Lot 1.05 Plaza Usahawan, Jalan Hang Tuah, Melaka

kaseh

The Big Day - Said & Azizah

Wedding....
Ok, this is my 1st client yang would like to appoint my service to be their wedding planner. I'm given a trust by cousin my hubby Kak Jah to be her wedding planner. She is getting married to a saudara baru, his name is Said. He is from Swis but working here.
So selain dari sibuk dengan urusan kaseh butik, i am also starting on their wedding preparations. For now, we are working on venue, theme and so on....

We had our dinner on last Saturday and i presented the suggested venue... Brother Said kind of like Century Mahkota as the venue. He attended 1 of his freind wedding last month, he said the service and the food was good.

Will have one majlis @ Kak Jah home and one majlis in the hotel. For now, the they have choosen the date for nikah : 1 March 2008. Huhh...banyak yang kaseh kena prepare...so hope i would be able to do my best for their wedding.
Thanks you Kak Jah and Brother Said for your trust in me to be
your wedding planner.
Will update more soon!

kaseh

Sunday, January 6, 2008

Pre- Opening of kaseh butik

Preparing...

Kaseh tengah sibuk sangat, penat tapi happy. Yelah lain rasanya bila kita buat kerja untuk diri sendiri, penat macam mana pun tak rase...hmmm...anyway on Saturday was a buying day for kaseh butik. I was in KL dari pagi sampai rumah Mcca around 8.30 p.m. Alhamdulillah, got most of what i wanted for the kaseh butik opening. Hubby pun ikut y'day tapi lepas tu dia kata penatnye!

Ni kaseh previw sikit some of the collections...
Modern Muslimah Style...
Some dress/blouse and bag
Nanti kaseh preview kan lagi k....
Dear Kak Tati's gang @ RHB datang jangan tak datang tau!!!
kaseh



Kepulangan

Kepulangan yang dinanti...

Indahnya pagi 31 Dec yang lalu..bila kami semua diberikan peluang oleh Allah SWT menyambut kepulangan yang indan yang dirindu, Mak dan Bapak yang telah selamat kembali dari menunaikan Haji. Alhamdulillah semuanya selamat..begitu jua buat Bibik dan Pak Bik
Nabil merakamkan keindahan pagi itu dalam dari dalam kereta sewaktu dalam perjalanan dari kembali dari KLIA ke Mcca
Air mata kegembiraan yang mengiringi kepulangan mak dan bapak. Kami semua menanti di rumah, cuma orang lelaki sahaja yang ke KLIA. Mak dan Bapak yang diraikan oleh Kumpulan Marhaban Mata Kuching
Ya Allah, syukur kepadaMu di atas sekembalinya Mak dan Bapak dari Tanah Suci Mu..
Brothers, from left Bapak, Ngah & Pak Cik Hamzah Kurma dan manisan dari Mekah untuk para tetamu yang meraikan Mak & bapakIs Ain birthday on 1st Jan, so Kak Timah buat pulut kuning dan raikan pada hari kepulangan Mak & bapak.

Syukur... Semoga satu hari nanti Allah SWT izinkan kaseh dan semua ke sana...menjadi tetamuNya. Amin

kaseh

Friday, January 4, 2008

Happy Birthday ...

Yestertday and today adalah Birthday orang2 yang paling rapat dan kaseh sayang dalam hidup ini.


Tengku Nurul, 3rd Jan.
She is my good friend since ntv7 days...so we should meet-up next week, belated birthday lunch with her.
Amal, anak buah kesayangan i. 2nd girl of Kak Tati.. 3rd Jan
My bro yg tembam, Epi 4 Jan

So untuk ketiga-tiga mereka kaseh doakan yang terbaik...May Allah SWT bless the three of u rahmat dan hidayahNya sentiasa.
kaseh sayang anda semua!!!

Di persimpangan

Dalam kehidupan ini tidak semua yang kita mahukan akan tercapai. Ada masanya kita perlu memilih hanya satu jalan bila tiba di satu persimpangan. Semalam kaseh perlu membuat satu pilihan yang paling penting dalam hidup kaseh. Really susah sungguh untuk kaseh putuskan. Namun inilah doa yang kaseh pohon jadi pilihan ini diharap sebagai jalan yang terbaik diberikan Yang Maha Esa buat kaseh.

