Wednesday, September 12, 2007

Diari kaseh

Semalam, Hari Ini & Esok.....

Friday...
Today we all balik KL, my hubby ada conference at Sunway Hotel.

Then, i bawak kids to my boss salon, kidz kudz. Is a salon for kids, operating at Kids Spots Great Eastern Mall, Ampang.

Emmmm orang KL nie bukan parents je yang jage penampilan dan gaya, kids pun same... tengok le cam ne all this little girl had their hair done, their nails and everythinglah....kat sini. Ade princess party that afternoon.

Naufal & Nani @ Kidz Spots.....syok habis Naufal nie...duduk kat situ kat 2 jam...Nabil missing..tengah syok main kat dalam...



Ini...all the princess yang dah di make-overkan !!!!



Ella, the stylist at Kidz Kudz tengah buat pedi for the little princes...



My sister Miza, tengah make-up the princess...


Saturday...
I was busy running here and there buying kaseh stock....call Kak Tati & sms mami asking what they want...funny how this thing work....but allhamdullillah...they all pun layannnnn...

This is a lovely printed canvas RM120.00 only (faezah @ RHB purchased)




Black Printed Canvas RM99.00 only

Sunday .... Still busy getting barang for kaseh

Red Mortada Italy only RM22.00
Monday....

Penat giler coz just got back from KL pun around 7.00 p.m. yesterday....so dengan mood yang tak tau nak nak cakap ni...i teruskan juga perjalanan ke KL with my transnational bus.....for work.
Tuesday....
Best hari nie....Trina my officemate, si gadis Cindian yang manis cakap today lunch ngan Nini. Lame betul tak jumpa ex officemate, Nini or Marini Ramlan nie. Dia nie tinggi cam model runway...manis orangnye....she now with TV3. Dulu when everyone was still at FE2 Productions best sangat...now only me and Trina...so sad and now Trina also will go soon..tinggal i sorang-sorang je nanti.
Me, Trina & Nini....

So, we all had lunch at Little Penang, Curve. Nini and Me had asam laksa and Trina had her favourite Penang Curry Laksa.... Food kat sini pun sedap, yang paling i suka mood dia....best mcm kat kedai kopi lame-lame.


Friday, September 7, 2007

Kenalan Kaseh

New collections for New friends......

How should i start this....Ok this is my dear Kak Tati, kakak yang juga menulis untuk ruangan di GLAM. Kak Wirda, the Ketua Pengarang yang memperkenalkan kami via email....thank u Kak Wirda.





Akhirnya kaseh kak tati bertaut pade yang merah nie...yang juga menjadi idaman hati i...hope u tak kisah if we both have the same design....

That's how me and her meet, just once lunch kat Naza Hotel Mcca, the rest is just via email and phone call....but that is what i mean in my ealier write-up she is a good person yang i kenal dan antara 3 orang kawan yang paling rapat yang i ada kat Mcca. We know at heart...we always think about each other but then tak dapat menzahirkannya dengan lunch..afternoon tea ke...blaaaaa...... So, sms lah penghubung kaseh....Kak Tati ni tulis lagi nangislah dari i, maklumlah lawyer... A mummy of 3 nie juga sangat manis orangnya....baik hati...like my own ister..

The gang at RHB......Mcca (Kak Tati, Kak Norisah, Kak Liza and Faeza...hope i got this name right..Kalau salah kak tati help!!!!!

At this rhb unit kat Mcca, she kenalkan i dengan her nice office team ...diaorang nie pun layaannnnn.....just bayangkan, kat dalam prayer room diaorang pun kaseh bertandang memperkenalkan diri dan akhirnya cinta pun bersemi lalu 3 barangan kaseh dipinanglah oleh diaorang ni semua....women & fashion mane boleh pisahkan..betul tak?????

Ini Kak Liza@Emila...coz rambut dia panjang...nanti boleh masuk ilkan Sunsilk...kay



I dah habis kat RHB, break kejap kat umah my mertua..passs tu around 6.15 after CIMB punya working hours i gi sane jumpa mami Sal, my lovely mami....

Hari nie ade 8 handbag, semua dah dimiliki 3 at RHB, 2 by Mami Sal, i by Kak Ani at CIMB, 1 more my both lovely adik ipar i aina & asiah... Thank you ....and syukur to Allah untuk rezeki ini.

Actually next Monday is birthday Mami. So, I bawak hadiah for mami hari ni....coz Monday i'm not i Mcca.

happy 50th birthday to mami sal

Semperna 50 tahun merdeka, she will also be celebrating her 50th Birthday....Coooolllll.....most people never think that she's that age coz mami nie stailo....