Setelah hampir 4 tahun bekerja untuk Elyna, and before that with her dad for 6 years at ntv7, i finally had told Elyna that i'm leaving my current job in her company as PR & Media Manager. Ini adalah satu keputusan yang paling berat untuk dilakukan dalam hidup kaseh. Sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata, meniggalkan lapangan kerjaya yang sangat kaseh minati...
Bersama Elyna banyak suka, duka yang manis dan yang pahit...namun semua itu akan tersemat kemas di dalam memori.

Berat hati kaseh hanya Allah SWT sahaja yang tahu, tapi niat kaseh untuk mencuba perniagaan sendiri membuatkan kaseh memilih untuk meninggalkan kerjaya tetap di fe2. Insyaallah rezeki Allah SWT ada di mana2, itu sudah tertulis yang penting kaseh perlu berusaha keras untuk menghasilkan kejayaan..ia tidak akan datang bergolek. Lain rasanya bila kita makan gaji setiap bulan kita tahu ada duit untuk kita di dalam bank...bagi yang berniaga sendiri kitalah yang akan mencari untuk diri sendiri. Secara jujur memang kaseh berdebar, takut dan tertanya-tanya adakah perniagaan ini akan berjaya atau sebaliknya. Namun, kaseh berserah pada Allah SWT, pada semua yang menyokong niat kaseh ini doakan juga ya agar ia berjaya. Amin.

Untuk Elyna, terima kasih kerana kerpecayaan yang diberikan buat kaseh selama ini...semoga perpisahan kita sebagai majikan dan pekerja tidak akan memisahkan persahabatan kita...I will always remember you as a nice boss, yang baik hati, funny and only people like me that work with you closely know you well...thanks for always b a good friend too....Thanks for alywas being very nice to my kids, nabil and naufal...they will always remember you too...Do keep in touch and hope u will not forget me to. Maaf andai ada salah dan silap sepanjang kita mengenali.

All the best to you and your family.

Tuesday, January 1, 2008

Diary Baru 2008

Selamat Tahun Baru Semua!!!!!

Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk kita benafas di pagi tahun baru 2008. Moga tahun ini kita semua akan melaluinya dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT, moga akan terus diberikan kesempatan olehNya untuk kita terus mengembara di bumiNya ini.

2007 yang berlalu telah membukukan kenangan dan memori indah, penting dan juga bermakna untuk kita semua. Bagi kaseh sendiri, sangat bersyukur ke hadratNya. Rezeki yang datang melimpah2, diberikan kesihatan yang baik untuk seisi keluarga. Banyak kenangan yang indah dalam kehidupan kaseh sepanjang tahun lalu.

Antara yang manis :

Pertemuan kaseh dan Kak Tati yang akhirnya menjadikan kami teman yang rapat...she like my sisterlah.
Kenal ngan Mami Sal, she is 50 so like Mamilah kan but we can get alongvery well..

Kaseh hamper productions from home was really good this year, i buat a nice gift for Ketua Menteri Melaka yang di order oleh client.

kaseh dapat ruang kedai di bawah MARA Negeri Melaka.1st school konsert Nabil with Premier Montesori Melaka.

Wedding Anniversary ke-6 for kaseh.

Pertunangan my sister, adik & jijul.

Mak, Bapak, Bibik dan Pak Bik menunaikan haji.

Perkahwinan my brother boy and lysa

Pertemuan dgn Kak Red & Lily yang lahir dari dunia blogging...

Mula berkecimpung secara serius untuk menjadi wedding planner....

Bagi 2008 yang baru menjelma...kaseh tak naklah berazam panjang lebar ...just doa dan harapakan segala yang baik2 sahaja datang bertandang dalam kehidupan kaseh...moga Allah SWT akan sentiasa memberikan kekuatan, hati dan perasaan yang tenang dalam apa jua yang kaseh lakukan...Semoga butik kaseh yang akan dibuka pada awal Januari ini akan maju jaya....Amin.