Dear mami...
A big hug from me to my lovely Mami Sal....
May Allah s.w.t merahmati and panjangkan umur mami....
from me linda@kaseh


















Thursday, September 6, 2007

New from kaseh

Latest from kaseh

Grap some new items from kaseh, you may want to be the one that carry this exclusive products for this coming Aidilfitri.....

"aidilfitri hari mulia, hari yang bahagia... mohon maaf sesama dipinta...selamat ..selamat hari raya....."

Opsss sorry tiba-tiba mood rayelah pulak


Soft White RM129.90 (excluding courier charges) - SOLD OUT
Nepal stone collections Red RM50.00 (SOLD OUT)
Nepal Stone Orange RM60.00 (SOLD OUT)
Black Pu RM140.00 (excluding courier charges) SOLD OUT

Enjoy your self , call me at 019-3936088 further info on kaseh product.


Soft brown RM139.90 (excluding courier charges) SOLD OUT



Ms. Red RM120.00 (excluding courier charges) SOLD OUT



Black Canvas RM120.00 (excluding courier charges) SOLD OUT


Brown Spy RM120.00 (excluding courier charges) SOLD OUT


Small Black Canvas RM59.90 (excluding courier charges) SOLD OUT

Sunday, September 2, 2007

Bunga kaseh

Kelahiran Bunga kaseh linda aziz
@
kaseh



Allhamdulillah, akhirnya setelah lama mencari i dah jumpa dengan logo untuk kaseh.

I have a few, then my hubby said this one yang nice. I pilih flower as the logo, coz bunga kan manis lambang keayuan tapi punya kuasa yang sunguh kuat. So hope my friends and customer of kaseh like it. Dua bunga tu, maksudnya when u kaseh, usually kan ia datang dari dua hati, takkan kaseh sorang-sorang kan!!!!!



Anyway, to Kak Red (the famous blogger in the country), thanks for drop by at kaseh.
I really feel teruja....

kaseh
a home based butik for women who wants exclusivity in life

kaseh products
•Women’s handbags
•Women’s Accessories
•Exclusive Women’s Apparel
•Exclusive Muslimah Apparel

kaseh services

•Personal Shopper
•Imej Consultant
•Gift& Hampers
•Party & Wedding Consultant

Saturday, September 1, 2007

Merdeka! Merdeka!

kaseh yang tumpah di bumi Melaka....



Kita ini bertuah sungguh, lahir dalam negara yang sempurna. Kita bebas melakukan apa yang kita mahu. Kita tidak perlu takut pada peluru atau bedilan bom seperti di negara yang sedang bergolak. Jadi bersyukurlah kita semua untuk itu...kerana Allah beri kita sebuah negara yang aman damai.




As for me yang tinggal kat Melaka ni i really bersyukur kerana tempat ni memang best. Walaupun i dont have ramai kawan kat Melaka ni macam i duduk kat KL but is ok, i dont need ramai kawankan, a few but i know they are really nice people to know....such like Mami Sal, Kak Tati and Junior.


Anyway apa-apa pun i have my hubby and two lovely putera....


In the morning, we all pegi Pasar Bersar Melaka, beli barang dapur lerrkan.. My hubby going to Sabah around 10 am today. So...sempat sarapan kat pasar. Nasi lemak daun pisang ni memang sedaplah kan, uncle ni jual putu mayam tapi dah habis..... and beli ikan kat brother rasul ni...ha jangan tak tau brother ni, nampak je jual ikan tapi baca paper The Star tau! Hahhh kita tak boleh pandang orang sebelah mata tau. Ni kuih tradisional Mcca....





Why i love melaka :
- clean, nostalgia, klasik
- nice and fresh food
- tenang dan damai
- nice people



-

Thursday, August 30, 2007

The people that i kaseh

Mereka Yang ku kaseh....


banyak le jugek lagi tak muat lerrr nak masuk semuakan!

Me and my mum...
Sal jugek name dia tapi Salmiah

My nenek yang i panggil dia mak, ngan Naufal.

Me and my lovely putera Al Naufal



My lovely hubby and Al Naufal



My younger sis...Miza


My adik montel ni Epi yang bongsu..dgn my lovely putera Al Nabil



My good friend, Tengku Nurul....








Black & White by kaseh

Hitam Putih Kehidupan....

My article in Kosmo Newspaper (Monday 12, June 2006)

MESTI ADA DALAM ALMARI ANDA!

Oleh : Linda Aziz
e-mail: lindaaziz88@yahoo.com

Termangu berdiri di hadapan almari pakaian memikir apa yang mahu digayakan, buka dan tutup almari beberapa kali pun masih tidak dapat memilih padanan yang mahu dipakai. Setiap hari begitulah ragam kebanyakkan kita sebelum melangkah keluar memenuhi agenda harian. Jadi, apa kata kita lihat adakah di dalam almari pakaian kita ada pakaian utama yang mesti ada di dalam almari semua orang. Yang sesuai digayakan oleh semua peringkat usia, berkerjaya mahupun yang baru ingin melangkah ke dunia pekerjaan.

Mesti ada dalam almari!
· Sut berwarna hitam atau biru
· Sehelai kemeja putih
· Kasut hitam
· Beg tangan hitam

Sut berwarna gelap iaitu hitam atau biru adalah persalinan yang sangat berkuasa dan mampu bertindak selaku penyelamat bagi gaya anda. Warna hitam adalah warna penuh kuasa, elegan dan formal. Mudah digayakan, asalkan anda memilih bentuk potongan yang kena dengan susuk tubuh ketika membelinya. Melaburkan wang untuk sepasang sut yang berkualiti akan memberikan kepuasan dan ianya boleh dipakai untuk jangka waktu yang panjang kerana ia tergolong dalam gaya klasik dan juga berciri vintage. Sut juga mesti dimiliki kerana ia mampu menambah rasa keyakinan pada diri si pemakai. Sangat mudah untuk menampilkan gaya yang berbeza walaupun ia selalu dipakai. Apa yang perlu ditukar hanyalah padanan yang berbeza.


Sut klasik Zang Toi contohnya adalah sesuatu yang mesti dimiliki kerana ia boleh dipakai dengan pelbagai cara dan acara yang berbeza dari kasual hingga ke korporat. Sut klasik dengan garisan halus membolehkan anda memakainya siang mahupun malam. Untuk gaya seharian di pejabat atau menghadiri mesyuarat, pakainya bersama kemeja klasik Zang Toi yang berwarna putih atau garis memanjang. Tukar kemeja dengan baju yang mempunyai sedikit renda, manik atau untuk lebih menyerlah, padankan ia dengan warna perak pudar beserta perhiasan. Kini anda boleh terus menghayunkan kaki meredah kota untuk apa jua acara selepas waktu pejabat !

Sut mempunyai pelbagai jenis potongan. Apabila membeli sut, pastikan kita tahu jenis ukuran sut yang susuai untuk badan kita. Ia mesti melekap kemas pada tubuh, tidak terlalu besar mahupun terlalu ketat. Bagi sut panjang ia boleh dipakai dengan seluar yang sedikit ketat potongannya.

Jaga sut anda dengan baik. Hantarlah untuk cucian kering, mungkin beberapa kali dalam tempoh tiga bulan. Seelok-eloknya ia tidak dicuci selalu kerana bahan cucian terdapat kimia yang akan menjejaskan fabric.

Putih itu suci, memaparkan kepercayaan dan warna yang sungguh sempurna, jadi anda mesti ada helaian ini di dalam almari. Kemeja putih boleh digayakan kemas bersama sut. Jika mahu gaya korporat tetapi tidak mahu memakai sut, ia boleh dipakai bersama skirt ataupun seluar. Ia juga boleh dikenakan dengan jeans untuk keluar membeli belah di hujung minggu.

Walau apa pun, pastikan anda gembira dan benar-benar selesa dengan sut yang dibeli. Buat pemilihan yang teliti, jadikan ia satu pembelian yang berbaloi buat anda. Kandangkala mungkin agak susah untuk mencari potongan yang benar-benar membuatkan hati kecil anda berkata “ya” takala berdiri di hadapan cermin. Jadi, berkunjunglah ke butik Zang Toi. Zang Toi bukan sahaja menyediakan pakaian yang siap dipakai tetapi juga menerima tempahan khusus untuk individu yang memerlukan!

Hemmm…jadi bukalah almari anda dan lihat sama ada anda ada persalinan yang penuh berkuasa ini, yang mampu merubah anda untuk tampil dengan gaya yang berbeza. “Kecantikan yang sempurna itu datang dari hati dan menjadi diri kita sendiri tanpa perlu berpura-pura dan menjadi orang lain”. Jumpa lagi!

Love,


kaseh

Enjoy!!!!!!!!


Today me and Mami Sal yang Glam nie tak plan pun tapi dua-dua pakai black & white theme lerrrr pulak.... We had lunch together before i go for my next appointment....i bawakkan mami Ayam Masak Merah for Mami, ntahlah sedap ke tak, yang pasti i mesti suka explore masakan.

Fakta :

Koleksi skarf yang mami pakai tu from kaseh
Rantai yang mami pakai tu...tentulah from kaseh jugek...dia beli semalam 5 set Nepal stone
































Nie rupenya final menu Ayam Masak Merah from kaseh...my mum punye resepi. Tak delah sesedap my mum punya air tangan tapi kira oraitlah, duduk jauh dari Mama...kenalah masak sendiri apa yang teringin nak makan.